Mior Juara Kilauan Emas 3

Assalamualaikum ^^

Mior Juara Kilauan Emas 3


SETELAH bersaing dalam enam konsert, akhirnya, peserta berasal dari Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Mior diumumkan sebagai juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), malam tadi.

Konsep rock yang dibawanya berjaya memenangi hati juri dan penonton dengan markah 29.5 peratus.

Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan.

Vokal penyanyi berusia 44 tahun ini memang tidak dinafikan apabila berjaya menggegarkan Auditorium MBSA ketika membawakan lagu Purnama dari kumpulan Search dan sebuah lagu baru berjudul Sampai Di Sini.

Tempat kedua dimenangi Idris dengan 26.4peratus dan tempat ketiga menjadi milik Silah dengan 22.9 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi.

Sementara peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident yang membawa pulang wang tunai RM 10,000.

Pentas akhir KE3 ini jugak menyaksikan penampilan juara kilauan emas musim pertama dan kedua, Ali Norpiah serta Fuad.

Selain itu, guru vokal, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Kesederhanaan.

Juri profesional, Ziana Zain pula menyampaikan lagu berbisanya, Berpisah Jua dan Dugaan Buatmu.





*walaupun tak follow sepenuhnya show nie tapi dah boleh agak siapa yang akan menang.tahniah buat beliau :)






sumber : sinarharian

Cabul Wanita Atas Motosikal

Assalamualaikum ^^

Cabul wanita atas motosikal
Tertuduh diiringi anggota polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka selepas dijatuhi hukuman penjara empat bulan, semalam.

AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara
Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini.

“Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut.

Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu.

“Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?,” tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri.
Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal.

Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya.

Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa.

Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari.


*dah ada wife tu jaga lah elok elok.dah la sarat mengandung pulak.tapi si husband masih ada hati lagi nak buat perkara terkutuk.. dunia oh dunia =,=



sumber : sinarharian

[GAMBAR] Usaha Menyelamatkan Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas

Assalamualaikum ^^

BEIJING – Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.

“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.

Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan tersebut. Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. – AFP

 
article-2331941-1A08DE08000005DC-921_634x423
article-2331941-1A08DDF5000005DC-158_634x421
article-2331941-1A08DE0C000005DC-923_634x336
article-2331941-1A08DE1D000005DC-1_634x415
article-2331941-1A08DE2D000005DC-493_634x423



*kenapa lah manusia nie kejam sangat.baby tu tak bersalah pon.kenapa hukum dia sampai macam tu sekali kan.ramai orang nakkan cahaya mata, tapi manusia spesies takde hati perut nie buang buang gitew je..tskkkkk ;( 





sumber : mynewshub

10 Blogger Comel di Malaysia

Assalamualaikum ^^


klik Banner diatas untuk join sekaki

whoaaa ! daebak ♥
 menarik semacam je segmen nie.kan.. kan..
cuma perlu statekan 10 orang blogger yang comel di Malaysia.gi gi gi gwiyomi ^^
rasanya most of blogger yang ada sekarang semua comel comel belaka.ye dak?
yang buat segmen nie lagi lah comel ! ihiksss *ikhlas dari hati

ok ok.now dahku nak listkan 10 blogger yang comel itu.
sila tengok betol betol yer.mana lah tau nama korang tersangkut ker..wuwuwuwuuu




dahku tag dia & dia yang baik hati lagi rajin nie :)

nak tau comel ke idak, sila lah terjah dorang !
*hah, ada tak nama korang? :) kenapa 10 orang je.
rasa macam nak listkan banyak lagi blogger yang kiut kiut.hehehe


Ada Minyak Dalam Telaga

Assalamualaikum ^^

Ada minyak dalam telaga
Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof.
Ada minyak dalam telaga
Mminyak tersebut terbakar selepas dicucuh api.
Ada minyak dalam telaga
Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak.

TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.

Air telaga berbau minyak petrol

Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.

“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.

“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan  memudaratkan kesihatan  saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai  petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput.

Dua telaga  jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak.

Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.

Khuatir disambar api

Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api.

“Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak,” katanya.

Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah  semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu.

Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar

Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini.

“Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini,” katanya.



sumber : SinarHarian

peluang berjumpa Kim Jong Kook dari Running Man secara live di Malaysia

Assalamualaikum ^^

obses bergambar?
 minat Running Man?
 suka Kim Jong Kook?
 nak jumpa dia secara live, face to face?
 haaaaa, meh sini meh.join contest di bawah :)



like page TV2 di facebook for more details ^^



*lepas nie marilah kita bergelak sakan depan TV2 setiap hari sabtu menonton Running Man show =)



11 Things About Me

Assalamualaikum ^^

eh kena tag? maaf la aku baru ada masa nak join segmen2 yang korang tag.huuuuu^^ thanks yer Cik Aida & Sha sudi tag kite..ihiksssss.



Few rules need to be followed :

1. Post this rules. 
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.



11 Things About Miss Hearty

1. Gadis yang sangat pemalu okey tapi suka buat lawak..ehemmm :p
2. Sporting & open minded
3. Obses dengan kaler pink serta benda yang kiut miut ! nak kahwen nanti pon tema harus ada kaler pink..weehuu ^^
4. Lebih suka tidur daripada makan *buruk perangai :D
5. Paling tak suka orang yang hipokrit
6. Gila shopping 
7. Peminat K-pop yang fanatik.Running Man tu sedara aku jek..ehekkk :)
8. Suka memasak guna resipi yang direka sendiri.asalkan sedap ^_-
9. Tak suka cerita masalah sendiri dekat orang lain.hanya mampu mengadu pada Allah sambil nangis2 T_T
10. Happy go lucky
11. Sangat susah hati kalau terbuat orang lain rasa sedih



Jawapan bagi soalan Cik Aida

1. Hurmm..boleh panggil Ayu atau Hearty :)
2. Seorang yang sangat sweet dan simple serta kelakar
3. Suka sangat ! sebab kucing tu comel.gi gi gi gwiyomi ^^
4. Lipas.allergic sangat ! sanggup tak tido kalau ada lipas dalam bilik..tskkkk
5. Pernah.someone pada masa silam dahulu.macam nak karate je die..hehe
6. Menangis sorang2 dalam bilik sambil dengar lagu dan makan cekelat :D
7. Suka.sebab dapat kenal dengan kawan baru..ngeeee
8. Tak kisah brand apa2 pon asalkan bau wangi dan lembut
9. Tahun lepas
10. Ermm..nak dapat ramai kawan dalam alam maya nie dan boleh dapat pulus sikit :)
11. Suka soalan nie ! hahah.. nak seorang suami yang sayang isteri dia lebih dari diri dia sendiri.sentiasa dekatkan diri dia dengan Allah.sentiasa memahami dan percaya isteri dia.romantik dan kelakar.banyak lagi sebenarnye.tapi nak bagitau yang tu jer..huhuhu




Jawapan bagi soalan Sha

1. Pink sangat ! kawaiiii ^^

2. Membaca.especially novel :)
3. Lappy dan phone
4. Belog Yuyu Zulaikha
5. Ermm..kena banyak bersabo sebab banyak dugaan.hari hari rindu..ehekkk
6. Of course PINK !
7. Cameron Highlands
8. Hampir 3 tahun
9. Depends.tak dapat nak agak sebab lately nie super busy dengan keje
10. 'kakak' *tapi perangai tak macam kakak pon.. puiiiii
11. http://heartylolipop.blogspot.com/2012/10/percubaan-pertamaku.html



