Jambatan Kedua Pulau Pinang Dibuka Februari 2014..

Assalamualaikum ^^

berita baik ! berita baik ! tak lama lagi dah boleh merasa bersiar siar atas Jambatan Pulau Pinang yang ke-2.. wuhuuuuu~



petikan daripada myMetro...

GEORGETOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum Februari ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata ketika ini jambatan itu sudah siap kira-kira 99.9 peratus dan dalam proses akhir menyiapkan dua plaza tol di Batu Kawan dan Bandar Cassia. 
Katanya, kadar tol untuk jambatan itu akan diumumkan selepas perbincangan mengenainya dilakukan kerajaan bersama beberapa pihak lain. 

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke jambatan itu sebentar tadi.

Foto
Fadilah (dua kiri, baju biru) meninjau laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang. FOTO Danial Saad






Lee Kwang Soo bijak !

Assalamualaikum ^^

korang dah layan Running Man episod 174? hadoiii, lawak tak menahan. habeh tersembur cekedis aku sebab gelak punya pasal. HAHAHA... tengok Running Man nie tak pernah nya tak gelak. makin gelak guling guling lagi ada lah.

episod 174 memang lain dari yang lain sikit. nak tau kenapa? jom baca dekat bawah nie :)




petikan daripada Sinar Harian...


" MUNGKIN peminat rancangan realiti popular Korea Selatan, Running Man mengetahui bahawa salah seorang pelakon program itu, Lee Kwang Soo adalah peserta paling bodoh.

Namun baru-baru ini dalam episod terbaharu, The Number Race, Kwang Soo diakui bijak oleh ahli kumpulannya, pelakon Lee Seung Gi.


Sering tampil dengan karakter bodoh dan naif, dia mengejutkan rakan sepasukannya dengan jawapan teka-teki yang betul dalam misi terakhir.


Bertindak sebagai ketua kumpulan, mereka berjaya menjawab semua soalan dengan tepat.

Dalam episod ini, selain Seung Gi sebagai artis jemputan, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Bora (Sistar) dan pelakon cantik, Han Hye Jin."












Alive Museum, Korea.

Assalamualaikum ^^

auuuu cakkkk ! nak taip intro ni saja amik masa sampai setengah jam tau.kejap taip, kejap backspace. kejap taip, kejap backspace. herrrrr, apa sudah jadi. rinduuuu sangat tau nak aktif macam dulu dulu tu. sehari boleh post 2,3 entri. haaaa, ko mampu? namun.. namun.. sekarang dah tak mampu. hurmmm, redha je lah kan. masa lebih banyak dihabiskan untuk perkara perkara lain. but, kalau ada masa free, tetap dahku akan update entri yang segar bugar. takmau merajok merajok dengan kite tau. babap kanggg ! kehkehkeh..

kenapa entah sekarang nie kalau aku bukak facebook je, penuh dengan gambo gambo orang melancong ke Korea. dengki okey ! rasa macam sekarang jugak nak tempah fligth ke Korea. takpe takpe.. dah ada orang janji nak bawak aku pegi Korea nanti.*as honeymoon trip katanya. In shaa Allah.. aku akan tuntut janji dia. kalau dia tak bawak, nak merajok gila gila. muehehehe.. 

dalam banyak banyak tempat yang menarik dekat Korea tu, aku paling sangat tertarik nak pegi Jeju Island & Alive Museum. memang tak romantik mana pon tempat tu. tapi, pemandangan die daebak ! ohsem ! kalau yang gila pose dan gila bergambar tuh memang sesuai sangat ke tempat tu. pose sampai lebam. hahaha..

Jeju Island tu biasa lah kan. nama pon Island. haruslah ada laut, disertakan dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa, ditambah pula dengan bunyi desiran ombak memukul batu. wahhhh, gambaran je pon dah buat aku teruja nie. tapi, kalau Alive Museum neh,  memang sangat luar biasa. pelik dan unik. tak pernah lagi aku jumpa tempat macam nie. museum tu seolah olah hidup dengan hanya sekadar lukisan yang mampu menipu mata kita. macam magic lah. gituuuu.. kalau tak percaya, sila amati gambar gambar dekat bawah nie. konfem terbeliak biji mata korang. urat urat otak pon karang berselirat abeh. hehehe..


644231_354354841346912_1959455234_n

 578116_354354681346928_1428115556_n












dapat 5A, hadiah Mini Cooper sebijik !

