Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai yang ke - 14

Assalamualaikum ^^

ini cerita hari ahad yang lepas 14 September 2014. adik aku finally berjaya menggengam segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Seberang Perai. teringat pulak konvokesyen aku yang 3 tahun lepas. time flies so fast lahh. rasa macam baru aku naik pentas ambil segulung ijazah. kali ni tengok adik aku pulak lah naik pentas ambil segulung diploma. Alhamdulillah

selalu kalau dia balik rumah weekend kan, mulalah dia membebel. dia cakap penat lah, subjek susah lah. tapi, at last, habis jugak study dia yang 3 tahun tu. berbaloi atas penat lelah selama ni kan. aku otak sains. dia otak kejuruteraan. mana ngam. memang aku tak boleh nak menolong sangat lah dengan assignment dia. boleh tolong kacau je la. maaf ye. hahaha! 


before majlis bermula.


di balik tabir gerai bunga bungaan.


sesi bergambar.


tengah keramaian lah nak bergambar pon.


aku terkesima dengan teddy bear gergasi belakang tu.


after 3 years, dapat jugak pegang lagi bunga macam ni.



" congrates dear on your convocation day. always remember that, wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine. good luck for the future. we are always beside you in every situation. "






CABARAN 30 HARI | HARI - 18 : SIRI TV KEGEMARAN

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 18 : SIRI TV KEGEMARAN




sejak aku mula layan 1st episode drama ni, memang lepas tu aku dah addicted nak tengok hari hari. seolah olah macam ada aura yang menarik narik aku untuk layan sampai last episode. and buat aku jatuh cinta berkali kali dengan Tajul Razin. hehehe




ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day18



CABARAN 30 HARI | HARI - 17 : 5 PERKARA YANG DIRINDUKAN

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 17 : 5 PERKARA YANG DIRINDUKAN


  1. Zaman belajar 
  2. Arwah tok wan
  3. BFF
  4. Ex-roommates di KMPP & USM
  5. Kenangan 



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day17


CABARAN 30 HARI | HARI - 16 : SIAPA, BAGAIMANA CIK AYU 10 TAHUN LAGI

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 16 : SIAPA, BAGAIMANA CIK AYU 10 TAHUN LAGI



InsyaaAllah.. jika diberi umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah. aku mungkin ..

  • ada suami seorang
  • ada anak berorang orang. lagi ramai anak lagi murah rezeki katanya. hahaha
  • ada rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri
  • drive mini cooper sebijik mungkin. ermmmm
  • ada butik sendiri yang diidam idamkan
  • menjadi seorang blogger yang berjaya
  • hidup bahagia dengan keluarga yang tercinta.

AMIN. 


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day16



CABARAN 30 HARI | HARI - 15 : SURAT UNTUK JODOHKU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 15 : SURAT UNTUK JODOHKU




wahai jodohku,
sehingga detik ini aku masih tidak tahu siapa kau ,
di mana keberadaanmu ,
namun jauh di sudut hatiku ,
aku yakin kau sedang mencariku ,
yakinlah dengan janji Allah ,
kita pasti akan bertemu ,
maka dengan itu ,
dekatkanlah dirimu dengan Allah terlebih dahulu ,
persiapkan dirimu untuk menjagaku kelak ,
aku tetap di sini menunggumu ,
hati ini milik Allah yang dititipkan buatku untuk mencintaimu ,

bersabarlah wahai jodohku ,
doaku selalu ,
agar Allah mempermudahkan jalanmu ,
untuk menjemputku sebagai bidadarimu ,
semoga Allah menjagamu ,
agar tak tersentuh yang bukan mahrammu ,
meski hanya sehujung kuku ,
agar kau bisa mempersembahkan dirimu ,
seutuhnya untukku ,
seperti halnya aku, 
yang ingin mempersembahkan diriku ,
seutuhnya untukmu wahai jodohku ..


yang merinduimu selalu ,
pemilik tulang rusuk kananmu



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day15


CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU



al-kisahnya.. kejadian ini berlaku pada bulan September 2007. masa tu aku masih belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. aku tak expect yang roommates aku ada buat projek rahsia belakang aku. lakonan dorang mengalahkan Rosyam Nor. aku hampir terpedaya dan hampir pengsan. hahaha!

