­

novel oh novel !

November 30, 2012

Assalamualaikum ^^

tawa kecil, senyuman, tangisan dan amarah sudah cukup membuktikan diri ini tengah beremosi sorang sorang dalam bilik saat melayan novel.tidak ku pedulikan deringan handphone yang asyek memekik disebelah kecuali panggilan penting.tidak ku kisah makan dan minum walau perot sering saja berdondang sayang.

tidak ku layan nafsu tidur meskipun menguap dah mengalahkan baby baru lahir.semuanya gara gara demi menghabiskan bacaan sebuah novel ! dalam tidak sedar, mata merembeskan air jernih menitis ke pipi.sungguh hati ku ibarat tisu ! tapi, solat tidak sesekali dilupakan laa.gila kau nak tinggal solat ! nak jadi penghuni neraka ker? takmau takmau.

andailah dahulunya buku subjek Biologi, Kimia, Sejarah dibaca dengan penuh kekusyukan seperti membaca sebuah novel, sudah tentu aku dapat merangkul straight A dalam SPM dan dapat mencipta keglamouran untuk seketika.wakakaka.

aku species manusia yang lambat nak abehkan sebuah novel.dalam dua, tiga hari baru abeh.mana taknya, setiap ayat aku teliti betol betol.kalau tak faham aku akan ulang balik baca ayat tu sampai lah faham.segala typo pon aku dapat tangkap.itu barulah namanya memahami jiwa sastera.rugi pulak tak amik kos sastera dulu.hahaha.



*gambar tiada motip  -_-'




You Might Also Like

11 comments

  1. hermmm , novel ganas2 takde ? hehe :p

    ReplyDelete
  2. nak pinjam novel tu boleh???hehehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Bila baca novel, rasa bersemangat waja nak habiskan pembacaan sampai ke akhirnya. Tapi bila baca buku pelajaran, erghhh~

    ReplyDelete
  4. menghayati betol. hana sehari bleh habiskan novel,haha baca jelah xmenghayati pun.. kdang2 baca langkau2.. xsabar nak tunggu yang akhir

    ReplyDelete
  5. dulu akak suka sangat baca novel, tapi sejak kawen batang hidung novel pon x nampak he...he... (sibuk la katakan)

    ReplyDelete
  6. same la kita kalo baca novel tak ingat dah mkn mnom ape smua , tambah2 kalo novel cinta plak lagi laa

    ReplyDelete
  7. tirah jgk la xminat baca novel..hihi

    ReplyDelete
  8. Amalan membaca budaya kita.... so mari kita membaca...

    ReplyDelete
  9. wahh comel la tgkp pic novel n tuan blog.hehe

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS