Punca Banjir Luar Biasa di Pantai Timur

Assalamualaikum ^^


Keadaan banjir di Kelantan
Keadaan banjir di Kelantan  -sumber-

-sumber-

Full Moon  -Google-


KUALA LUMPUR - Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. 

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'full moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.

"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Dr Mohd Hisham menjelaskan musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 Disember sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.

Dr Mohd Hisham berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya. 

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.

Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok. 
- Bernama -


[REVIEW] Khasiat Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum ^^



bila umur semakin bertambah tambah ni. makin risau pulak dengan fungsi badan sendiri. sakit pinggang sikit je dah menggelabah satu rumah. tu tak termasuk sakit sakit yang lain. Allahuakbar.. dulu buat tak tahu je. tapi sekarang dah ada kesedaran nak jaga kesihatan semaksimum mungkin. hehehe

tapi aku tak berani sangat nak ambil any supplement kecantikan yang orang jual online tu. takot ada bad effect untuk long term. so, aku prefer makanan sunnah. sebelum ni dah amalkan Madu dengan Habbatus Sauda. and now baru start amalkan Pati Delima Gulsan. setiap hari 2 kali, sesudu pagi sebelum breakfast dan sesudu malam sebelum tidur. boleh minum macam tu je atau bancuh dengan plain water atau air masak. 

macam yang kita tahu, buah delima ni buah daripada Syurga kan. memang tersangatlah banyak khasiatnya. 

Firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

antara tindak balas yang aku rasa sendiri lepas consume pati delima ni :-

- senang buang angin. so, badan akan rasa ringan je. best tau!
- senang lawas. means, setiap hari akan membuang. barulah sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.
- badan pon bertenaga je. rasa energetic. takde la nak menguap je dalam office tuu haa. hahaha

rasa pati delima ni masam masam manis sikit. boleh tambah dengan madu kalau tak tahan kemasaman dia tu. hehehe.. aku beli ni di kedai yang memang jual segala macam makanan sunnah. dari A to Z. cari je nak apa. confirm ada. InsyaaAllah.. RM 16 je sebotol.



Khasiat Pati Delima Gulsan :-

- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Merawat atau membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikkan kulit dan awet muda kerana kandungannya yang tinggi dengan antioksidan


Untuk Ibu Mengandung :-

- Menaikkan HB semasa mengandung.
- Mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
- Mencantik dan menggebukan kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.

Untuk Wanita dan Lelaki :-


- Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim.
- Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.

Untuk Wanita :-


- Memperelok dan melancarkan perjalanan haid.
- Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
- Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
- Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

Untuk Seisi Keluarga tak kira tua atau pun muda :-


- Menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi.
- Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
- Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
- Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
- Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk kerana ia menghapuskan kahak, meredakan penyakit batuk.
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah




AWAS! Rumpai Miang Mexico BAHAYA!

Assalamualaikum ^^






Scientific classification
Kingdom:Plantae
(unranked):Angiosperms
(unranked):Eudicots
(unranked):Asterids
Order:Asterales
Family:Asteraceae
Genus:Parthenium
Species:P. hysterophorus
Binomial name
Parthenium hysterophorus
source : wikipedia


Memang sekali nampak macam pokok ULAM RAJA kan. yang orang dok buat ulam tu. perghhhh. sodappp! tapi, awas! jangan mudah tertipu dengan pelanduk dua serupa nie. so, lepas ni kena tau nak bezakan antara ulam raja dengan rumpai miang mexico ni eh. sebab rumpai ni sangat bahaya pada manusia, haiwan dan tanaman. 

Rumpai Miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Tumbuhan ini mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi.

Rumpui ini telah digelar sebagai 'World Worst Weed' atau dalam bahasa melayunya 'RUMPAI PALING TERUK' kerana menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976 sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan mesti dihapuskan. 


petikan daripada BHONLINE :-

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.
"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan danberulang kali.
source
"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan seperti selsema dan asma," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
AWAS! Pokok Seakan Ulam Raja Bawa Penyakit Bahaya
KALIAMMAH menunjukkan ruam di tangan dan kaki disyaki akibat tersentuh Miang Mexico. 
Dr Noor Hisham mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.
Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini, masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terbabit seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.
Mereka juga diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu.

[Korean Drama] My Spring Days

Assalamualaikum ^^

i'm currently watching this korean drama,  ' My Spring Days '. mula mula terdetik hati nak tengok sebab tajuk dia tu je. spring kan musim bunga. so, aku agak drama ni mesti best macam spring season. and finally, i'm right! hehehe..

certain orang mesti taknak tengok cerita ni sebab hero dia agak berumur sikit. takde nak muka jambu sangat la. tapi sesuai la dengan watak dia, seorang ayah yang terpaksa membesarkan 2 orang anaknya selepas kehilangan isteri tercinta. memang sangat heartwarming. recommended untuk korang layan. dan sediakan tisu banyak banyak tau. confirm nangesss :')


Synopsis

Lee Bom-yi (Choi Sooyoung) was once a terminally ill patient, but she's given a second chance at life after getting a heart transplant and now lives each day to the fullest. She meets Kang Dong-ha (Kam Woo-sung), the CEO of Hanuiron and a widower with two children who lost his wife to an accident. Bom-yi falls for Dong-ha, not knowing that her donor was Dong-ha's wife.

  • Drama: My Blooming Days / My Blooming Life / The Spring Day of My Life (literal title)
  • Revised romanization: Nae Saengae Bomnal
  • Hangul: 내 생애 봄날
  • Director: Lee Jae-Dong
  • Writer: Park Ji-Sook
  • Network: MBC
  • Episodes: 16
  • Release Date: September 10 - October 30, 2014
  • Runtime: Wednesdays & Thursdays 21:55
  • Language: Korean
  • Country: South Korea








[Korean Drama] Fated To Love You

Assalamualaikum ^^

siapa peminat drama korea ? haaa, kita geng! biarlaa orang nak kata apa pon. kita layan je. bukan tak support drama melayu okeh. layan jugak laa yang mana best best. bukannya apa, drama melayu banyak sangat stereotype. sikit sikit nak pandang darjat, harta, rupa dan bla bla bla.. errr, boring! drama korea banyak genre. takde nak spesifik sangat. ada macam macam jenis cerita. romance, comedy, medical, history. barulah tak bosan. plus hero kacak, heroin cun. siapa setuju? seppp sikit! hahaha.. 

ada latest drama ni memang aku suka. 'Fated To Loved You'. serious best! berkali kali dah ulang tayang. sebab aku minat Jang Nara dari dulu lagi. memang layan semua drama lakonan dia. ada satu drama dulu dia digandingkan dengan Jang Hyuk jugak. kalau tak silap aku drama 'My Successful Story of A Bright Girl'. dulu semua muka innocent je. bajet forever young lah kononnya khennn. hahaha.. 

My Successful Story of A Bright Girl


SINOPSIS 'FATED TO LOVE YOU'. 

Drama ni mengisahkan tentang seorang gadis biasa bernama Kim Mi Young yang tak sengaja mengandung anak dari seorang pewaris perusahaan besar bernama Lee Gun. Hingga akhirnya mereka berdua terpaksa untuk berkahwin. Kerana perkahwinan yang terpaksa, mereka berdua manjalani kehidupan yang penuh dengan konflik dan masalah sebelum akhirnya mereka menyedari bahawa mereka memang telah ditakdirkan untuk bersama. Bagaimanakah kisah selanjutnya ?

  • Drama: Fated To Love You / You Are My Destiny
  • Revised romanization:Woonmyungcheoreom Neol Saranghae
  • Hangul: 운명처럼 널 사랑해
  • Director: Lee Dong-YoonKim Hee-Won
  • Writer: Joo Chan-OkJo Jin-Kuk
  • Network: MBC
  • Episodes: 20
  • Release Date: July 2 - September 4, 2014
  • Runtime: Wednesdays & Thursdays 21:55
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

image



Mee Udang Pulau Sayak

Assalamualaikum ^^

aku sebenarnya tak suka sangat update entri makanan bila mana perot tengah bergendang gendut. rasa macam nak terjah sana sekarang pekena mee udang! ohh Doraemon, please give me your magic pocket right now. i nak sepinggan mee udang depan mata sekarang! hahaha..

memula aku dengar nama Pulau Sayak ni, aku ingatkan itu tempat jin bertendang ke apa. kediaman orang asli kah? banyak orang dok sumpit burung kah?. macam tu lah lebih kurang imaginasi aku. sebab tu aku heran kenapa ramai orang berani ke pulau tu haa. nama je orang Penang aku ni. tapi tak rajin nak explore. hehehe..

Pulau Sayak terletak dalam negeri Kedah. berdekatan dengan Pantai Merdeka. tak jauh mana pon dari Penang. sempadan je haa. tapi still kalau kentut tak boleh dengar ye. hahaha.. walaupun pulau ni agak terpencil sikit dan hutan kiri kanan tapi ada sesuatu yang special dalamnya!

MEE UDANG terrrbaikkkk. banyak jugak gerai mee udang dalam pulau tu haa. pepandai lah korang pilih which one is the best. aku dah cuba Usop Mee Udang & Yaakob Hashim Mee Udang. and dua dua pon not bad. tapi aku lebih prefer Yaakob Hashim Mee Udang laa. masa aku makan hari tu sepinggan RM 9.00. rasanya harga depends kepada saiz udang kot. affordable sangat kan dengan udangnya yang besar besar gedabak. yang penting fresh. dan makan sambil menikmati angin laut. gituuuuu

nahhh peta sebijik supaya senang korang nak pergi makan Mee Udang Pulau Sayak :)











kembali dengan semangat baru!

Assalamualaikum ^^

Ya Allah, rinduuu kemain aku dengan blog ni! mmuahhhh! (cium sikit). puas semalam pikir punya pikir apa yang dah aku buat dengan blog kesayangan aku ni. nama je blogger. tapi malas nak menulis. malas nak update entri. cemana tu haa? lantas, hari ni aku dah bangun dari tidur yang panjang. yeeehaaa! semangat tetiba muncul saat aku makan bubur kacang semalam. ada kaitan ke? ermmm, maybe. kacang membantu merembeskan hormon rajin kot. teori yang tak boleh diguna pakai dalam spm ye. jangan tiru. harap maklom. hahaha..

wait for my next entri! k baiii

mohon korang tak lupa lagi siapa penulis blog ni yek. tskkk  -_-'



Dua Sahabat Lemas Di Pantai Merdeka

Assalamualaikum ^^


Selasa, 14 Oktober 2014

Sungai Petani : "Sebelum kejadian itu, Mohd Izammi sempat berseloroh bahawa hari ini (semalam) adalah hari terakhirnya bersama kami semua," kata Mohd Syazwan Jamil, 17, rakan kepada dua pelajar yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Pantai Merdeka, Kuala Muda, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa, Mohd Hazwan Shaudin dan Mohd Izammi Ahmad Husaini, masing-masing berusia 16 tahun, dikhuatiri lemas ketika memancing di pantai berkenaan.

Empat lagi rakan mereka yang turut memancing ialah Mohd Syazwan, Mohd Saiful Anuar Abd Razak, Mohd Syazmi Jamil dan Mohd Afiq Syazwan, juga semuanya berusia 16 tahun.

Difahamkan, pancing milik Hazwan tersangkut pada kayu lalu mangsa terjun ke dalam laut bagi menanggalkannya, namun secara tiba-tiba mangsa ditarik air menyebabkan Izammi yang menyaksikan kejadian itu bergegas terjun ke dalam laut bagi menarik rakannya, namun dia turut ditarik air.






PASUKAN penyelamat memeriksa lokasi Mohd Hazwan dan Mohd Izammi
hilang ketika memancing di Pantai Merdeka. 



sumber : hmetro




CASIO Watch Pilihan Si Lasak !

Assalamualaikum ^^

bagi aku, jam tangan adalah accessory wajib di pakai kalau nak ke mana mana. tak kisah lah jauh or dekat. ke toilet pon hangkut je sekali. errrr! tapi, certain orang tak suka pakai jam tangan tau. maybe dorang lagi prefer bawak jam dinding masuk dalam bag kot. hahaha! joke je okeh. aku pon heran kenapa. sebab aku kalau tak pakai jam tangan sehari pon rasa macam awkward gila. macam ada something missing. 




bagi yang dah rasa bosan dengan jam tangan yang lama, nak cuba yang baru atau ada yang baru rasa teringin nak pakai jam tangan, aku suggestkan korang pilih jam tangan CASIO. bagi aku, jam tangan CASIO yang paling menawan di hati. dah la banyak design lawa lawa sampai rambang mata nak pilih. harga pon berpatutan. rugi laa kalau tak beli kan. yang sweet ada. yang kacak ada. yang rare pon ada. haaaa, nak yang mana ? as you wish !

CASIO merupakan sebuah syarikat yang cukup terkemuka dari Jepun dengan membawakan koleksi jam tangan yang terbaik sejak tahun 1946. So, tipu lah kalau korang cakap tak pernah dengar brand CASIO ni kan. Di asaskan oleh Tadao Kashio, jenama gergasi ini dikenali kerana kualiti jam tangan yang terbaik, rekaan yang tulen serta mempunyai ciri - ciri tambahan yang diperlukan oleh si pemakai.

dan berita baik jugak untuk korang ! CASIO Watch juga merupakan pilihan jam tangan yang terbaik untuk korang yang menggemari aktiviti lasak. so, tak payah risau dah lepas ni kalau nak pakai jam tangan untuk hiking or jungle tracking ke, takpon bungee jumping ke kan. just enjoy your sports.

antara sebab-sebab korang patot pilih jam tangan CASIO :-


Kesemua koleksi jam tangan CASIO adalah kalis air. So, if korang nak mandi dengan jam tangan ni sekali pon bolehhhh. Jangan korang yang masuk air dah la ye. huhuhu


Jam tangan CASIO juga tahan cuaca. tak kisah lah dalam keadaan cuaca apa sekali pon. 
Stay cool !

Koleksi jam tangan CASIO diperbuat daripada material terbaik yang tahan lasak dimana struktur tali yang kuat dan tidak mudah putus. Selain cermin yang dijamin tidak mudah retak apabila terkena hentakan.


so, korang tunggu apa lagi ? eh, nak pergi mana tu pakai lawa lawa. tak payah susah susah nak keluar lah. jom shopping CASIO watch ni secara online di Zalora ! mudah dan cepat. dapatkan dengan tawaran harga yang memang berbaloi baloi ! grab it now !







Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai yang ke - 14

Assalamualaikum ^^

ini cerita hari ahad yang lepas 14 September 2014. adik aku finally berjaya menggengam segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Seberang Perai. teringat pulak konvokesyen aku yang 3 tahun lepas. time flies so fast lahh. rasa macam baru aku naik pentas ambil segulung ijazah. kali ni tengok adik aku pulak lah naik pentas ambil segulung diploma. Alhamdulillah

selalu kalau dia balik rumah weekend kan, mulalah dia membebel. dia cakap penat lah, subjek susah lah. tapi, at last, habis jugak study dia yang 3 tahun tu. berbaloi atas penat lelah selama ni kan. aku otak sains. dia otak kejuruteraan. mana ngam. memang aku tak boleh nak menolong sangat lah dengan assignment dia. boleh tolong kacau je la. maaf ye. hahaha! 


before majlis bermula.


di balik tabir gerai bunga bungaan.


sesi bergambar.


tengah keramaian lah nak bergambar pon.


aku terkesima dengan teddy bear gergasi belakang tu.


after 3 years, dapat jugak pegang lagi bunga macam ni.