26 September tu, aku ada kelas pagi. dah siap comel-comel semua nak pergi kelas lah. then, bukak-bukak pintu. kasut aku hilanggg! semua kasut aku hilanggg! kasut sukan ke, selipar jepun ke, semuanya ilekkk. aku tanya lah rommates kesayangan aku neh. "tak tahu. tak tahu". dorang jawab dengan muka yang habes ayu dah. aku terduduk atas katil, sambil buat muka nak nanges. aku tau ini semua kerja dorang. so, aku pon berlakonlah jugak. ingat tak terer ka haaaa. hahaha! 

last-last, dorang mengaku! dorang yang sembunyikan semua kasut aku. katanya nak buat birthday suprise lah. tapi aku rasa macam nightmare. hehhhh! apa-apa pon, much much love untuk korang. sebab sudi ingat birthday aku. hehehe.. 



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day14


CABARAN 30 HARI | HARI - 13 : 5 BLOG KEGEMARAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 13 : 5 BLOG KEGEMARAN CIK AYU



1. Yuyu Zulaikha - skodeng hal-hal perempuan

2. Ben Ashaari - intai rahsia menjaga anak-anak

3. Lyssa Faizureen - nak make-up blog

4. Boni Kacak - sense of humor

5. Prof Hariz - looking for Diet Atkins


setiap blog ada keistimewaan masing-masing. dan banyak lagi blog yang aku suka blogwalking. kadang kadang tu tak sempat nak drop komen pon. so, jadi silent reader je :)



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day13



CABARAN 30 HARI | HARI - 12 : 5 WISHLIST CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 12 : 5 WISHLIST CIK AYU


1. NAK KAWEN

2. NAK ADA BABY

3. NAK BELI RUMAH

4. NAK TUKAR KERJAYA

5. NAK TUKAR KERETA


ok cukup. takmau explain panjang panjang -_-' doakan cik ayu ye. Amin



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day12


SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

Assalamualaikum ^^

tudiaaaa. pagi pagi dah nampak segmen BEN ASHAARI. semalam aku dah join. so, hari ni wajib jugak aku join. hahaha! 

Bismillah..
BEN ASHAARI
klik banner tersebut untuk ke pautan segmen.


1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

- ermmm.. bagi aku seorang blogger ni berperanan untuk menyampaikan sesuatu yang berguna buat pembaca dan tak kedekut ilmu. berkongsi dengan pembaca apa yang kita tahu. apa yang kita tulis mampu menggerakkan hati manusia, juga mampu mengubah persepsi atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu. so, apa yang para blogger coretkan dalam blog mereka adalah sangat penting. salah menyampaikan pendapat juga boleh jadi cacian serta makian. salah menyampaikan fakta juga boleh memburukkan keadaan. 

- isu yang aku ingin tekankan adalah taksub dengan kecantikan. dalam facebook or instagram tu boleh kata 30% adalah iklan produk kecantikan. segala macam ada. akibat taksub nak cantik, ada yang sanggup membeli ratusan ringgit tanpa selidik dahulu sejauh mana tahap keselamatan produk tersebut. dan kesannya, badan yang merana. sebab aku tengok banyak juga pengguna yang menjadi mangsa kecantikan. tak salah nak amik supplement untuk kesihatan tapi kaji dulu habis habis sebelum cuba ye.


2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

- jawapannya YES!. aku akan berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. InsyaaAllah as backup plan, aku nak bukak boutique pakaian. memang dah lama mengidam macam ni. tapi belom ada rezeki kan. doa doakan lah ye. hihihi..


3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

- apa yang aku harapkan adalah aku lebih maju jaya dalam dunia blogging ni. dan aku harap penulisan aku terkesan di hati pembaca sekalian alam. semoga blog aku lebih dikenali ramai dan menjadi igauan setiap orang di seluruh pelosok dunia. Amin :)  




jom join laju laju. segmen tutup 12/9/2014, jam 6!



CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK


HAHAHA! bila ingat balik kenangan dolu dolu memang rasa geli perot nak gelak. zaman hingus meleleh pon lap dekat baju. tapi, seriously cakap lah, kanak kanak zaman dulu banyak beza dengan sekarang. totally banyak beza. main congkak pakai biji getah, tuju guli, gasing buat sendiri dengan kayu pokok jambu batu, main kawen kawen, main masak masak, main layang layang buat dengan kertas surat khabar, tangkap ikan dalam lumpur. ada lagi ke sekarang ni semua tu? hurmm. kanak kanak zaman laa neh, main game dalam ipad, dalam phone, main psp. tak main dah kotor kotor macam dulu. begitulah peredaran zaman berlaku. 

dulu depan rumah aku ada sepokok buah jambu batu. pokok tu tinggi lah jugak. so, kalau nak ambil buahnya memang kena guna galah atau panjat lah. memang selalu lah aku jadi spiderman merangkak naik panjat pokok tu. makan buah atas pokok pulak. biji buat baling kucing dekat bawah. perghhh! masa tu kalau tak silap umur aku dalam 5 @ 6 tahun macam tu. tak padan dengan perempuan kan. so, fahamlah aku kenapa sekarang ni aku sangat sayangkan kucing. rupanya sebab dulu aku selalu buli dorang. hahaha!

