::sudah jatuh ditimpa tangga::

Assalamualaikum ^^

tak sangka minggu2 final exam camneh aku ditimpa pelbagai ujian.hanya Allah yg tahu.kesihatan pon tak sangat mengizinkan.huwaaaa~baru baik dari sakit tekak datang pulak selsema.lappy pulak buat hal.nak sutdy pon tak tenteram.then,aku pegi la pusat komputer dalam usm neh nak tanya apa dah jadi kat lappy aku yg sebijik neh.tak abis2 dok bunyi bising.abg yg sangat hensem tu cakap maybe fan ada problem.dorang tak leh nk tolong sbb xde spare part.dengan hati yg hampa aku terus pegi kedai komputer kat luar.last2.lappy aku kena gak repair!hari neh org yg berkenaan tu call bgtau harga repair.sangat lah tak murah!sobss..sobss..T_T.pastu dia ckp paling cepat seminggu baru leh siap.ya Allah,bagi aku sangat lah lama.tak on9 sehari mcm setahun okeh!dengan note yg belambak-lambak dlm lappy tuh.isk..isk..

hari neh aku call tok kesayangan kat kampung untuk story-mory masalah aku neh.kalo tak citer i'm gonna be crazy for a while!patotlah aku rasa tak sedap ati jek 2,3 hari neh.rupa-rupanya tok aku sakit.sampai tak leh nak bangun.terus rasa mcm nk balik umah jugak je hari neh.tp bila kenangkan exam dis coming monday,tabahkan hati.apa nk wat.nie semua ujian drpd Allah.kena sabar & redha je la.hari nie aku dgn murah hatinya menderma air mata seharian dlm bilik.malu jugak dgn mata bengkak2 dtng on9 kat cc nie.uhukkkk @_@.tp yg pasti lepas abis je paper hari isnin nie aku nk cabut balik umah jaga tok!so.tak dapatlah aku nk hapdate belog nie for a while.sangat2 sedey.T_T.

sampai cini je dulu ea.wish me strong to face all dis problem.^^


p/s: sharing is caring.

::dpt jumpe Datok Siti lah !!::

hak3...maaf yer tajok entry xde kena-mengena sama sekali dgn apa yg aku nk citer.^^.saje je nk wat gempak!hahahaha.xlah,aku ketandusan idea la td nk letak tajuk apa.heeeee~

http://www.emocutez.com

iskk..iskk..T_T..kalo korang tgk emoticon kat atas neh,korang rasa apa yg rabbit tu tgh wat?hahaha.mestilah nanges kan.apa punya soalan daaaaa.mood aku cam rabbit tu lah skang neh.apa kejadahnya la tetiba nk nanges kan.sbb..sbb..sbb..sbb apa eh?adehhhh,lupo pulak dah.haiyakkkk~nk pegi geledah otak jap.kepala pon dah ting tong sikit sbb td baru abes satu paper.ngeeee~

ting!haaaa.tau dah sbb apa.yeayyyyy!nk tau..?


aku nak memiliki baju yg shantek ini !!errrrrr.tp apakan daya wang2 yg aku ada skang ini hanyalah untuk thesis kesayangan & makanan, makanan & makanan.muahahahaha.banyak lagi baju2 yg shantek2 tp yg menjadi pojaan dihati adalah yg kaler dark chocolate neh.korang pon nk menjamu mata jugak..?korang klik MissLily Shop dan klik la LIKE kat page tuh baru la leh view photo2nye.letssss berfashionista !!^^


p/s: sharing is caring.

::'Man Sewel Datang KL' Bukan Niat Menghina.::

wahhh !!ada filem baru lah korang.errrrr~tp ada sikit kontroversi lah.biasa la tuh.kalo tajok filem tu pelik2 sikit mulalah timbul gossip2 panas kan.heeee~tak saba nk tunggu filem nie muncul kat pawagam.filem apa..?jom kite ushar2 kat bawah neh.^^


'Man Sewel Datang KL' Bukan Niat Menghina.

~Shuib (Sepah) melakonkan watak Man bersama-sama isterinya, Siti Sarah.~

KUALA LUMPUR: Filem Man Sewel Datang KL dihasilkan bukan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.

Menurut Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah, filem arahan Rahman Adam itu memaparkan tentang lelaki yang berperangai “gila-gila” tetapi berfikiran bijak.

“Saya dapat rasakan perkataan ‘sewel’ akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

“Shuib (Sepah) yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris,” katanya mengenai filem yang telah selesai penggambaran pada awal April lalu.

~Julia Ziegler turut membintangi filem Man Sewel Datang KL.inai kat tangan shuib tu pon lom ilang lagik.huhu~

Filem genre komedi itu turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Jika filem ini mendapat sambutan, pihak produksi mahu menjenamakan nama sewel pada jangka masa panjang.

“Kami ingin menjadikan sewel sebagai suatu jenama dan membuat komik seperti jenama Doraemon di Jepun sekiranya filem ini berjaya di pawagam.

“Jadi, kami berharap supaya filem ini boleh diterima oleh penonton,” ujarnya.

Bercerita tentang kekuatan filem tersebut, Hamizi menganggap gabungan Shuib (Sepah) dengan isterinya, Siti Sarah bakal memberikan populariti kepada filem tersebut kerana pasangan itu baru pertama kali digandingkan bersama-sama dalam sebuah filem.

“Kita juga mempertaruhkan pengarah filem ini iaitu Rahman Adam yang kembali mengarah selepas beberapa tahun dan kami yakin dengan kreativiti yang diberikan.

~Hamizi Mat Juah. - Foto CHAN TAK KONG.~

“Saya rasa tertarik selepas membaca skripnya dan terus memilih untuk bekerjasama dengannya.

“Selain itu, penonton akan melihat kelebihan Shuib yang bergerak seorang diri tanpa anggota Sepah yang lain iaitu Jep dan Mamat,” katanya.

Tambahnya lagi: “Kumpulan May juga akan muncul dan melancarkan ulang tahun mereka ke-25 dalam filem ini. Mereka akan tampil dalam sebuah konsert dengan menyanyikan lagu-lagu baru.”

Ini merupakan kerjasama pertama Hamizi dengan Work Move Production Sdn Bhd dalam pembikinan filem kerana sebelum ini dia biasa membantu dalam penerbitan drama dan memfokuskan kepada perniagaan barangan teknologi maklumat seperti mengedar barangan Telekom Malaysia.

sumber: mStar Online.


p/s: sharing is caring.

::Ashraf Muslim Tunang 23 April, Nikah Tahun Ini.::

mesti ramai wanita yg kuciwa neh kan.aku?oppssss!tidak sama sekali(tipu je).tumbuk dinding sambil air mata darah berjurai-jurai.ngeeee~korang kena pasrah yo lah.nk wat caner kan dh jodoh dia dgn org lain.heeee~^^



Ashraf Muslim Tunang 23 April, Nikah Tahun Ini.


PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.

Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.

Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.

Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.

sumber: mStar online.



p/s: sharing is caring.

::sleep disorder::

huwaaaaa.T_T.dah berjam-jam aku golek2 atas katil neh nk tido.lg pon mata dah layu,badan pon da leteh.tp tak jugak2 boleh tido.basoh kaki dah.baca doa dah.pusing kiri pon dah.pusing kanan pon dah.pelok teddy bear pon dah.selimut pon dah.kenapa neh???isk..isk..dah la sakit tekak + sakit dada + batok2.ni semua penangan minum air ais lah.org tak bagi minum tp nk minum jugak.degil punya pasal ah nie.haishhhh~kang dah susahkan Menteri Kesihatan Malaysia je.wahahahaha.okey lah korang.aku nk chow dulu.^^

nak pegi bancuh susu panas lah dgn harapan dpt tido dgn nyenyaknye dan mimpi kawen dgn anak raja.^^

p/s: sharing is caring.

::lunch treats::

Assalamualaikum ^_^
huwarghhhhh(menguap).time2 camnie la selalu rasa nk tito.hehehe.tambah2 plak perot aku da kenyang.katil pon da panggil.mari..mari..aku baru je balik dr KFC neh.kalo tak aku cam malas je nk turun cafe hari neh.nk mengurungkan diri dalam bilik je. makan apa yg ade.biskut pon jadi lah.tp...bila cik Ana mesej nk belanja aku makan famous bowl,tetiba mode rajen teractivated.hahahahaha.dasar budak tak tahu malu.ngeeee~rezeki tak baik ditolak dong.^^tenkiu eh cik Ana Farhana.lain kali belanja lagi...keh3


~letsss try dis menu ^^~


p/s: sharing is caring.

::BEN ASHAARI GEGAR LAGI::



Assalamualaikum ^_^
pagi2 lagi aku dh join segmen abg ben neh.heeeeee~
nk join jugak?sila la klik SINI.


p/s: sharing is caring.

Andai Seorang Lelaki Itu Datang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Andai Seorang Lelaki Itu Datang | iluvislam.com + discover the beauty of islam


p/s: sharing is caring.

::oh no !!:::

Assalamualaikum ^_^



arghhhhh~hari neh aku rasa mcm nk derma air mata lah.sobss..sobss..T_T.sbb ape?bkn sbb tak dpt mkn ice-cream.bkn sbb tak dpt mkn lolipop.bkn sbb nyamok gigit.bkn sbb semut cium.huwaaaaaa.tp..tp..tp..lappy wat hal lah td.isk..isk..tetiba rasa nk nanges tgk lappy menjerit kesakitan.suara lappy kuat sangat sampai aku jadi kelam kabut seketika.adoiyaiii.tak tau kenapa tetiba jadik cmtuh.rasa mcm lappy neh nk meletop!dlm hati dh terbayang-bayang mcm2.selamatkah aku dlm bilik sorang2?ape jadik kat aku kalo lappy nie betol2 meletop?iyee..siyess tu yg aku pk td.

sbb takot punya pasal td,dgn tidak membuang masa aku teros off lappy.teros hempas badan ats katil.then,tido!dgn harapan semua tu mimpi.so,kalo bangun nnti mcm xde ape yg berlaku lah kan.hik3.lappy neh dh jd mcm separuh drpd nyawa aku.kalo handphone yg rosak lantak ahh.aku tak kesah.tp kalo lappy,bergegar jantung aku taw.berderau darah naik ke muka.ye lah.skang kan study week.next week da start final exam.notes aku bnyak dlm lappy.sbb malas nk print & jimat duit punya pasal.hohohoho~pastu,slide show untuk viva pon aku lom wat.pastu,nnti nak edit thesis yg final pulak.semuanya nk kena guna lappy kan.^^

td lepas bngun tido.aku try la on lappy nie balik.Alhamdulillah dh tak sakit mcm td.harap2 la kembali normal mcm biase.nie pon amik langkah berjaga-jaga.on kejap2 je.pastu off balik.sbb rasanye bunyi bising td tuh sbb fan die ade problem kot.haiyokkk~tp hati aku kuat mengatakan lappy neh dh tunjukkan simptom2 untuk aku beli lappy baru!kah kah kah.ohh.tidak!skang bukan masanya okeh.

ok lah.itu je nk citer.korang pon tolongla doakan yg terbaik untuk kesihatan lappy aku nie eh.^^


p/s: sharing is caring.

::santai petang isnin::

Assalamualaikum..^_^

petang kelmarin bersantai-santai di anjung umah tok sambil amik angin.memang best ahh.tok plak buatkan rojak buah.fuhhhh!pak su plak amikkan buah mertajam.wah3.mcm puteri kayangan lak aku neh.asek makan je.muahahahaha.bukan selalu taw dpt layanan cmneh.hik3.ok2.tak nak citer panjang lebor sngat.jom layan pic2 kat bawah yg disediakan oleh miss hearty..................................^^


~slurppp!amacam?meleleh tak air luir korang.ngeeee~


~nie lah buah mertajam.rasanya manis2 kelat sikit~

p/s: sharing is caring.

::bengang !!::

Assalamualaikum semua pembacaku sekalian.apa habaq?^_^haqap2 sihat belaka la noh.
entry kali neh aku rasa nk beloqhat penang lah.sekali sekala xpa kan.heeee~yupp!memang cek org penang.pure penang okeh!tp bukanlah anak mami yg hidung mancung bak gunung everest tuh.huhuhu.tp loghat cek pekat beb!sbb apa aku tak guna loqhat sendiri ja bila tulih belog?bukannya apa.nnti ada org yg tak faham.kesian nnti ada yg terkebil-kebil nk baca entry aku neh.kang apa yg aku nk sampaikan tak dapat org lain terima.tak mau la jadi camtu kan.penulisan tu penting bg sesebuah belog.wink2*_*

2,3 haqi lepas aku meqajenkan diqi p pasaq tani,kiqa dekat jugak la ngn umah aku.saja p teman tok beli ikan & sayuq.tu pon disebabkan cucu kesayangan dia neh nk makan gulai siput sedut.so,toknya pon terpaksalah p beli jugak.hehehe.tenksss tok.luv u very damn much!!

siput tu memang susah nk dapat.ikot musim kot.dalam hati dok berdoa siput tu ada juai kat ctu.tgk2 ada.hoorayyy!!melonjak riang lah aku.hahahaha.tapi..........nak dijadikan ceqita.budak pompuan yg juai siput tuh sangat la tak berbudi bahasa.muka kelat gila ahh.masam mcm cuka lak tuh.haishhhh.kalo ikotkan hati memang aku tak jadi beli ja.dh nk taqik baju tok aku dh ajak balik.tp bila ikotkan nafsu makan punya pasai.penat2 mai plak.kena beli lah jugak tak kiqa apa pon yg terjadi.tanya harga ja pon tp muka dia tuh dah mcm singa kelaparan derrr.tau la qamai org waktu tu.tapi customer first okeh.tak belajaq ka adat2 dlm berbisnes neh.kalo hg tgh putus cinta ka period cramp ka kucing mati ka tp depan pelanggan neh buat p la senyum palsu pon.org bukannya tau.dok wat muka cmtuh kan dh kena sumpah seranah ngn aku.nk ja aku bg penampaq supaya uqat2 muka dia tu bergegaq sikit.kot2 td keqaih mcm batu sbb tu xleh senyum.kalo dgn aku dia nk wat peqangai cmtu xpa.aku tak kesah la sangat.tp neh dgn org tua.kalo nk jadi menantu tp perangai haprak cmtu jgn haqaplah derr.

bengang gila ahh waktu tuh.lepas ja beli siput sedut,aku teroih ajak tok aku balek.tak dak mood dah nk p jalan2 tgk benda lain.selagi aku dok nampak muka budak tuh kat ctu hati aku jd tak tenteram.hehhhh~.kita kan rakyat malaysia."budi bahasa budaya kita".kalo selalu senyum pelanggan pon suka.rasa mcm nk mai lg beli barang kat kita.rezeki pon masyukkk.neh kalo dok wat muka tak tentu hala,masam tak tentu masa,pelanggan pon benci & tak suka.jd,bawak2 bequbah la dek...^_^

p/s: sharing is caring.

::hujan darah di India !!::


hujan darah!!!scary kan?td masa aku tgh browse2 internet ternampak lah news pasal kejadian aneh nie.kalo tak silap fenomena nie terjadi pd tahun 2010.jom kite baca cerita selanjutnya kat bawah.

Inilah penjelasan hujan darah atau hujan merah ini

Lebih dari 500.000 meter kubik air hujan berwarna merah tercurah ke bumi. Pada mulanya ilmuwan mengira air hujan yang berwarna merah itu disebabkan oleh pasir gurun, namun para Ilmuwan menemukan sesuatu yang mengejutkan, unsur merah di dalam air tersebut adalah sel hidup, sel yang bukan berasal dari bumi !


Hujan yang pertama jatuh di distrik Kottayam dan Idukki di wilayah selatan India. Bukan hanya hujan berwarna merah, 10 hari pertama dilaporkan turunnya hujan berwarna kuning, hijau dan bahkan hitam. Setelah 10 hari, intensitas curah hujan mereda hingga September.

Hujan tersebut turun hanya pada wilayah yang terbatas dan biasanya hanya berlangsung sekitar 20 menit per hujan. Para penduduk lokal menemukan baju-baju yang dijemur berubah warna menjadi merah seperti darah. Penduduk lokal juga melaporkan adanya bunyi ledakan dan cahaya terang yang mendahului turunnya hujan yang dipercaya sebagai ledakan meteor.

Contoh air hujan tersebut segera dibawa untuk diteliti oleh pemerintah India dan ilmuwan. Salah satu ilmuwan independen yang menelitinya adalah Godfrey Louis dan Santosh Kumara dari Universitas Mahatma Gandhi.

Mereka mengumpulkan lebih dari 120 laporan dari penduduk setempat dan mengumpulkan sampel air hujan merah dari wilayah sepanjang 100 km. Pertama kali mereka mengira bahwa partikel merah di dalam air adalah partikel pasir yang terbawa dari gurun Arab.

Hal ini pernah terjadi pada Juli 1968 dimana pasir dari gurun sahara terbawa angin hingga menyebabkan hujan merah di Inggris. Namun mereka menemukan bahwa unsur merah di dalam air tersebut bukanlah butiran pasir, melainkan sel-sel yang hidup.

Komposisi sel tersebut terdiri dari 50% Karbon, 45% Oksigen dan 5% unsur lain seperti besi dan sodium, konsisten dengan komponen sel biologi lainnya, dan sel itu juga membelah diri. Sel itu memiliki diameter antara 3-10 mikrometer dengan dinding sel yang tebal dan memiliki variasi nanostruktur didalam membrannya.

Namun tidak ada nukleus yang dapat diidentifikasi. Setiap meter kubik sampel yang diambil, terdapat 100 gram unsur merah. Jadi apabila dijumlah, maka dari Juli hingga September terdapat 50 ton partikel merah yang tercurah ke Bumi.

Di Universitas Sheffield, Inggris, seorang ahli mikrobiologis bernama Milton Wainwright mengkonfirmasi bahwa unsur merah tersebut adalah sel hidup. Hal ini dinyatakan karena Wainwright berhasil menemukan adanya DNA dari unsur sel tersebut walaupun ia belum berhasil mengekstraknya.

Karena partikel merah tersebut adalah sel hidup, maka para ilmuwan mengajukan teori bahwa partikel merah itu adalah darah. Menurut mereka, kemungkinan batu meteor yang meledak di udara telah membantai sekelompok kelelawar di udara. Namun teori ini ditolak karena tidak adanya bukti-bukti yang mendukung seperti sayap kelelawar yang jatuh ke bumi.

Dengan menghubungkan antara suara ledakan dan cahaya yang mendahului hujan tersebut, Louis mengemukakan teori bahwa sel-sel merah tersebut adalah makhluk ekstra terestrial. Louis menyimpulkan bahwa materi merah tersebut datang dari sebuah komet yang memasuki atmosfer bumi dan meledak di atas langit India.

Sebuah studi yang dilakukan oleh mahasiswa doktoral dari Universitas Queen, Irlandia yang bernama Patrick McCafferty menemukan catatan sejarah yang menghubungkan hujan berwarna dengan ledakan meteor.

McCafferty menganalisa 80 laporan mengenai hujan berwarna, 20 laporan air berubah menjadi darah dan 68 contoh fenomena mirip seperti hujan hitam, hujan susu atau madu yang turun dari langit.

36 persen dari contoh tersebut ternyata terhubung dengan aktivitas meteor atau komet. Peristiwa-peristiwa tersebut terjadi mulai dari Romawi kuno, Irlandia dan Inggris abad pertengahan dan bahkan Kalifornia abad ke-19.

McCafferty mengatakan, “Å“kelihatannya ada hubungan yang kuat antara laporan hujan berwarna dengan aktivitas meteor, Hujan merah Kerala cocok dengan pola-pola tersebut dan tidak dapat diabaikan begitu saja.”

Jadi, apakah hujan merah di Kerala berasal dari luar bumi ? Sebagian ilmuwan yang skeptis serta merta menolak teori ini. Namun sebagian ilmuwan lain yang belum menemukan jawabannya segera melirik kembali ke sebuah teori usang yang diajukan oleh ahli fisika Sir Fred Hoyle dan Dr Chandra Wickramasinghe, teori yang disebut Panspermia, yaitu sebuah teori yang menyatakan bahwa kehidupan di bumi ini berasal dari luar angkasa.

Menurut kedua ilmuwan tersebut pada mulanya di luar angkasa terdapat awan gas antar bintang yang mengandung bakteri. Ketika awan itu mengerut karena gravitasi untuk membentuk sistem bintang, bakteri yang ada di dalamnya tetap bertahan hidup di dalam komet.

Ketika komet itu terkena sinar matahari, panas matahari mencairkan permukaan es pada komet, bakteri-bakteri tersebut lolos dan tersapu ke planet-planet terdekat. Teori ini juga didasarkan pada argumen Charles darwin bahwa sesungguhnya bakteri memiliki karakteristis ‘luar bumi’.

nak saksikan video hujan darah di India???.klik kat cnie.

sumber: http://www.koleksiweb.com/iptek/misteri-hujan-berwarna-merah-di-india.html

p/s: sharing is caring.

::Mihrab Cinta::


korang penah tgk tak citer neh?aku pon tak penah tgk lagik.hehehehe.mcm best je kan.tp aku suke giler ngn lagu ost dlm cter neh.best!!.tajuknye bunga-bunga cinta.cube ahh dengar.memang best arr.berapa kali aku dok ulang best neh.means best lah kan.huhuhu.klik la cnie kalo nk dengar.^_^


~terpegun & tergamam seketika dengan kecantekan & keayuan wanita yang bernama Asmirandah nie~


lirik lagu Bunga-Bunga Cinta
nyanyian Dude Herlino & Asmirandah

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

p/s: sharing is caring

::lalalalala~::

weeeehuuu~ri nie dpt balek umah!sngat excited & seronok.detik yg memang dah lama ku nantikan.sebelom berjuang habis-habisan untuk final exam,maka haruslah mereleasekan tension dahulu.bg otak & badan berehat jap.cian dorang hari2 bekerja tanpa henti.hik3.

sempat lg aku hapdate kan.padahal dah siap2 nk balek neh.aku ngah tunggu membe aku bersiap lah.hehehe.so.drpd aku membuang masa ats katil lebeh baik aku 0n9.kang tak pasal2 aku tertido ats katil plak.

ok lah.itu je nk citer.wait for my next entry lak ea.*_*

::banana split fever::





amacam???meleleh air liur tak???hahahaha.kalo meleleh cpt2 lap.haippp!tak senonoh neh.tetiba perot kesayangan neh ngidam nk makan banana split plak.hadehhhh.akibat terpengaruh drpd satu sumber yg sangat boleh dipercayai.walaupon nmpak simpel.then.mcm boley wat sendiri kat umah je kan.tp aku xmau!sbb kalo aku wat mesti tak serupa dgn gamba2 kat ats neh.kompem!mesti banana tuh split ke bawah.ice cream split ke atas.chocolate split ke kiri.cherry split ke kanan.ngeeee~

nk org lain tolong wat kan sebijik cam kat ats tuh! any volunteer???hik3.xpon ade sesape nk lanje aku tak??? =_= nk wat muka seposen mintak simpati =_=.eeeiiii!kejinye sifat miss hearty neh.erkkkk~tp pisang leh menggemokkan kan..?haiyakkk~lantak ahh!tak kire!nk jugak..nk jugak..(sambil hentak2 kaki & golek2 atas katil).keh keh keh.

nk pegi melayari bahtera sambil mimpi makan banana split ahh.papaiiii sume~tido awal baek untuk kesihatan okeh(awal la sngat).heeeee~

::kalau aku (miss hearty) ini dia (cik najihah)::


oppsssss.baru nk post entry neh.maaf sngat2 abg ben.ri tu lepas je post entry ben ashaari buat gila lagi aku g kelas.ptg baru balek.tgk2 da terlewat.uhukkk~sedeh sngat.takot tgk abg ben marah.sobs..sobs..tolong la jgn blacklist miss hearty.=(

dlm segmen neh aku vs cik najihah.huhuhu.hurmmmm.kalo la blog cik najihah jd blog aku kan,aku nk tuka theme die jd kaler pink sbbnye aku neh hantu pink !lalalalala~.then,aku nk tacap2 sikit ngn bunga2.bunga melambangkan wanita kan..kan..hehehe.pastu.aku lebeh suka layout blog yg ada 2 column je.kalo 3 tuh cam serabut sikit la (maap cik najihah.jgn mara ea).ngeeeee~btw.aku suke icon die yg asek kelip2 tuh.comeyy sngat!.

to cik najihah---header awk cun okeh !^_^.itu je ek.cukop kan.heeeee~jom kite terjah blog cik najihah!

to abg ben---sorry sesangat taw!

::nk baby !::


ehem2.chumel tak dak kecik yg aku dukong tuh?anak sulong aku.nmpak ada rupa cam aku tak?mesti la xde kan.aku kan mummy palsu dia.keh3.

td dok kelebek2 file dlm lappy.berselerak gila ahh.dah lama tak update.cbuk kot.tetiba nmpak pic neh.membe aku yg amekkan time raya ri tu.tenkss to her!baby tu ank buah membe aku.cute beb!naseb budak tu tak nanges.lau tak jenoh nk nyanyi lagu lullaby plak eh kat dia.

sobs..sobs..nampak sngat aku cam xreti pegang baby kan(kekok semacam jekk).dukong teddy bear pandai ahh.uhukkkk~nk kena amek kursus neh.hahahahaha.

mood: tgh bohsan neh *_*

::BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI...::


nk join??? sila klik cnie..

KENAPA NAK JOIN SEGMEN BEN ASHAARI...???

hurmmmm.mcm2 sbb neh.hehehe.tp firstly,of cos la sume segmen abg ben bestttttt ! meletop ! memang de bomb lah !(puji ikhlas ni taw).rasa mcm nk join je sume segmen abg ben.tp apakan daya kesibukan melanda diri.sobs..sobs..mcm rugi je taw kalo tak join.eh.bkn mcm lg da.memang rugi pon !ngeeee~

sbb abg ben org femessss !sume org kenal lohhh.fofularr gitu. so,leh la aku tumpang populariti sikit.keh keh keh.jgn mara ea abg ben.

kalo join segmen abg ben neh sudah tentunya traffic blog aku meningkat drpd biasa.hahahaha.tu yg best tuh.at least dpt la promote blog aku yg tak seberapa neh.dpt jugak bertemu kenalan2 baru.weeeeee~kalo dah join segmen abg ben neh,hari2 aku mesti bukak blog.wajib !hormon excited terlebih rembes la tuh.hehehe.

emmmmm.lg ape ek?haaaa! of cos la follower aku bertambah !.i loikeeee.ckop tak lg 100 patah perkataan neh.mcm wat karangan BM plak.haiyakkkkk~okey.itu je drpd aku.tenkssss abg ben sbb rajen wat mcm2 segmen.heeeee~

::Shaheizy Sam Menang !!::

weeeehuuuuuu~ shaheizy sam menang la wehhh !!terbaek dari ladang lah.you deserved it.tahniah buat shaheizy sam kerana telah menggondol Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010.tahniah jgak buat Lisa Surihani (pelakon pojaanku) yg menang untuk Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Yuna pon menang beb !yeayyyy!.Yuna menggondol Anugerah Penyanyi Wanita Popular yg selalu dimenangi oleh Datok Siti Nurhaliza dolu2 tuh.

::itu saja berita terkini dr miss hearty::

~selamat malam buat pembaca2ku sekalian.jom tito.adiossss amigosss.~

::Gegar 1 Ribu Blog April Bermula ::

selamat petang semua !!jom join segmen abg Ben lagik.yuhuuuuuu~


kalo korang pon nk join jgak,sila klik cni eh..

::Cara Potong Kuku Ikut Sunnah::

huk huk huk(terbatok plak).hurmmm.mau tanya siket sama korang neh.korang selalu potong kuku hari apa ek?sebelum ni pun aku main bantai je kepit kuku.dah xkira pon hari apa(apa punya worang lahh).then,aku ada la terbaca dalam satu buku perihal potong2 kuku neh.dlm internet pon ada jgak.kadang2 hal2 kecik cmneh ramai yg tak amik kesah kan.sama ada korang perasan atau tak,nak dpt pahala tu senang je tp ramai yg xnak buat.potong kuku ikut sunnah pon korang da dpt pahala,masok kocek amal dan simpan untuk akhirat nnti.sikit2 korang simpan lama2 jd bukit.untung kan.meh nk sharing2 ngn korang fadhilat potong kuku ikut sunnah.even nk potong kuku pon ada cara-caranya taw.jom tgk.*_*



(img from hencek Google)

(img from hencek Google)


*pilihlah hari2 yg sesuai untuk potong kuku.buatlah pilihan yg bijak ea.hehehe*

Hari
Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari
Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari
Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


p/s:sharing is caring !!

::5 artis rebut Bintang Paling Popular 2010::


KUALA LUMPUR: Shahir, Zizan, Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Faizal Tahir adalah lima artis yang disebut-sebut bakal menjulang takhta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, malam ini.

Selepas tiga bulan berteka-teki, jawapan akan diketahui peminat malam ini. Berdasarkan saingan sengit di kalangan 80 finalis bagi 17 kategori dalam pencalonan akhir ABPBH 2010, sukar meneka siapakah antara lima pelakon, artis komedi dan penyanyi berkenaan yang bakal mengambil takhta dimenangi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, musim lalu.
Malam kemuncak ABPBH edisi ke-24 akan turut dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio Hot FM, bermula jam 9 malam ini.

Tidak seperti edisi sebelumnya, kemenangan Bintang Paling Popular agak sukar diramalkan kali ini. Bagaimanapun, ABPBH 2010 memperlihatkan persaingan sengit yang memungkinkan berlakunya kejutan. Berdasarkan pencapaian, Shaheizy, Zizan, Lisa Surihani, Shahir dan Faizal adalah antara anak seni yang meraih kecemerlangan sepanjang tahun lalu.

Zizan dilihat menjadi pilihan ramai kerana bakatnya yang dicungkil menerusi program Raja Lawak musim pertama mempamerkan mutu komedi konsisten dan bertambah baik terutama sepanjang tahun lalu.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu kerap muncul dalam pelbagai program komedi dan pengacaraan, selain mempunyai program bual bicara, Zizan Show. Kemungkinan Zizan bakal menjejak langkah artis komedi yang pernah merangkul Bintang Paling Popular seperti Saiful Apek dan Ahmad Nabil Ahmad.
Kemenangan Shaheizy menerusi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) dan Anugerah Khas Yasmin Ahmad, Anugerah Skrin TV3 2010 memberi laluan selesa kepada pelakon yang memulakan kerjaya lakonan seawal usia 12 tahun itu.

Malah, Shaheizy dianggap Hero Malaya baru apabila setiap filemnya mencapai kutipan box-office. Dua filem lakonannya, Adnan Sempit dan Ngangkung mencipta sejarah baru dalam industri perfileman Melayu apabila mendapat kutipan masing-masing lebih RM7 juta dan RM8 juta.

Kebangkitan pelakon yang kini digelar Primadona Filem Melayu menggantikan Erra Fazira, Lisa Surihani juga turut menjadi perhatian ramai apatah lagi peminatnya boleh dilihat menerusi rakan sembang di Facebook miliknya mencecah lebih sejuta peminat. Kebanyakan filem lakonan beliau konsisten dari segi kutipan box-office, selain beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM23, Oktober tahun lalu.

Shahir, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan mempunyai pengaruh yang kuat, selain disenangi peminat. Selepas Mawi, Shahir juga berjaya mencetuskan fenomena dan kegilaan di kalangan penonton.

Disayangi kerana bakat serta imej Islamik, nama Shahir juga mendadak naik apabila tersebar gosip kononnya bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Walaupun tumpas di tangan Aizat yang menggondol kategori Penyanyi Lelaki Popular, tahun lalu, aura Faizal Tahir masih berbisa. Energi yang dibawa penyanyi Selamat Malam ini menjulangnya ke puncak populariti. Faizal masih menjadi penyanyi lelaki paling digilai peminat.

p/s: aku nk Lisa Surihani menang !!yeahhhh~
(sumber: dipetik drpd Berita Harian)

::Blog Ni Aku Rasa Patut Popular Laa..::

ehem2.ujung2 minggu nie terasa bohsan la plak.drpd asek goyang kaki atas katil je,lebeh baik aku join segmen abg Ben.hehehe.

kalo korang nk join jgak,sila klik cni eh..
kat bawah nie aku listkan blog2 yg aku rasa patut popular gitu..



http://warna-warnihidupaku.blogspot.com/

http://sengalman.blogspot.com/

http://tubelawak.blogspot.com/

http://kupukupukecik.blogspot.com/


http://puteri-katek.blogspot.com/

(dorang neh patot popular sbb aku suka baca entri2 dorang.menarik,tertarik & ko memang de bomb lahh !!)



-apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?
post entri2 yg menarik.tingkatkan mutu penulisan.selalu join segmen abg Ben Ashaari.hehehe.

-pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?
yupp.penting!!.kalo da popular baru org slalu ingt kite.baru org slalu view page kite & baca entri2 kite.tak kenal maka tak cinta lohhhh !!

::Bila Perot Mula Mengidam::

sejak akhir2 neh perot aku asek nk melantak je.kalo setakat nasik berlauk kat cafe tuh xpe lah.xlah aku kesah sangat.ini tak.demand plak tuh.aku neh dah la poket kering skang.kalo awal2 sem dulu xpo lah jgak.kalo aku xpenuhi permintaan dia,kang dia merengek cam budak kecik plak.aku gak yg susah xleh tido malam.haiyakkkk.tu lah.aku slalu manjakan sangat.nk tau ke apa yg dia nk???jom tgk kat bawah neh..................................................................@_@




p/s: jom kita pau org !!hahaha(gelak kejisss).huwaaaaaa~nk ke Pizza Hut sekarang jugak !(dalam mimpi)