OST Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum ^^




Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan


Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin





OST Kerana Terpaksa Aku Relakan
Tajuk Lagu : Patah Sayap
Penyanyi : Nadia Aqilah


Lirik Lagu Patah Sayap

Kerinduan dalam hati,
Bagai ditusuk sembilu bisa,
Tak sanggup menahan sakit dihati,
Mengharap kesakitan ini sementara,
Ku terjaga kau tiada disisi,
Bila sedar erti cintamu padaku.

Air mata yang mengalir,
Menemani ruang hati ini,
Namun kini ku tahu tiada yang pasti,
Bila sedar erti cintamu.

Chorus

Patah sayapku patah,
Tak mampu terbang lagi,
Bila tanpa cintamu,
Hidupku tak bererti.

Terbang tinggi ku terbang,
Menggapai angkasa,
Bila berpaut disayapmu,
Ku mensyukuri nikmat hidup.

Pernahkah, pernahkah engkau terfikir,
Fikirkan tentang ku,
Sakit merinduimu,
Tak mungkin, tak mungkin aku,
Mampu menahan beban sakit,
Hidup tanpa dirimu.

Chorus 2x


klik SINI untuk dengar lagu full





Panda Fung Wa & Feng Yi Tiba di Malaysia !

Assalamualaikum ^^

Aaaaaaa.. comel comel comel ! manusia kalau bermata panda memang tak cantik. tapi kalau panda Fung Wa & Feng Yi ni comel melampau. rasa macam nak pelok pelok tauuuu. Eeeeee, gerammm. Zoo Negara, tunggu ku datang. nak dating dengan panda panda tuu. huuuuuu :')


Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fung Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi.
Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan.
Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif.
Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012.
Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zoo Negara dan dikuarantin terlebih dahulu selama sebulan di sana sebelum dapat ditonton oleh pengunjung akhir Jun ini.


Foto
SEEKOR daripada dua panda yang sempat dirakam lensa kamera.

sumber



Flower Crown hiasan kepala

Assalamualaikum ^^




ehemmm.. Princess Ayu wanna say hye to uols.*princess sangat. hai kengkorang ! bikin apa weekend nie. celebrate mother's day ke tuu. sebenarnya hari hari pon hari ibu tau. takmau buat baik dengan ibu sempena hari ibu je tau. Selamat Hari Ibu buat ibuku, Puan Faridah. jasamu tak ternilai dengan wang ringgit. hanya Allah dapat membalasnya. terima kasih kerana telah bertarung nyawa melahirkan ku ke dunia ini. Selamat Hari Ibu jugak buat atok yang dah bersusah payah membesarkan dan mendidik gadis ini hingga mencecah 26 tahun dah.*haaa, tua dah kau. atok ibarat ibu ke dua buatku. terima kasih atas jasa kalian berdua. Alhamdulillah :')

ok dah.*kesat air mata. berbalik kepada gambar di atas tuu. ada yang pm bertanya dekat mana aku beli that flower crown yang atas kepala aku tuh. tak boleh nak jadi princess betol betol, feeling ala ala princess pon jadik lah. tak gituuuu. mula mula ingat nak beli yang ada bunga besar besar tu. siap ada daun daun. akar akar kayu bagai. pikir pikir balik, alahaiii, rasa macam aku tanam pokok bunga je atas kepala. hahaha.. sampai lah jumpa yang tercomel ni, tak crowded sangat dan bunga bunga pon tersusun elok. apa lagi, terus grab laju laju. aku beli ni dalam Instagram. cuba cari @mary_yam. follow lah beliau ye. then, shopping puas puas sampai lebam. alang alang tu, follow lah dahku @hatiehidayu. *phewww, sempat lagi promote. hahaha..


till then, kbaiii !    




Resepi Puding Jagung

Assalamualaikum ^^


Puding Jagung 


kerap pulak aku post entri berbaur makanan ni kan. sebabnya aku kerap makan lately ni. entah berapa kg dah berat aku sekarang ni. macam terlebih isipadu je. ahhh, lantak. bila kenyang perot, hati pon senang tau! hahaha.. kengkorang pon boleh cuba resepi ni dekat rumah. tak susah macam nak buat pavlova or red velvet pon. boleh memasak sambil berwechat dan berwhatsapp lagi kau. errrrrr.. jangan tercampak handphone ke dalam periok sudah lah ye. hikssss


RESEPI PUDING JAGUNG YANG ENAK

Bahan-bahan :

1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastad 
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 cawan gula 
1 sudu besar marjerin


Cara-cara memasak :

1. Firstly, campurkan bahan tepung kastad, jagung manis, susu cair, air dan gula ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana. Kacau perlahan lahan sehingga sebati dan pekat. *pastikan sentiasa kacau adunan puding tersebut untuk mengelakkan tepung kastad melekat pada periuk.

2. Tambahkan marjerin apabila adunan puding menjadi pekat dan kacau lagi hingga sebati.

3. Kemudian tutup api dan cepat cepat angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang korang suka. sebab puding ni cepat beku tau.

4. Bila dah sejuk sikit, masukkan loyang ke dalam peti ais.

5. Bila puding dah sejuk dan keras, dah boleh lah korang ngappp masuk mulut ! done :)




*SELAMAT MENCUBA




Resepi Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum ^^


Kuih Cara Berlauk


sapa tau apa nama makanan nie? sila angkat kening ! alaaaa. tau la semorang terror. tak tanya pon semorang dah tau. kann.. kann.. kuih cara berlauk nie antara makanan kesukaan aku. dan bila aku stress melampau, aku akan ke dapur untuk memasak. bila buat kuih nie, teringat pulak bulan Ramadhan. In Syaa Allah, tak lama dah. bagi yang belom pernah cuba memasak kuih cara berlauk nie, meh aku kongsikan resepinya. senang bangat ;)



RESEPI CARA BERLAUK

Bahan-bahan untuk inti :

200 gram ayam/daging kisar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit hirisan halia
2 sudu besar rempah daging yang dibancuh dengan sedikit air
beberapa helai daun kari
sedikit daun bawang/sup dan cili merah yang dipotong kecil kecil
garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk adunan tepung :

2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
Pewarna kuning
Sedikit garam



Cara-cara menyediakan inti :
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi. Masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan daun kari. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap, angkat dan ketepikan dahulu.

Cara-cara menyediakan adunan tepung :
  1. Pukul telur + garam. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul-ketul, sila lah tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna kuning.
  3. Aku guna blender je, lagi senang dan pantas.

Cara-cara memasak kuih :
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti ayam/daging dan taburkan hirisan daun bawang/sup dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi.
  4. Tutup dengan menggunakan tudung periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan. done !



*SELAMAT MENCUBA