" congrates dear on your convocation day. always remember that, wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine. good luck for the future. we are always beside you in every situation. "






CABARAN 30 HARI | HARI - 18 : SIRI TV KEGEMARAN

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 18 : SIRI TV KEGEMARAN




sejak aku mula layan 1st episode drama ni, memang lepas tu aku dah addicted nak tengok hari hari. seolah olah macam ada aura yang menarik narik aku untuk layan sampai last episode. and buat aku jatuh cinta berkali kali dengan Tajul Razin. hehehe




ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day18



CABARAN 30 HARI | HARI - 17 : 5 PERKARA YANG DIRINDUKAN

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 17 : 5 PERKARA YANG DIRINDUKAN


  1. Zaman belajar 
  2. Arwah tok wan
  3. BFF
  4. Ex-roommates di KMPP & USM
  5. Kenangan 



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day17


CABARAN 30 HARI | HARI - 16 : SIAPA, BAGAIMANA CIK AYU 10 TAHUN LAGI

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 16 : SIAPA, BAGAIMANA CIK AYU 10 TAHUN LAGI



InsyaaAllah.. jika diberi umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah. aku mungkin ..

  • ada suami seorang
  • ada anak berorang orang. lagi ramai anak lagi murah rezeki katanya. hahaha
  • ada rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri
  • drive mini cooper sebijik mungkin. ermmmm
  • ada butik sendiri yang diidam idamkan
  • menjadi seorang blogger yang berjaya
  • hidup bahagia dengan keluarga yang tercinta.

AMIN. 


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day16



CABARAN 30 HARI | HARI - 15 : SURAT UNTUK JODOHKU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 15 : SURAT UNTUK JODOHKU




wahai jodohku,
sehingga detik ini aku masih tidak tahu siapa kau ,
di mana keberadaanmu ,
namun jauh di sudut hatiku ,
aku yakin kau sedang mencariku ,
yakinlah dengan janji Allah ,
kita pasti akan bertemu ,
maka dengan itu ,
dekatkanlah dirimu dengan Allah terlebih dahulu ,
persiapkan dirimu untuk menjagaku kelak ,
aku tetap di sini menunggumu ,
hati ini milik Allah yang dititipkan buatku untuk mencintaimu ,

bersabarlah wahai jodohku ,
doaku selalu ,
agar Allah mempermudahkan jalanmu ,
untuk menjemputku sebagai bidadarimu ,
semoga Allah menjagamu ,
agar tak tersentuh yang bukan mahrammu ,
meski hanya sehujung kuku ,
agar kau bisa mempersembahkan dirimu ,
seutuhnya untukku ,
seperti halnya aku, 
yang ingin mempersembahkan diriku ,
seutuhnya untukmu wahai jodohku ..


yang merinduimu selalu ,
pemilik tulang rusuk kananmu



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day15


CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU



al-kisahnya.. kejadian ini berlaku pada bulan September 2007. masa tu aku masih belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. aku tak expect yang roommates aku ada buat projek rahsia belakang aku. lakonan dorang mengalahkan Rosyam Nor. aku hampir terpedaya dan hampir pengsan. hahaha!

26 September tu, aku ada kelas pagi. dah siap comel-comel semua nak pergi kelas lah. then, bukak-bukak pintu. kasut aku hilanggg! semua kasut aku hilanggg! kasut sukan ke, selipar jepun ke, semuanya ilekkk. aku tanya lah rommates kesayangan aku neh. "tak tahu. tak tahu". dorang jawab dengan muka yang habes ayu dah. aku terduduk atas katil, sambil buat muka nak nanges. aku tau ini semua kerja dorang. so, aku pon berlakonlah jugak. ingat tak terer ka haaaa. hahaha! 

last-last, dorang mengaku! dorang yang sembunyikan semua kasut aku. katanya nak buat birthday suprise lah. tapi aku rasa macam nightmare. hehhhh! apa-apa pon, much much love untuk korang. sebab sudi ingat birthday aku. hehehe.. 