Soalan untuk korang pulak ! ^^


1. Bagi satu kenangan manis yang pernah berlaku dalam hidup korang?

2. Korang anak ke berapa dalam family?
3. Apa korang akan buat bila stress?
4. Gambarkan Miss Hearty dalam 3 perkataan :)
5. Bagi 3 nama insan yang korang sayang dan siapa mereka dalam hidup korang?
6. Siapa idola korang dalam dunia blogging?
7. Apa yag wajib ada dalam handbag korang? 
8. Apa perkara pertama yang korang buat bila bangun tidur pagi2 ?
9. Coklat apa yang korang suka?
10. Siapa yang selalu ada bila korang sedih?
11. Berikan nama negara yang korang akan pilih untuk honeymoon



 jeng jeng jeng..done ! now nak tag 11 orang yang bertuah :D















#selamat menjawab soalan yer korang ! :)

[GAMBAR] Perkahwinan Lynda Roslan & Aizul Marcello

Assalamualaikum ^^

apabila sang cantik bertemu sang kacak, apa lagi yang dapat di gambarkan.betapa indahnya sang mempelai ini bila dipertemukan dalam ikatan yang sah :)

tahniah buat Lynda Roslan & Aizul Marcello di atas perkahwinan mereka yang baru berlangsung beberapa hari yang lepas.sama cantik, sama padan.


semoga hubungan yang di bina kekal bahagia hingga Syurga :)










Review Blog Pemenang

Assalamualaikum ^^

annyeong annyeong :)

okay, now dah tiba masanya nak mereview belog belog bertuah yang telah menang contest INI. maaf yer lambat terpost entri nie.dahku lupa sebab ingat nak kahwen je. ehekkkk :D


-{NuR_Syazana-zanaSya}-
alolololoo... omeinya tuan belog yang bernama nur syazana nie. tengok header die yang macam siti di alam fantasi je siap ada pelangi dan ais krim bagai.hehehe.. belog yang simple dan tak berat sebab tu cepat je loading.tak bikin stress nak menunggu.ye dak? :) sesiapa yang nak berkenalan dengan beliau boleg lah follow belog beliau okeh..



[IMG_0049.JPG]


maaf curik gambo awak dear.nak copy header tapi awak tak kasik.kalau saya right klik awak cakap ' sorry, you can't babe' .huuuuuu^^ btw.. eh, nama blogger nie meyra john.ada kacukan dengan omputih ke neh? eheeee.orangnyer cantik gebu.nak berkenalan? sila lah follow belog die kay.klik dekat gambo atas neh ha.belog yang ada sifat sifat kewanitaan.sebab? tengok sendiri ahh.. hahah.belog tak berat dan simple.tak banyak widget, ok lettew ! :)



! ♥ istikharah cinta ♥ !


waaaa..so yellowish ! :) agaknya gadis nie minat warna kuning kot.kuning itu lembut kan dear ^^ dahku tertarik dengan header beliau sebab ada ayat ayat best.adek nie baru berumur 19 tahun.aloooo, mudanya.jeles akak taw T_T belog die pon simple je dan kemas.rajin jugak adek nur syazwani nie join segmen.chaiyok chaiyok dear ! :)





Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum ^^

Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani & Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Like page INI dan like INI jugak!
  6. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !




*nahhh ! kan dah join sekaki.memang pantang ada istilah istilah korea neh.kemain laju je menonong taip entri.hahah.. kamu sekalian silah lah menjoinkan diri jugak.hadiah menarik taw ! :)


Resepi Puding Ice Cream Oreo

Assalamualaikum ^^

pernah tak korang cuba buat puding ice cream oreo? sedap habaq hang.first time aku cuba buat memang puas hati.baru lepas beberapa jam je letak dalam peti ais, terus lesap, lenyap buat selama lamanya kerana telah selamat mendiami perot perot manusia yang memang obses dengan dessert.hahah..

meh aku nak share resepinya dengan korang semua.harus cuba tau ! :)


Puding Ice Cream Oreo




Bahan-bahan :

25 gram agar-agar bertali
1.25 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula
sebiji telur
sesudu teh esen vanilla
5-6 scoop ice cream vanilla atau chocolate
sebungkus biskut oreo (dihancurkan)


Cara-cara :

1. Masukkan air dan agar-agar dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga agar-agar larut. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati.

2. Blender ice cream, susu cair, telur dan esen vanilla.

3. Masukkan hasil blender itu ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo yang dah dihancurkan ke dalam periuk agar-agar tadi juga. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian, tutup api.

5. Sediakan loyang dan tuangkan adunan ke dalam loyang tersebut. Biar sejuk dahulu, kemudian boleh masukkan ke dalam peti ais.

6. Dah sejuk, hidangkan dan ngap masuk mulut.




Daebak Daebak ! silah lah cuba kat rumah yer ! :)



Jehan Miskin Kahwini Gadis Korea

Assalamualaikum ^^

Tahniah Jehan Miskin ! akhirnya telah sempurna bergelar seorang suami kepada Julie Camelia Rhee yang berasal dari Korea.bertuah sungguh lah Jehan dapat kahwen dengan orang Korea gitewww :) hope ikatan perkahwinan yang telah dibina berkekalan hingga Syurga..amin 

kalau dua dua senyum memang dah nampak seiras.chukahaeyo for both of them ! ^^











*Dalam korean wedding haruslah pakai hanbok kan :)



lagi gambar di SINI ...





Sebenarnya, SAYA ISTERI DIA !

Assalamualaikum ^^

hello guys ! dah lama rasanya belog dahku tak berentri baru.malam ni je dah terpost dua entri.makanya, mood aku tengah rajin tahap kuasa dua la tuh.dahku baru selesai menghabiskan bacaan sebuah novel yang bertajuk 'Sebenarnya, SAYA ISTERI DIA !' , tetiba laju je jari jemari nie menaip memulakan entri.bersemangat nak share dengan korang benda best.

sangat puas hati dengan penceritaan die yang tidak tergantung.ending yang membuatkan aku masih tersenyum sampai sekarang.cerita yang sangat sweet dan so romantic.ohh, macam dah jatuh hati dengan hero dalam novel tu.ehekkkk =.= kalau nak cerita the whole story kat korang kang tak best pulak kan.kang tak pasal pasal aku kena cepuk free je.yelah, mana lah tahu ada insan insan lain yang sedah menelaah novel nie tak habes lagi ke..heeeeee ^^

uolsss should read this novel and imagine uolsss lah hero atau heroin dalam cerita tersebut.ketawa bersama, menangis bersama.baru feeling habes..hahaha.lepas nie nak layan pulak drama melayu yang diadaptasi daripada novel nie dekat tv3, slot zehra, jumaat pukul 9 malam.



*no caption

 




PRU 13

Assalamualaikum ^^

heyyy awak awak semua ! konfem semua tengah kusyuk ada depan tv neh.berdebar debar nak tau result PRU 13 kan.hahah, same goes here.rasa macam nak tunggu pengisytiharan hari raya jer :) by the way, ini lah kali pertama aku merasai perasaan mengundi untuk negara.sebelum ni pernah mengundi dalam universiti je.feeling die sangatlah different.

rasa puas hati tahap kuasa dua setelah selesai mengundi.rasa macam nak tayang je jari yang dah di inaikan dengan dakwat biru tu sambil melaung 'saya dah mengundi ! '.over tak? apa saja untuk Malaysia ! :)

gigih tak aku bila keluar mengundi tengah hari saat matahari betol betol terpacak atas kepala.itu adalah strategi untuk mengelakkan daripada kena beratur panjang dan bersesak sesak dengan orang ramai.aku andaikan waktu tu orang tak ramai sebab panas kot.mau terbakonya kulit.nasiblah sebelum aku keluar, dah sapu sunblock sebotol biar ada protection untuk kulit kite kan..muehehehe


see.. lengang je kan..hahah..ini lah sekolah menengah aku dulu.dah 8 tahun aku tinggalkan sekolah nie..sobsssss T__T


 
yeayyy ! teruja nak tayang jari yang dah dicalit dakwat magic..hahah



ehemm.. kite cuti esok ! weehuuuu.. :D