Assalamualaikum ^^

nasiblah dulu aku tak dapat 5A dalam UPSR.kalau tak, dah lama aku mintak parents hadiahkan aku mini cooper kaler pink sebijik.tapi yang saiz sebesar tapak tangan je lah kot.mana mampu dapat yang betol betol punye.hahaha..

tapi, zaman sekarang kan ramai yang dah kaya raya.anak nak apa pon mak bapak boleh bagi.huntonglah budak sorang nie.dapat 5A je, ayah dah hadiahkan mini cooper sebijik.tahniah ye dek ! baru umur 12 tahun tu.korang ado? entah entah nanti dah besar sikit dapat pulak volkswagen katak tu sebijik.daebak ! daebak ! apa apa pon kejayaan yang kita raih semuanya berlaku atas kehendak Allah.semoga kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Alhamdulillah..


*taken from facebook








Wayang Time : Filem Seram 'Highland Tower' !

Assalamualaikum ^^

hai hai hai ! macam cantik je, macam comel je cuaca hari nie.kann kann.. tapi masuk masuk ofis hari nie dah menguap bagai.herrrrr.. sekarang nie kalau weekend je, mesti jadual penuh dengan aktiviti berpoya poya.hahaha.. sebabnye bila dah start tahun depan, aku akan mula busy busy busy dan super duper busy.insyaAllah akan melangkah ke fasa hidup yang seterusnya.maka, banyaklah benda nak kena settle kan.semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.Amin..

okey.tinggal bab tu kejap.meh nak story story dengan korang aktiviti aku semalam.al-kisahnya, adek adek kesayangan aku nie ajak tengok wayang.movie hantu pulak tuh.aku nie, kalau nonton wayang cerita hantu nie lah yang lemah sikit.nanti bukan aku yang tengok wayang.tapi jari aku yang menempek dekat muka.hahaha.. mana taknya, tengok celah celah jari je.bukan takot hantu tu sangat pon*hakikat sebenarnya takot, tapi takot terkejut kalau hantu tu tetiba muncoi depan skrin.aku nie memang pantang terkejut.karang terkantoi laa melatah.oopppssss, huhuhuuu..

kitorang pilih movie 'Highland Tower'.errrrr.. nak kata seram tu tak seram sangat lah.tapi meremang jugak bulu roma nie.sebab apa yang dorang record tu semua betol betol,.bukan guna teknik CGI ke ape.hantu yang muncoi tu memang real kot.bunyi bunyi bayi menangis bagai dalam cerita tu pon real.dah tempat tu memang berhantu pon kan.they make it like aktiviti paranormal macam dalam cerita Seekers tu.sampaikan ada penonton yang kena histeria masa tengah tonton movie nie.errrrrr.. tahniah Piere Andre sebab berjaya keluarkan filem berdasarkan realiti menerusi teknik rakaman sebenar (live recording) atau ‘found footage’ . ;)






Sinopsis 'Highland Tower'

Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah. Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.
Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.






* dengan adek at Jusco Perda :) handbag Gucci daripada Koleksi Beg Stylo memang terbaek ! selesa sangat pakai.banyak lagi pattern yang menarik dan cantek.korang boleh godek godek dalam album beliau dalam facebook.





I Love You Mr. Arrogant !

Assalamualaikum ^^

herrrrr..
sekarang nie dalam sebulan pon dah susah nak post seketul dua entri baru.busy pon takde lah nak mengalahkan YB.tapi, entah.nak kata ketandusan idea pon.tak jugak lah.sebab otak nie dah tepu dengan macam macam cerita.panas panas uolssss.hahaha.. salahkan lappy aku yang buat perangai tuh.aku nie dah lah malas nak pegi repair.nie pon update pakai pc ofis je.ampun boss.jangan marah marah yer ;)

eh, korang layan tak drama bersiri 'I Love You Mr. Arrogant' ? aku nie dah angau dengan citer tu.kalau sehari tak layan tak senang duduk aku tau.parah parah.hohoho.. tak pernah pon baca lagi novel tu.tapi tengok jalan cerita dia macam best je kan.walaupon dorang kawen dengan cara tu, tapi ada jugak masam manisnya.gadoh gadoh pon tapi sweet.lelaki kalau dengan ego memang tak boleh berpisah langsung.hati kata nak tapi mulut memanjang je takmau.

tak elok tau ego ego sangat nie.nanti orang yang kita sayang tu dah pergi baru kita rasa kehilangan dia.kan kan.. kalau dah suka, cakap je lah suka.bukan susah sangat pon kan.



SINOPSIS  'I LOVE YOU MR. ARROGANT'


Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Pelakon Love You Mr. Arrogant. Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.
Adaptasi Novel.
















sumber : encek Google

Wanita hamil dipaksa gugur kandungan

Assalamualaikum ^^

KEJAM..
kenapa masih lagi wujud undang undang seperti ini.sedangkan anak itu anugerah Allah   :'(
























Dipaksa gugur kandungan
Liu bersama baldi mengandungi janin di hospital.


SHANDONG - REPUBLIK CHINA. Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Perancangan Keluarga bertindak kejam apabila memaksa seorang wanita menggugurkan kandungannya berusia enam bulan di daerah Fangza, wilayah Weifang.

Menurut laporan Daily Mail, tindakan itu dilakukan selepas pihak terbabit mendapati pasangan Liu Xinwen, 33, dan suaminya Zhou Guoqiang melanggar dasar kerajaan Republik China yang menggariskan sebuah keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.

Zhou berkata, kumpulan pegawai itu menyerbu ke rumahnya pada jam 4 pagi lalu membawa isterinya ke lokasi tidak diketahui.

“Mereka mengheret isteri saya keluar rumah tanpa dimaklumkan ke mana. Selepas lima jam, saya diberitahu isteri berada di Hospital Rakyat Fangzi.

Malangnya, ketika tiba di hospital, dia telah diberi suntikan pelali dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya meletakkan janin anak tersebut ke dalam baldi bersebelahan isterinya yang masih separuh sedar.

“Pihak hospital memaksa kami menandatangani surat persetujuan pengguguran. Jika ingkar, mereka akan menahan saya tanpa dibicarakan,” katanya. 










14 Sebab Mengapa Korang Patot Amalkan Makan Timun

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari, Jumaat yang penuh baraqah.hari nie aku nak share satu tips kesihatan.sekarang nie dah macam macam supplement yang orang pasarkan sana sini.produk produk baru nie muncul macam tumbuhnya cendawan selepas hujan.so, berhati-hatilah semasa nak membelinya yer.beli dengan bijak, guna pon dengan bijak.but for me, i prefer ESP Shaklee & Treenea VCO.memang ohsem !

korang suka makan timun? dah lah rasa tawar kan.lagi baik makan betik ke, strawberry ke.ada jugak rasa.tapi, yang tawar tu lah penawar.yang tak sedap tu lah ubat.timun nie banyak khasiatnya.rugi kalau kita tak amalkan.dulu aku selalu je tempek hirisan timun atas mata.kononnya nak bagi hilang lingkaran hitam bawah mata.maklumlah, dulu dulu suka study sampai lewat malam.tidur pon tak cukup.memang berkesan kalau kita amalkan selalu.tapi, sekarang aku dah macam malas nak buat semua tu.bhahahaha.. orang kata kalau nak cantik dan sihat nie, biar susah sikit pon takpe.kan kan kan ^^ daripada malam malam korang asyek kunyah Mister Potato je, lebih baik korang ngap timun.*oppssss, dalam bilik ada lagi 3 pack Mister Potato.hewwww~




14 Sebab Mengapa Korang Patot Amalkan Makan Timun





Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda. 

Timun dapat melawan suhu panas 
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu. 

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang. 

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari. 

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa. 

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik. 

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun. 

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat. 

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah. 

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut. 

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau. 

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric. 

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk. 

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.



sumber 


say hello to October !

Assalamualaikum ^^


eh, dah October rupanya.kalau di overseas, dah masuk season Autumn la kan.huiii, cepatnya masa berlalu.oh, kenapa ? kenapa ? aku panik nie tau.26 September yang lalu genap dah umur aku 25 tahun.tetttttt.... dah terbocor rahsia pulak.ok, takpayah cakap pon takpe.memang aku tau aku dah tua.tskkkk T_T .tahun depan, my age will turn to 26? oh my gojes, it happen so fast.sepatutnya dalam kiraan aku, umur baya nie, i should have 2 or 3 childrens already.but, my plan dah tersasar, tersongsang dan terpesong jauh ke Laut Cina Selatan.hewwww~

manusia hanya mampu merancang kan.Allah yang menentukan segalanya.insyaAllah perancangan Allah jauh lebih indah dan terbaik buat kita.yang penting jangan berhenti berusaha dan berdoa pada-Nya.sebenarnya, aku nak lagi bebel panjang panjang nie.tapi, sekarang waktu keje.curik masa sikit je sementara dokumen tak bertimbun lagi atas meja.huhuhu..kalau nak update waktu malam, memang jangan haraplah.pukul 10 dah pengsan atas katil.herrrr -_-'



Birthday girl yang tak berapa nak muda lagi dah.sobsssss *lap air mata :'(










Buaya menyorok bawah katil

Assalamualaikum ^^

nahhh, ingat buaya dalam air je.rupa rupanya bawah katil pon mampu.herrrr.. scary nau lerrr.nasib baik dia tak naik tidur sebelah kan, mau jadi bantal pelok gamaknya -_-' tapi hairan jugak lah macam mana buaya tu boleh main sorok sorok bawah katil tu..



Buaya menyorok bawah katil
Penduduk tempatan cuba menangkap buaya dari bawah katil Whittal di Turgwe


HARARE - ZIMBABWE - Bekas pemain kriket Zimbabwe, Guy Whittall, 40, terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang 2.4 meter dengan berat 150 kilogram berada di bawah katil selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya.

Whittall berkata, tetamu tidak diundang itu dipercayai berada di situ lebih lapan jam.

"Selepas bangun daripada tidur, saya duduk di tepi katil sambil menjuntaikan kaki yang hanya beberapa inci dari muka buaya itu. Saya langsung tidak perasan kehadirannya.

"Buaya memang pandai mendiamkan diri ketika bersembunyi. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka adalah pembunuh utama di dalam air," katanya dipetik Mail Online

Menurutnya, buaya yang datang dari Sungai Turgwe hanya beberapa kilometer dari rumahnya itu sering berkeliaran di dalam semak terutamanya ketika hujan dan musim sejuk.

Selepas berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan semula di empangan Chigwidi di Humani.

pencarian SPONSOR untuk mini GiveAway by Miss Hearty

Assalamualaikum ^^

dengan lafaz Bismillah, aku nak buat satu mini GiveAway untuk pembaca blog kesayangan sekalian.suka tak? suka tak? sila lah lompat terkinja kinja dengan gaya paling kiut sedunia.ihikkkk.. orite, tapi sebelum tu aku nak cari SPONSOR dulu.nak meramaikan penyertaan dan memeriahkan suasana gituuuu ;)

kalau boleh sponsor tu haruslah ikhlas menyumbangkan sebarang hadiah.tak kira lah apa pon, janji tulus dari hati dan betol betol serious.jangan nanti bila ada peserta yang tuntut hadiah, korang pulak buat donno je.kesian dorang tau.sambil sambil tu, aku akan promote para para sponsor supaya lebih dikenali dan boleh merapatkan hubungan silaturahim sesama bloggers.tak gituuuu ^^ and ada juga sesuatu menanti para sponsor sekalian :)

sesiapa yang berminat untuk menjadi sponsor, boleh lah tinggalkan komen korang dalam ruangan komen entri nie atau PM aku di FACEBOOK atau email aku di pleurotuseryngii@yahoo.com.

kerjasama daripada korang amatlah aku harapkan  (",)










bau Durian dikatakan bau Gas ?

Assalamualaikum ^^

bau Durian dikatakan bau gas ? apakah ini ? jom baca cerita selanjutnya ...


Durian

MELBOURNE - AUSTRALIA. Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka


tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.

   
Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.
   
Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.
   
"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.
   
"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.


Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.

   
"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.
   
Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."
   
Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.
   
"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.
   
Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road. 
   
Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. - Bernama













Nahas Bas Ekspres di Jalan Genting Highlands, 37 maut

Assalamualaikum ^^


sedih dan terkejut semalam bila dengar berita kemalangan bas yang dikatakan kemalangan terburuk yang melibatkan bas.takziah buat keluarga mangsa.semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan ini..


berita selanjutnya ...


Bas Genting

Foto
SULTAN Pahang Sultan Ahmad Shah melihat mayat mangsa kemalangan bas terjunam ke dalam gaung, semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 orang terkorban dalam nahas bas ekspres terburuk di negara ini apabila bas ekspres yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.
   
Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
   
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota.
   
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
   
"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.
   
Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
   
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.
   
Insiden itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk di laluan berkenaan.
   
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
   
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

"Keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman twitter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres itu.
   
Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan pihak berkuasa agar segera menubuhkan jawatankuasa petugas menyiasat kemalangan itu.
   
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
   
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia. - Bernama












sumber : sinarharian & hmetro

Khasiat Cuka Epal [tips kuruskan badan]

Assalamualaikum ^^

hai hai hai..pagi korang ! ecehhh, pepagi buta aku dah update entri baru.good change right? hahaha.. walaupun hari nie hari rabu tapi takyah nak wordless wednesday sangat lah kan.nak jugak celoteh panjang panjang nie biar muntah balik breakfast korang tadi.

entah kenapa sejak sejak habes cuti raya nie, terasa badan dah terlebih isipadu.perot beraya sakan.kemain semua nak telan.ketupat, nasi impit, rendang, lemang, kuih raya habes semua nak bedal.sampai terjojol lah pusat tuh.haaa, amek kau.makan tak ingat, sekarang baru kalut nak kurus kan.huuuuuu T_T now, i am on diet ! bila dah bising bising dengan member cakap dah gemok, ada lah one of my friends yang caring suggestkan aku  untuk consume 'Apple Cider Vinegar' atau Cuka Epal.

tetiba rasa diri nie tahap jakun macam kucing masuk kandang kambing.first time aku dengar wujudnya Cuka Epal tu.*nanges. setelah di bantu pakcik Google, baru lah aku tau apa tu Cuka Epal and many peoples said benda nie bagus dan berkesan.kalau nak, boleh dapatkan di farmasi Guardian atau Watson.Giant or Tesco pon ada rasanya.price pon not bad lah.takde la sampai sama dengan harga handbag Prada korang tuh.*melampau punya kiasan.herrrrr~


Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:


Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka". (Hadis Riwayat Muslim) 


"Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka" (Hadis Muslim)





Antara khasiat cuka epal ialah: 

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh pelbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan. 
4. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan yang disebabkan oleh lemak. 
5. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Cuka Epal juga akan melambatkan rasa lapar. 


Jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, Cuka Epal adalah jawapannya. Kita agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran. Pengambilan Cuka Epal dengan madu, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional. Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan Cuka Epal tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda. 















maksud disebalik simbol R4BIA (pray for Mesir) ..

Assalamualaikum ^^

auuu cakkk.. main cak cak pulak kan.herrrr~ lama betol rasanya tak update entri baru.bukannye takde cerita.tapi kemain belambak sampai tak terupdate.hahaha.. korang ingat aku suka ke biar belog nie tak terurus.mana boleh.tak boleh.blog was my soul, my love and my everything.gitewww~ photo photo manis di hari lebaran pon tak sempat nak share.wuwuwuuuu~

dah dah.cukup lah celoteh untuk intro.kan kan *sambil kenyit kenyit mata manja.auwwww!

andai kita tengah bergembira sekarang dengan apa yang kita miliki, terbitkanlah sedikit rasa kesedihan dan rasa simpati mengenang nasib umat Islam, saudara kita di Mesir yang tengah bertarung nyawa untuk agama.bumi Mesir kini dibasahi darah merata rata.sedangkan kita jari terkena pisau sedikit pon dah kecoh sekampung.

memang tak banyak yang boleh kita bantu tapi Doa adalah senjata orang mukmin.luangkan lah sedikit masa kita selepas solat untuk berdoa buat kesejahteraan mereka di sana.Amin..









dan pastinya masih ada yang tertanya tanya apakah simbol di bawah ini?


mengapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬ ?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



sumber : facebook







Fenomena Hujan Meteor Perseid

Assalamualaikum ^^




Pancuran Meteor Perseid


Malaysia bakal menyaksikan Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin (12 August 2013).


*jom malam nie kita sama sama merenung ke langit :)












sumber

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum ^^

rasanya masih belom terlambat untuk aku wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat korang semua.maaf dipinta andai ada tersalah kata dalam setiap entri entri aku neh ek.kite 0-0 okeh ! teeheeee ^^ alangkah nikmatnya kalau masa masa macam nie dapat melepak lepak depan tv sambil mengunyah kuih raya.tapi...*sambil kesat air mata di hari raya ke-5 nie aku dah terpacak dalam ofis..herrrrrr~

amacam suasana raya korang tahun nie? best ke tak best? meriah ke tak meriah? duit raya dalam kocek tu berkepuk kepuk tak? bhahaha.ingat budak budak kecik je ke boleh dapat duit raya.aku yang dah tua bangka nie pon still lagi ada orang nak kasi duit raya tau.untung wohhh ! kira ada give and take lah.aku bagi dan aku pon dapat..errkkkkk

aku ingat boleh lah hari nie nak tapau ketupat dengan rendang ayam ke buat makan tengah hari nanti.boleh lah feeling feeling raya lagi dalam ofis kan.tapi raya ke-2 lagi dah abes semua.sobsssss T.T ok.dah dah..jom sambung buat keje sambil melayan lagu raya dengan mood pon yang dah hampir ke laut  :'(