Steps Tarian Gwiyomi

Assalamualaikum ^^

cakkkk ! mula mulanya entri nie nak dijadikan Wordless Wednesday.tapi... terasa nak menaip jugak beberapa ratus perkataan.maka, tak jadilah rabu tanpa kata.homaiiii ! kejap je dah muncul hari rabu.why time flies so fast nie !? tskkkk T__T makin hari makin tua sehari.*lap air mata.

jom buat Gwiyomi supaya nampak diri kiut serta muda.ehekkkk.. dah banyak nau nau versi Gwiyomi dalam youtube tuh.ada yang comel, ada yang sumpah taktau nak kata apa.dah jadi trending macam isu Gangnam Style dulu pulak.lepas nie entah apa apa lagi lah yang akan muncul kan.*sigh.tapi, aku rasa Gwiyomi nie lagi better dari Gangnam Style kot.daripada menari yang macam entah apa apa tuh baik buat buat muka bajet kiut.hahaha

nak belajar buat Gwiyomi? ini ha ada step step die :) selamat mencuba !





*agaknya kalau aku buat Gwiyomi mesti korang muntah ijau je..muahahaha :D
*nenek vogue nak bagi mutiara kata sikit.ehemmm.." belajar lah untuk senyum walau hakikatnya hati tengah berduka.Allah selalu ada untuk kita.ingatlah Dia setiap waktu bukan hanya bila ditimpa kesusahan atau dilanda kesedihan.bersyukur lah apa adanya.say Alhamdulillah :) "



saat memanjakan perot

Assalamualaikum ^^

ohh bahagianya hidup bila perot sedang bergendang gendut tali kecapi.menari nari keriangan saat dimanjakan dengan makanan enak enak.orang kata kalau perot kenyang, hati pon senang.ye dak? :) diri dahku tidak sanggup berlapar dalam tidur.maka, walaupun tengah malam perot tetiba merengek kelaparan, apa sahaja makanan yang ada di dapor pasti akan ku bedal je masuk perot.

sekarang pon tengah menaip sambil ngap durian crepe.feveret dahku sejak azali.habes satu bilik bau durian.kalau ada yang anti-durian maunya di maki aku terok terok..hahahah.nasib baik ternampak membe post durian crepe untuk di order.kemain laju lah aku buat pesanan semalam.zappppp~ hari nie dah siap ! memang terbaik ! kalau terlepas pandang lah dalam news feed fesbuk aku tuh tak ke rugi kan..hewwwww~ rezeki aku, Alhamdulillah.


 *ini adalah cebisan yang terakhir :( entah bila lagi kita dapat bersua ..


 
*gambar petang tadi ketika menunggu adek balik dari keje untuk teman dahku keluar amik durian crepe.berselca adalah kewajipan bagi dahku  =.= 



sekian saja entri untuk malam ini.wait for next entri yeahhh ! salam sayang.mmuachsss ^^


boleh tuntut hadiah anda sekarang

Assalamualaikum ^^

tahniah kepada pemenang pemenang contest Header Paling Meletop yang dianjurkan oleh blogger Nurul ini.sekarang anda boleh tuntut hadiah berkenaan yang telah disponsorkan oleh aku :)




Tempat ke-6
Peserta ke-16

Hadiah - Topup RM 5 & Review blog




Tempat ke-7
Peserta ke-2

Hadiah - Review blog




Tempat ke-8
Peserta ke-11

Hadiah - Topup Rm 5 & Review blog








WEEKLY GA BY SHARINA

Assalamualaikum ^^

okey.mari kita ramai ramai join GA dari blogger sabahan yang kiut ini ^^


klik banner diatas untuk join.


aku tag semua rakan rakan blogger !
mari mari kita turut serta memeriahkan GA ini =)

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Assalamualaikum ^^



whoaaaa ! jom klik banner di atas untuk join bersama =)

Nickname - Miss Hearty, warna tudung - dark pink, baju - blue turqoise

aku tag : ayu & dya



free download AgingBooth

Assalamualaikum ^^

pernah tak korang bayangkan bagaimana wajah korang bila umur dah mencecah 60-70 an.waktu tu anak, cucu, cicit pon dah ramai.semua panggil korang nenek nenek.gigi pon mungkin dah tinggal dua.takpon, dah pakai gigi pelsu.masa tu nak melawa pon dah tak guna.kulit pon dah tak cekang macam sekarang kan.if guna botox sekali pon, hormon semulajadi dalam badan tetap menjalankan tugas dia untuk menuakan kulit kulit kita.hahah !

sebab tu lah orang cakap, secantik mana pon wajah kita, ia tetap akan dimamah usia.so, tak perlu lah kita nak banggakan sangat kan.cukup lah dengan sekadar bersyukur atas kurniaan Allah yang hanya bersifat sementara itu.ehemm..rasa macam dah terbagi motivasi pulak malam nie.hewwwww~

sebenarnya nak kabokan pasal satu mende ajaib neh.dengan menggunakan mende ajaib tersebut, korang dapat saksikan bagaimana wajah korang bila dah tua nanti.hohoho..lately nie, dah segala bagai application canggih canggih yang wujud khasnye untuk pengguna android.makanya, berpusu pusu lah yang mendownload itu dan ini.kan kan :) lepas nie korang try lah download AgingBooth pulak.tatap lah wajah korang bila dah dimamah usia.hope suami masih sayang walau kita dah kerepot tahap kuasa dua..huuuuu ^^


#tepuk dahi bila tengok rupa sendiri bila dah tua..sobssssssss =(


apa dah jadi nie?

Assalamualaikum ^^

apa dah jadi dengan html belog nie? kenapa wajah dah lain.nak edit pon dah tak reti..sobssssss ! T__T sesapa yang pandai dan expert tolong dahku jap.baru ada masa nak edit belog nie ;( nak cari kod untuk post title tak jumpak ! tskkkkk






Maera Ismail Giveaway 2013

Assalamualaikum ^^



*klik banner di atas

jom ramai ramai join Giveaway dari sis Maera nie :)


cepat cepat sebelum terlambat ! 



Seoul Garden lagi !

Assalamualaikum ^^

annyeonghaseyo ! rindunyerrr dengan korang semua ! mmuah mmuah mmuah..lately nie tak sempat nak berblogwalking.nak update entri baru pon tak mampu.malam je lah ada masa nak itu dan ini kan.tapi apakan daya, line internet pon macam kura kura tengah honeymoon.kemain banyak story yang nak aku kabokan ke ekau semua.tapi bila dah dipending pending, maka, otak beku sekejap untuk menaip entri.rasa macam terkial kial.kejap taip kejap delete.kejap taip kejap delete.begitulah seterusnya.dan at last, tutup terus belog.beralih ke facebook, wechat, instagram, keek dan sebagainya.bhahaha..nampak tak bagaimana aku menduakan belog sendiri..huahuahua :p

orite orite.entri kali neh nak story story tentang MAKAN.saja nak uppercase kan word makan tuh sebab dahku memang suka makan.bila perot kita kenyang, hati kita senang.ye dak ? membuncitkan perot berkali kala tak salah kan.muehehehe =.= oleh kerana sekarang tengah demam korea kerana terlepas free seats to Korea yang dipromo kan oleh AirAsia.sobsssss..dah bajet nak ke Korea lah konon next year.harap harap AirAsia yang baik hati buat promo lagi.pleaseeeeee -_-'

disebabkan tengah frust, dahku telah membawa diri dan perot heading to Seoul Garden.kuikuikui..ada satu lagi branch baru dibukak di Queensbay Mall, Penang.moh pakat pakat lah pi.memang best decoration kat situ.setiap wall ada lukisan yang menampakkan begitu real dan backdrop dia sangat sweet serta kiut.so, boleh lah posing ala ala Rain & Song Hye Kyo dalam citer Full House  :) fuhhh..rasa macam panjang pulak karangan neh.moh layan gambo pulak ^^






*macam tamak tak bila amik selonggok macam nie?  bhahaha

*super tom yam soup..double spicy daripada biasa

*dia punya korean sauce sangat sedap ! 

*bila kakak tak puas hati dengan adeknya.. mueehehehe

*nyumm nyumm nyumm

*yes.. sorang tembam sorang kurus   -_-'

*tak sabo nak melantak neh.. hahaha

 * kita buat peace dulu yaw...huuuuu ^^

 *kite dengan adek kite nampak sebaya tak? padahal beza 7 tahun.. errrrr :/

 *memang kewajipan untuk singgah di Watson kalau ke mall  =.=


*sweet kan backdrop die..dating dengan husband best neh :)

*orange + red = ???