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day14


CABARAN 30 HARI | HARI - 13 : 5 BLOG KEGEMARAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 13 : 5 BLOG KEGEMARAN CIK AYU



1. Yuyu Zulaikha - skodeng hal-hal perempuan

2. Ben Ashaari - intai rahsia menjaga anak-anak

3. Lyssa Faizureen - nak make-up blog

4. Boni Kacak - sense of humor

5. Prof Hariz - looking for Diet Atkins


setiap blog ada keistimewaan masing-masing. dan banyak lagi blog yang aku suka blogwalking. kadang kadang tu tak sempat nak drop komen pon. so, jadi silent reader je :)



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day13



CABARAN 30 HARI | HARI - 12 : 5 WISHLIST CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 12 : 5 WISHLIST CIK AYU


1. NAK KAWEN

2. NAK ADA BABY

3. NAK BELI RUMAH

4. NAK TUKAR KERJAYA

5. NAK TUKAR KERETA


ok cukup. takmau explain panjang panjang -_-' doakan cik ayu ye. Amin



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day12


SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

Assalamualaikum ^^

tudiaaaa. pagi pagi dah nampak segmen BEN ASHAARI. semalam aku dah join. so, hari ni wajib jugak aku join. hahaha! 

Bismillah..
BEN ASHAARI
klik banner tersebut untuk ke pautan segmen.


1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

- ermmm.. bagi aku seorang blogger ni berperanan untuk menyampaikan sesuatu yang berguna buat pembaca dan tak kedekut ilmu. berkongsi dengan pembaca apa yang kita tahu. apa yang kita tulis mampu menggerakkan hati manusia, juga mampu mengubah persepsi atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu. so, apa yang para blogger coretkan dalam blog mereka adalah sangat penting. salah menyampaikan pendapat juga boleh jadi cacian serta makian. salah menyampaikan fakta juga boleh memburukkan keadaan. 

- isu yang aku ingin tekankan adalah taksub dengan kecantikan. dalam facebook or instagram tu boleh kata 30% adalah iklan produk kecantikan. segala macam ada. akibat taksub nak cantik, ada yang sanggup membeli ratusan ringgit tanpa selidik dahulu sejauh mana tahap keselamatan produk tersebut. dan kesannya, badan yang merana. sebab aku tengok banyak juga pengguna yang menjadi mangsa kecantikan. tak salah nak amik supplement untuk kesihatan tapi kaji dulu habis habis sebelum cuba ye.


2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

- jawapannya YES!. aku akan berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. InsyaaAllah as backup plan, aku nak bukak boutique pakaian. memang dah lama mengidam macam ni. tapi belom ada rezeki kan. doa doakan lah ye. hihihi..


3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

- apa yang aku harapkan adalah aku lebih maju jaya dalam dunia blogging ni. dan aku harap penulisan aku terkesan di hati pembaca sekalian alam. semoga blog aku lebih dikenali ramai dan menjadi igauan setiap orang di seluruh pelosok dunia. Amin :)  




jom join laju laju. segmen tutup 12/9/2014, jam 6!



CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK


HAHAHA! bila ingat balik kenangan dolu dolu memang rasa geli perot nak gelak. zaman hingus meleleh pon lap dekat baju. tapi, seriously cakap lah, kanak kanak zaman dulu banyak beza dengan sekarang. totally banyak beza. main congkak pakai biji getah, tuju guli, gasing buat sendiri dengan kayu pokok jambu batu, main kawen kawen, main masak masak, main layang layang buat dengan kertas surat khabar, tangkap ikan dalam lumpur. ada lagi ke sekarang ni semua tu? hurmm. kanak kanak zaman laa neh, main game dalam ipad, dalam phone, main psp. tak main dah kotor kotor macam dulu. begitulah peredaran zaman berlaku. 