al-kisahnya, ada satu hari tu. aku panjat dengan berbaju kurung kuning corak polkadot. ingat lagi okeh. hahaha! bajet macam perempuan ayu yang rare lah kononnya. haktuiii! alangkah malang tak berbau. masa nak turun kain aku tersangkut dekat dahan pokok. then, kain terkoyak! bangggg! aku jatuh pokok. sakitnya hanya Allah yang tahu. besok tu pergi PASTI dengan mulut bengkak bengkak. malu! hahaha! walaupun kenangan ni macam pahit je rasa kan. tapi bagi aku lucu! pokok jambu tu pon dah kena tebang. kenangan oh kenangan. tu tak cerita bab sleepwalking aku lagi masa kecik kecik dulu. cukup cukuplah satu ni ye. hihihi




ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day11



Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

Assalamualaikum ^^

ehh.. blogger BEN ASHAARI dah kembali dengan segmen! yeayyy! sejak sejak ada babies nie, lama dah beliau tak buat any segmen. so, jom lah join sementara masih ada waktu. 

Bismillah ..
BEN ASHAARI
klik banner tersebut untuk ke pautan segmen.



LATAR BELAKANG BLOG

- blog ni mula wujud sekitar tahun 2010. kira 4 tahun jugak lah usianya. sebenarnya, aku pon confuse nak letak blog aku ni dalam kategori apa. sebab macam macam cerita ada. resepi, travel, tips dan segala macam lagi lah. hahaha! rojak dan pasemboq mari. 


KELEBIHAN BLOG 

- "simple, ringan dan relaks."  so, tak perlu nak berat beratkan kepala bila baca entri entri aku. aku pon tak minat nak menulis panjang panjang macam karangan. kecuali lah memang terpaksa dipanjangkan. hahaha! ayat yang aku guna jelas, nyata lagi terang. no shortform pelik pelik. aku update benda benda yang aku nak share dengan readers sekalian.


KENAPA BLOG AKU PATOT DIJADIKAN PILIHAN RAKAN PEMBACA

- hahaha! ni dah macam nak lelong diri sendiri. kalau aku terover puji blog sendiri, maaflah ye. sebab musabab korang patot pilih blog aku adalah. jeng.. jeng.. jeng.. segala hasil penulisan aku adalah ikhlas dari hati. kalau yang boleh rasa tu memang daebak ahh! kebanyakan entri entri aku adalah positive thinking. aku takde lah nak mengamuk ke or mengutuk ngtutuk orang ke dengan jadikan blog sebagai medium. tak cool arr gituu. baca dulu baru faham maksud aku. heeeee


IMPIAN AKU SEBAGAI BLOGGER

- sebenarnya banyak impian aku bila diri bergelar seorang blogger. dulu dulu memang aku buat blog just for fun. kononnya blog ni macam diarilah. so, aku tulis aktiviti aku hari hari. aku buat apa. aku makan apa. aku pergi mana. so that, nanti aku boleh baca balik bila aku dah tua. hahaha! tapi bila aku mula kenal blogger blogger otai dekat luar sana tu, aku mula rasa macam blog is "something" and blogger is "somebody". populariti blogger boleh mengalahkan artis kot. sebab dorang jugak banyak bagi impact dalam dunia networking dan sebagainya. 

- so, aku kalau boleh nak blog aku dikenali ramai. dan kalau boleh terbawak bawak sampai ke dalam mimpi. ermmm.. boleh la jugak kalau nak kata aku nak glamour. tapi bukan gila glamour sebarangan. asalkan ada income masuk poket, kira Alhamdulillah la. rezeki halal kan. hihihi.. have fun sambil buat duit. best what. teringin jugak nak jumpa blogger blogger otai termasuk lah abg ben. huhuhu.. and for me, blogging banyak mengeratkan silaturahim. untung untung kalau dapat free gadget ke, travel free ke, barang free ke, bestlah jugak kan. sapa takmau. iyee ke idokk. hahaha! 




cepat join! segmen ni tutup (11/09/2014) jam 8 malam karang.

CABARAN 30 HARI | HARI - 10 : APA DI DALAM HANDBAG CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 10 : APA DI DALAM HANDBAG CIK AYU


***


haaaa, ini je lah yang wajib ada dalam handbag aku. simple je kan. bag pon tak berat nak bawak. since aku pon bukan lah kaki make-up. so, lepas solat, apply bedak baby je. hahaha! vaseline tu untuk bibir supaya tak kering. benda-benda lain macam tisu, tiger balm, pengepit kuku, dan cermin aku bawak jugak tapi takde dalam gambo ye. aku ni kadang-kadang sakit perot, sakit kepala tak kena tempat. so, memang tiger balm tu kena prepare selalu.


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day10



CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU


errrr.. rasa macam segan pulak nak taip entri ni. macam agent cari calon suami pulak. hahaha! sebenarnya kadang kadang susah nak describe dengan kata kata pasal lelaki ni. sebab manusia ni complicated. at first, kita tengok luaran orang tu kita dah macam dapat agak dia ni orangnya macam bla.. bla.. bla... but, lepas dah kenal dia heart to heart. ohh, rupa rupanya dia ni macam ni, macam tu. tak seperti apa yang kita sangka from his first appearance. sebab tu orang kata, "tak kenal maka tak cinta". hehhhh

tapi, aku tetap sahut cabaran ni. so, let's see siapa lima lelaki yang menarik perhatian aku. cewahhh!


1. BERIMAN
sejuk mata memandang. sejuk lagi perot ibu mengandung. kalau dia sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH, InsyaaALLAH dia dapat menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki yang beragama Islam. maka, pilihlah dia untuk dijadikan suami :)

2. KEMAS & BERSIH
haaaa, aku paling titik beratkan bab ni. hati aku akan cair bila mana tengok lelaki yang segak berpakaian kemeja, siap dengan tali leher. kasut hitam berkilat. rambut pendek disisir rapi dengan gel. jalan dengan penuh humble masuk ke pejabat. perghhhh! mau gugur jantung jatuh ke lantai. dengggg!

macam ni lah maksud aku. hikhikhik

3. TIDAK MEROKOK
aku allergic bau asap rokok. sebab asap rokok tu buat aku rasa nak marah. hahaha! kang tak pasal pasal dapat penyakit free. kenapa lah orang suka merokok eh. tak macho langsung pon. bibir hitam. gigi kuning. nafas berbau. euwww! maaf kalau ada yang terasa. tapi itu lah hakikatnya 

4. ROMANTIK 
ini memang menjadi idaman setiap perempuan. tak gituuu. hahaha! romantik banyak caranya. kena dengan gaya, konfem jatuh cinta hari hari. ngeeeee

Romantik kann. kann. kann.!

5. MEMAHAMI & MENYAYANGI
sekali dah faham, terbit rasa sayang. aku pon faham perempuan ni macam mana. kadang kadang marah tak bertempat, merajuk tak kena masa. tapi, semuanya bersebab. so, lelaki should faham lah. hurmmm! 


dah dah. rasa macam nak menyorok bawah katil bila baca balik entri ni.  LOL  *_-



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day9




CABARAN 30 HARI | HARI - 8 : 5 LAGU CINTA KEGEMARAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 8 : 5 LAGU CINTA KEGEMARAN CIK AYU


1. Because I Miss You - Jung Yong Hwa

2. You Are My Everything - Melody Day

3. Be The One - Jeff Bernat

4. Destiny Sonata - Jung Dongha

5. A Thousand Years - Christina Perri



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day8

CABARAN 30 HARI | HARI - 7 : SEJAUH MANA PENDIDIKAN ITU PENTING BAGI CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 7 : SEJAUH MANA PENDIDIKAN ITU PENTING BAGI CIK AYU

***
Alhamdulillah


"Menuntut ilmu biarlah sampi ke negara China".

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

ilmu itu pelita hidup. bayangkan hidup kita tanpa ilmu. seperti mencari sebilah jarum dalam gelap. mungkin boleh jumpa tapi perlukan usaha yang keras dan masa yang panjang. mengapa cari yang susah, sedangkan yang senang depan mata. sebab tu kita kena belajar untuk dapatkan ilmu. tak kisah lah setinggi mana pon tahap pendidikan kita, asalkan ilmu yang kita dapat mampu membimbing kita ke jalan yang betol dan diredhai Allah. tak semua benda yang kita nak boleh bergolek golek datang depan mata. biarlah jadi orang yang bodoh dalam diam daripada bodoh dalam berkata kata. *peribahasa reka sendiri


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day7




CABARAN 30 HARI | HARI - 6 : APA YANG CIK AYU MAKAN HARI INI

Assalamulaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 6 : APA YANG CIK AYU MAKAN HARI INI


hari ni cik ayu makan nasi ayam masak merah. tapi bukan cheq yang masak. hahaha.. kebetulan mak sedara datang rumah. and dia memang rajin memasak. so, dia lah yang tolong masakkan. sedapppp ! sampai menjilat jari jemari. gambo takde pulak nak display. tak sempat nak snap. sebab lapar dah tahap nak makan orang. hahaha..



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day6

CABARAN 30 HARI | HARI - 5 : 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 5 : 3 PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH


jatuh cinta itu perkara biasa. putus cinta pon perkara biasa. selagi cinta itu belom halal, jangan terlalu berharap kepada bahagia yang belom tentu milik kita. bahagia itu milik Allah. maka, berdoa pada-Nya atas segala urusan :)

***


3 things i wanna tell to my ex  :-

1. Thanks for everything you have done to me.

2. Awak buat saya jadi kuat mengalahkan Hulk Hogan

3. and i wanna kill you if i had a chance. so, be aware! muehehehe *gelak jahat


UNTUK AWAK ;)


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day5



CABARAN 30 HARI | HARI - 4 : BUKU KEGEMARAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 4 : BUKU KEGEMARAN CIK AYU


***


tadaaaa! aku paling suka novel hasil tulisan Melur Jelita. there is something special. novel novel ni sangatlah tebal sampai kalau ketuk kepala orang pon konfem pengsan. hahaha.. tapi kalau dah mula baca, memang susah nak berhenti. kalau nak baca, kena baca tiga serangkai ni. sebab ada connection between each other. memang superb best ! recommended to uolsss..



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day4


CABARAN 30 HARI | HARI - 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN CIK AYU

Assalamualaikum ^^


CABARAN 30 HARI | HARI - 3 : SESUATU YANG MENGUATKAN CIK AYU


***


AIR ! yes, air sangat penting dalam kehidupan. manusia, haiwan dan tumbuh tumbuhan semua perlukan air. cuba bayangkan kalau kita tak minum air seharian. mesti lembik, lemau, letih je kan. lepas minum air, apa kita akan rasa ? SubhanAllah, nikmat tak terkata. 

badan kita consist of 55% - 75% of water. so, kita mungkin boleh survive kalau tak makan tapi bukan tanpa air. jadi, kalau nak kuat dan energetic, kena lah minum air putih at least 3 Liter sehari okeh. dah macam dietitian lah pulok. hahaha


ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day3



CABARAN 30 HARI | HARI - 2 : 5 CARA MEMENANGI HATI CIK AYU

Assalamualaikum ^^

***



CABARAN 30 HARI | HARI - 2 : 5 CARA MEMENANGI HATI CIK AYU


1. Bagi bunga. Tak kisah lah bunga apa pon asalkan fresh dan wangi dan cantik. Tapi bukan bunga taik ayam ek. ek. babap kang !

2. Always by my side in every situation.

3. Bawak Cik Ayu jalan jalan. Ke mana saja yang boleh tenangkan jiwa dan raga.

4. Belanja Cik Ayu makan. Sebab makan adalah one of my stress treatment. See the perot lah jugak. Hahaha

5. Be a good listener for me :)


ok. done. #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day2



CABARAN 30 HARI | HARI 1 : 1 GAMBAR TERBARU & 5 FAKTA TENTANG DIRI CIK AYU

Assalamualaikum ^^

harap harap masih belom terlambat lagi dahku nak join #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari. memandangkan blog aku pon makin sunyi dan sepi bak burung merpati dalam sangkar. *krikkk.. krikkk.. krikkk.. kekeringan idea sejak dua tiga menjak neh. asal nak mula menaip je terus mati kutu. so, aku rasa challenge nie macam menarik. at least, aku ada tajuk nak buat karangan. hahaha.. mohon lepas nie, ramai yang lebih mengenali siapa empunya blog Hatie Hidayu (http://heartylolipop.blogspot.com). cabaran bermula !


CABARAN 30 HARI | HARI - 1 : 1 GAMBAR TERBARU & 5 FAKTA TENTANG DIRI CIK AYU


***
Terbaru sangat dah ni. Snap pagi tadi before pegi keje. Haha






5 Fakta tentang diri Cik Ayu


1. Nampak macam sombong tapi sebenarnya baik. Tak kenal maka tak cinta. gitewww

2. Status terkini : Masih single dan tengah mencari calon suami yang sesuai. sesiapa berminat boleh lah isi borang ye. hahaha

3. Bakat terpendam : suka menyanyi tapi tak pernah ke tempat karaoke. kalau ada peluang masuk Mentor nanti, tolong vote kite yek.*tampo diri sendiri. ehekkk

4.  Tabiat pelik : tak suka pakai kasut bila drive

5. Pencinta flora & fauna. kalau boleh nak buat rumah dalam hutan belantara



ok. done. #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day1