*gambar ini telah diedit ke dalam mode sexy lips..sexy tak? muahahaha :D

*peace yaw !

sekian saja dari aku buat kali ini.memang tersangatlah panjang entri ini.ye lah.bukan senang nak update kan.kalau boleh nak taip lagi neh.tapi, simpan simpan lah untuk entri seterusnya pulak.kang takot nanti korang muntah hijau je..ekekeke :)

ada contest hebat untuk disertai !

Assalamualaikum ^^

hai korang ! dah lunch? bagus bagus.aku pon dah.baru lepas menikmati keow teow kung fu bersama lai ci kang.hewwww..terasa diri di awang awangan kerana kekenyangan.Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah bagi hari nie.panas panas terik pekena lai ci kang memang heaven wohh ! selalu jugak aku order minuman neh sampai makcik tuh dah tahu yang aku tak makan kacang.ye lah, mana taknya.setiap kali abes minum, tinggal kacang je.yang lain licin -_-' kacang not good for my skin.sensitip amat.cukuplah story story bab makan k.kang yang tengah lapar tuh meleleh je air liur sampai ke keyboard.ahahahah :D

actually, aku nak promote satu contest neh untuk korang join.yang mana rasa diri dia tuh gila segmen or contest, amatlah di alu-alukan untuk turut serta.rasa pelik tak kenapa aku yang sibuk promote contest orang lain? bhahaha.because aku adalah one of their sponsor untuk contest tersebut..ngeeee ^^ banyak tau hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.rugi tak join ! rasa header belog korang lawa, cun, meletops? apa lagi yang ditunggu, join contest INI ...








KLIK BANNER COMEL DI ATAS UNTUK JOIN CONTEST INI


Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah.. parlimen sudah selamat dibubarkan pada tanggal 03 April 2013.selamat mengundi yaw ! telah tiba masa untuk kita memilih pemimpin yang layak untuk memerintah negara.mengundi lah dengan bijak.undi anda adalah rahsia.hehehe.this will gonna be my very first time untuk voting voting :)




[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.



sumber : SinarHarian

Rumah Erra Fazira Hampir Dirompak

Assalamualaikum ^^


Erra Fazira dilanda trauma selepas rumah hampir dirompak.




KUALA LUMPUR: Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta pada tengah hari Isnin.
Menurut Erra menerusi laporan akhbar Harian Metro, kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.
"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.
“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.
"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya.
Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.
“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi," ujarnya


sumber : mStar Online

entri pertama di bulan April

Assalamualaikum ^^

whoaaahhhh ! *melopongkan mulut dengan sengaja seketika.dah berapa lama gua tak hapdate belog neh? hiuhiuhiu.virus apakah yang telah menular ke dalam diri dahku ini sehinggakan sampai hati mengabaikan belog sendiri.jangan salahkan aku.salahkan widget yang belambak lambak wujud dalam smart phone tuh.kejap ada tu.kejap ada nie.bila dah ramai orang tengah berpusu-pusu guna.wajiblah kena try kan.untung untung best.boleh share dengan kawan kawan.daebak daebak.

dulu tak abes abes mengadap whatsapp.sikit sikit whatsapp.nak tanya apa apa pon pakai whatsapp.lepas tuh, kejap kejap amik gambar sumbat dalam instagram.sekarang neh pulak ada keek.boleh upload video buat muka muncung itik dan ayam segala.keek yer, bukan kick.kalau nak kick sangat pon boleh lah daftar jadi pemain bola sepak.mewakili negara uzbekistan.lepas dah berkeek keek, timbullah minat kepada wechat pulak.rasa sangat ohsem sebab boleh buat audio, video call free.tengoklah macam mana teknologi menyambung generasinya kan.kesian belog.makin lama makin dilupakan.ampun ampun -_-'


 tempek gambar semalam seketul.motif belon belon? celebrate bufday ibu & adek lorhhh :D



sesiapa yang ada instagram? wechat? keek? line? dan sebagainya.jom kita tambah tambah kenalan ! nak aku add korang? sharing sharing dalam komen eh..hehehe ^^