dulu depan rumah aku ada sepokok buah jambu batu. pokok tu tinggi lah jugak. so, kalau nak ambil buahnya memang kena guna galah atau panjat lah. memang selalu lah aku jadi spiderman merangkak naik panjat pokok tu. makan buah atas pokok pulak. biji buat baling kucing dekat bawah. perghhh! masa tu kalau tak silap umur aku dalam 5 @ 6 tahun macam tu. tak padan dengan perempuan kan. so, fahamlah aku kenapa sekarang ni aku sangat sayangkan kucing. rupanya sebab dulu aku selalu buli dorang. hahaha!

al-kisahnya, ada satu hari tu. aku panjat dengan berbaju kurung kuning corak polkadot. ingat lagi okeh. hahaha! bajet macam perempuan ayu yang rare lah kononnya. haktuiii! alangkah malang tak berbau. masa nak turun kain aku tersangkut dekat dahan pokok. then, kain terkoyak! bangggg! aku jatuh pokok. sakitnya hanya Allah yang tahu. besok tu pergi PASTI dengan mulut bengkak bengkak. malu! hahaha! walaupun kenangan ni macam pahit je rasa kan. tapi bagi aku lucu! pokok jambu tu pon dah kena tebang. kenangan oh kenangan. tu tak cerita bab sleepwalking aku lagi masa kecik kecik dulu. cukup cukuplah satu ni ye. hihihi




ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day11



Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Assalamualaikum ^^

ehh.. blogger BEN ASHAARI dah kembali dengan segmen! yeayyy! sejak sejak ada babies nie, lama dah beliau tak buat any segmen. so, jom lah join sementara masih ada waktu. 

Bismillah ..
BEN ASHAARI
klik banner tersebut untuk ke pautan segmen.



LATAR BELAKANG BLOG

- blog ni mula wujud sekitar tahun 2010. kira 4 tahun jugak lah usianya. sebenarnya, aku pon confuse nak letak blog aku ni dalam kategori apa. sebab macam macam cerita ada. resepi, travel, tips dan segala macam lagi lah. hahaha! rojak dan pasemboq mari. 


KELEBIHAN BLOG 

- "simple, ringan dan relaks."  so, tak perlu nak berat beratkan kepala bila baca entri entri aku. aku pon tak minat nak menulis panjang panjang macam karangan. kecuali lah memang terpaksa dipanjangkan. hahaha! ayat yang aku guna jelas, nyata lagi terang. no shortform pelik pelik. aku update benda benda yang aku nak share dengan readers sekalian.


KENAPA BLOG AKU PATOT DIJADIKAN PILIHAN RAKAN PEMBACA

- hahaha! ni dah macam nak lelong diri sendiri. kalau aku terover puji blog sendiri, maaflah ye. sebab musabab korang patot pilih blog aku adalah. jeng.. jeng.. jeng.. segala hasil penulisan aku adalah ikhlas dari hati. kalau yang boleh rasa tu memang daebak ahh! kebanyakan entri entri aku adalah positive thinking. aku takde lah nak mengamuk ke or mengutuk ngtutuk orang ke dengan jadikan blog sebagai medium. tak cool arr gituu. baca dulu baru faham maksud aku. heeeee


IMPIAN AKU SEBAGAI BLOGGER

- sebenarnya banyak impian aku bila diri bergelar seorang blogger. dulu dulu memang aku buat blog just for fun. kononnya blog ni macam diarilah. so, aku tulis aktiviti aku hari hari. aku buat apa. aku makan apa. aku pergi mana. so that, nanti aku boleh baca balik bila aku dah tua. hahaha! tapi bila aku mula kenal blogger blogger otai dekat luar sana tu, aku mula rasa macam blog is "something" and blogger is "somebody". populariti blogger boleh mengalahkan artis kot. sebab dorang jugak banyak bagi impact dalam dunia networking dan sebagainya. 

- so, aku kalau boleh nak blog aku dikenali ramai. dan kalau boleh terbawak bawak sampai ke dalam mimpi. ermmm.. boleh la jugak kalau nak kata aku nak glamour. tapi bukan gila glamour sebarangan. asalkan ada income masuk poket, kira Alhamdulillah la. rezeki halal kan. hihihi.. have fun sambil buat duit. best what. teringin jugak nak jumpa blogger blogger otai termasuk lah abg ben. huhuhu.. and for me, blogging banyak mengeratkan silaturahim. untung untung kalau dapat free gadget ke, travel free ke, barang free ke, bestlah jugak kan. sapa takmau. iyee ke idokk. hahaha! 




cepat join! segmen ni tutup (11/09/2014) jam 8 malam karang.

CABARAN 30 HARI | HARI - 10 : APA DI DALAM HANDBAG CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 10 : APA DI DALAM HANDBAG CIK AYU


***


haaaa, ini je lah yang wajib ada dalam handbag aku. simple je kan. bag pon tak berat nak bawak. since aku pon bukan lah kaki make-up. so, lepas solat, apply bedak baby je. hahaha! vaseline tu untuk bibir supaya tak kering. benda-benda lain macam tisu, tiger balm, pengepit kuku, dan cermin aku bawak jugak tapi takde dalam gambo ye. aku ni kadang-kadang sakit perot, sakit kepala tak kena tempat. so, memang tiger balm tu kena prepare selalu.


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day10



CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU


errrr.. rasa macam segan pulak nak taip entri ni. macam agent cari calon suami pulak. hahaha! sebenarnya kadang kadang susah nak describe dengan kata kata pasal lelaki ni. sebab manusia ni complicated. at first, kita tengok luaran orang tu kita dah macam dapat agak dia ni orangnya macam bla.. bla.. bla... but, lepas dah kenal dia heart to heart. ohh, rupa rupanya dia ni macam ni, macam tu. tak seperti apa yang kita sangka from his first appearance. sebab tu orang kata, "tak kenal maka tak cinta". hehhhh

tapi, aku tetap sahut cabaran ni. so, let's see siapa lima lelaki yang menarik perhatian aku. cewahhh!


1. BERIMAN
sejuk mata memandang. sejuk lagi perot ibu mengandung. kalau dia sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH, InsyaaALLAH dia dapat menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki yang beragama Islam. maka, pilihlah dia untuk dijadikan suami :)

2. KEMAS & BERSIH
haaaa, aku paling titik beratkan bab ni. hati aku akan cair bila mana tengok lelaki yang segak berpakaian kemeja, siap dengan tali leher. kasut hitam berkilat. rambut pendek disisir rapi dengan gel. jalan dengan penuh humble masuk ke pejabat. perghhhh! mau gugur jantung jatuh ke lantai. dengggg!

macam ni lah maksud aku. hikhikhik

3. TIDAK MEROKOK
aku allergic bau asap rokok. sebab asap rokok tu buat aku rasa nak marah. hahaha! kang tak pasal pasal dapat penyakit free. kenapa lah orang suka merokok eh. tak macho langsung pon. bibir hitam. gigi kuning. nafas berbau. euwww! maaf kalau ada yang terasa. tapi itu lah hakikatnya 

4. ROMANTIK 
ini memang menjadi idaman setiap perempuan. tak gituuu. hahaha! romantik banyak caranya. kena dengan gaya, konfem jatuh cinta hari hari. ngeeeee

Romantik kann. kann. kann.!

5. MEMAHAMI & MENYAYANGI
sekali dah faham, terbit rasa sayang. aku pon faham perempuan ni macam mana. kadang kadang marah tak bertempat, merajuk tak kena masa. tapi, semuanya bersebab. so, lelaki should faham lah. hurmmm! 


dah dah. rasa macam nak menyorok bawah katil bila baca balik entri ni.  LOL  *_-



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day9