2012 Tahunku Yang Cantik

Assalamualaikum ^^

Terima kasih kepada encek Syaifuddin Alias yang telah menganjurkan contest 2012 Tahunku Yang Cantik.cantik itu terlalu subjektif untuk digambarkan dengan kata kata.menurut Kamus Dewan, CANTIK itu membawa maksud 'sesuatu yang menarik apabila dipandang'.setiap individu mempunyai persepsi berlainan tentang cantik.namun, cantik itu boleh aku katakan yang indah indah belaka.semua orang ingin cantik bukan.bukan sahaja cantik dimata malah juga cantik dihati.ini kali pertama aku turut serta dalam contest yang melibatkan permainan SEO.SEO inilah yang dikatakan sebagai Search Engine Optimization. memang agak mencabar minda serta otak tatkala memikirkan ayat ayat yang kreatif dan unik.tambah bergeliga lagi otak bila perlu bermain dengan keywords yang sesuai supaya entri ini berada di tangga teratas dalam pencarian encek Google.

Bagi aku tahun 2012 ini sememangnya indah yang disulami dengan pelbagai rasa.dahulu kala, blog aku ini hanya sekadar sebuah peti kosong yang tak bermakna apa apa buat aku, yang aku sering tinggal tinggalkan.dimana hanya akan aku simpan cumalah kenangan.yang hanya akan aku baca bila terasa sunyi dan bosan.yang hanya akan aku update bila ada masa yang terluang.dalam kesibukan diri menuntut ilmu supaya penuh didada,mantap diakal, blog aku lantas diabaikan.jarang sekali dimanjakan dengan entri entri baru.dibiarkan berhabuk serta bersawang seperti rumah usang yang tiada penghuni.

Dewasa ini, tahun 2012 telah membuka mata aku seluas luasnya dengan kehadiran blogger blogger yang sering memberi semangat padu untuk terus maju dalam dunia blogging.lantas aku rasakan tahun 2012 aku terserlah kecantikkannya luar dan dalam.kadang kadang terlintas difikiran kita merasakan dunia maya itu lebih baik dari dunia realiti.tambah lagi, aku rasakan tahun 2012 makin cantik dengan kenaikan angka dalam CPUV atau BE yang dihadiahkan oleh Nuffnang atas usaha aku memberikan yang terbaik dalam blog.aku anggap ini adalah satu penghargaan buat aku.terima kasih Nuffnang !


Blogger hebat atau boleh dikatakan otai seperti Ben Ashaari menjadi idola aku dalam usaha meningkatkan mutu penulisan.segala status yang diutarakan dalam laman Twitter beliau sering mendapat sambutan, dicontohi dan diteladani dengan baik.bagi blogger wanita seperti aku sudah menjadi lumrah bila mengkagumi blogger wanita yang famous lagi terkenal dan cun serta uptodate.malah, sering menjadi ikutan tatkala melihat caranya berfesyen dihadapan umum.blogger tersebut yang menjadi idola aku adalah si comel Yuyu Zulaikha.dia sangat berjiwa besar walaupun saiz badannya kecik juga seperti aku.hehehe.kami adalah golongan "petite".bak kata pepatah melayu, "kecil kecil cili padi".saiz bukan ukuran.tapi mentaliti yang diutamakan.

Tahun 2012 aku menjadi semakin cantik, indah dan berseri seri apabila aku bebas secara rasminya daripada peperiksaan semester, kuiz mengejut, presentation depan ratusan penonton, berkongsi bilik air, naik bas komuter ke kelas, tidur lewat malam demi menyiapkan tugasan, turun naik fakulti untuk add dan drop subjek, berhempas pulas untuk meraih anugerah Dekan.namun, setiap kenangan itu pasti ada kemanisannya.justeru, akan diingati hingga hujung nyawa.semua orang ingin hari hari mereka sentiasa cantik.dengan hadirnya insan insan yang sentiasa disamping kita susah dan senang juga mampu mencantikkan lagi pola kehidupan kita.walaupun diri tidak secantik Datok Siti Nurhaliza, tidak seanggun Fasha Sanda, tidak seindah Hanis Zalikha, tidak sehebat Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, namun aku bersyukur seadanya.Alhamdulillah :)


Ketahuilah bahawa semangat dan usaha itu sangat penting dalam berblogging ! aku begitu kagum dengan kehadiran para blogger  yang tengah meningkat naik dan makin dikenali seperti Boni Kacak, Syaifuddin Alias, Ayu dan ramai lagi kerana mereka ini sangat humble atau dalam kata lainnya merendah diri dan tidak bodoh sombong.kunjungan mereka serta komen yang diberikan mampu melahirkan sebuah senyuman dibibir :) .kini usahaku dalam berblog bukan lagi ibarat "melepaskan batok ditangga".tambah lagi, tahun 2012 ini lah tahun akhir untuk dapat date cantik.date yang selalu disebut sebut iaitu 12/12/12.cantik kan ! lepas nie dah takde la nak dapat nice date macam nie lagi oleh kerana dalam kalendar kita cuma ada sampai bulan 12 je.akhir kata dari aku, secantik cantik bunga ditaman, cantik lagi tahun 2012 ku.sekian~






Comments

  1. contest eh ni?mmg cntik thn 2012 bg ayu jgk..hihi..eh nama ayu terselit tu..mlunya xla dikenali sangat dear..kmu lg hebat..hihi...apa pn tq ya sudi berkawan dgn ayu ;-)..keep in touch dear ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome dear.hehe..moga kita sama2 maju dalam dunia blogging :)

      Delete
  2. good luck ye awak!!! hehehehe...

    adeh, tiba2 ternampak terselit nama saya..hahaha.. saya nak ucapkan terima kasih pada awak juga..sebab sudi jadi kawan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai boni ..haha.. pekabo jang ? kah3..
      good luck kepada awak yaa..
      awak sgt cantik !! maksud saya, tahun awak sgt cantik..
      haha..

      btw, teruskan berusaha untuk maju..kita maju sama2..
      saya support awak dari belakang

      Delete
    2. tenksss boni dan saifuddin sebab banyak bagi support ! huuuuuu^^

      Delete
  3. moga berjaya yer...teruskan blogging dengan harmonis...kerana dengan adanya harmonis itu..akan menambahkan lagi seri kecantikkan....

    p/s: minum air suam bebanyak...untuk kesihatan..

    ReplyDelete
  4. cantik entri ini.. hehe.. gudluck miss hearty

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan,,
    cantik sekali 2012 Miss Hearty dpt BE..

    done follow..meh siggah sini lg..^_^
    http://duniabawahtempurung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Hehe..gud luck atas contest 2012 tahunku yang cantik ni..emm mesti sayang kat nuffnang tu..haha..macam sy dah remove dah iklan nuffnang...

    ReplyDelete
  7. kalau awak belajar lebih lagi tentang SEO, dah tentu entri ni first ..hehe
    teruskan usaha ya awak

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya dengan jayanya..

    ReplyDelete
  9. gudluck utk awak.. bunga taman yg cantik =)
    dah follow sini ye

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya.. ramai yg join contest ni .bagus2

    ReplyDelete
  11. Good luck untuk awak juga.
    Semoga berjaya dan kita sama2 mempelajari sesuatu yg baru...Cayok!!!!

    ReplyDelete

  12. semoga berjaya dengan contest yang disertai...

    ReplyDelete
  13. teringin nak join lah.. btw, good luck
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih