Buaya menyorok bawah katil

Assalamualaikum ^^

nahhh, ingat buaya dalam air je.rupa rupanya bawah katil pon mampu.herrrr.. scary nau lerrr.nasib baik dia tak naik tidur sebelah kan, mau jadi bantal pelok gamaknya -_-' tapi hairan jugak lah macam mana buaya tu boleh main sorok sorok bawah katil tu..



Buaya menyorok bawah katil
Penduduk tempatan cuba menangkap buaya dari bawah katil Whittal di Turgwe


HARARE - ZIMBABWE - Bekas pemain kriket Zimbabwe, Guy Whittall, 40, terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang 2.4 meter dengan berat 150 kilogram berada di bawah katil selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya.

Whittall berkata, tetamu tidak diundang itu dipercayai berada di situ lebih lapan jam.

"Selepas bangun daripada tidur, saya duduk di tepi katil sambil menjuntaikan kaki yang hanya beberapa inci dari muka buaya itu. Saya langsung tidak perasan kehadirannya.

"Buaya memang pandai mendiamkan diri ketika bersembunyi. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka adalah pembunuh utama di dalam air," katanya dipetik Mail Online

Menurutnya, buaya yang datang dari Sungai Turgwe hanya beberapa kilometer dari rumahnya itu sering berkeliaran di dalam semak terutamanya ketika hujan dan musim sejuk.

Selepas berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan semula di empangan Chigwidi di Humani.

pencarian SPONSOR untuk mini GiveAway by Miss Hearty

Assalamualaikum ^^

dengan lafaz Bismillah, aku nak buat satu mini GiveAway untuk pembaca blog kesayangan sekalian.suka tak? suka tak? sila lah lompat terkinja kinja dengan gaya paling kiut sedunia.ihikkkk.. orite, tapi sebelum tu aku nak cari SPONSOR dulu.nak meramaikan penyertaan dan memeriahkan suasana gituuuu ;)

kalau boleh sponsor tu haruslah ikhlas menyumbangkan sebarang hadiah.tak kira lah apa pon, janji tulus dari hati dan betol betol serious.jangan nanti bila ada peserta yang tuntut hadiah, korang pulak buat donno je.kesian dorang tau.sambil sambil tu, aku akan promote para para sponsor supaya lebih dikenali dan boleh merapatkan hubungan silaturahim sesama bloggers.tak gituuuu ^^ and ada juga sesuatu menanti para sponsor sekalian :)

sesiapa yang berminat untuk menjadi sponsor, boleh lah tinggalkan komen korang dalam ruangan komen entri nie atau PM aku di FACEBOOK atau email aku di pleurotuseryngii@yahoo.com.

kerjasama daripada korang amatlah aku harapkan  (",)










bau Durian dikatakan bau Gas ?

Assalamualaikum ^^

bau Durian dikatakan bau gas ? apakah ini ? jom baca cerita selanjutnya ...


Durian

MELBOURNE - AUSTRALIA. Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka


tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.

   
Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.
   
Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.
   
"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.
   
"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.


Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.

   
"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.
   
Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."
   
Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.
   
"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.
   
Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road. 
   
Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar. - Bernama