Assalamualaikum ^^
hai korang !! amacam persiapan raya hari neh??? last day dah tau !! kat kampung neh dah meriah.semua dah pusu-pusu buat ketupat.macam konfem2 je raya esok kan.ngeeeee.jiran pon ada yang bertandang rumah ke rumah nak amik kuih raya yang ditempah,sambil2 menjeling tuan rumah tengah membalut ketupat dengan anak cucu.hehehe.
memang 24 jam arrr bertenggek kat dapo kan.tak sempat dah nak nyentuh tv kat ruang tamu tuh.tapi kalo wat keje senyap2 pon tak happening kan.apa lagi,humban radio kat ceruk dapo,kang sambil2 leh arr dengar2,nyanyi2 lagu raya.leh gak test suara emas empunya diri kan.mana tau taun depan leh masok one in a million.kalo menang mesti ramai orang beratur nak masok minang !! (termerepek jap) wakakaka.
okey.cukup2.jom layan bijik mata korang jap :)
*bagi family aku,ketupat daun palas je yang jadi pilihan hati tiap2 tahun.senang sikit nak buat.nak mencarik buluh untuk buat lemang tuh bukannya senang kan.kalo nak makan sangat pon beli je.huhuhu
*aku suka rendang ayam !! kalo daging banyak kolesterol lah kan.hehehe.korang reti tak balut ketupat nasik neh? tabik spring lah kalo korang reti buat.aku??? haram tak reti.hahahaha.aku reti balut ketupat daun palas jekk.ngeeeee~
nak belajar anyam ketupat nasik??? haaaa.meh fokus gamba kat bawah neh.mudah-mudahan leh dapat sebakul ketupat nasik buatan sendiri !!.untung2 bakal mak mentua tabur puji berguni-guni.hehehe.kalo tak jadi jugak beli jekk yang instant punye dalam plastik kat kedai.belambak kan ! senang citer ! hahaha
p/s: semua gamba diatas adalah ehsan drpd encek Google ^^
Assalamualaikum ^^
korang !! tinggal lagi 2 hari je lagi nak raya kan.eksaited tak??? haruslah kan !! orang2 bandar pon dah berpusu-pusu nak pulang ke kampung halaman.hati2 tau memandu :) yang ada kat kampung neh pon tengah sibuk buat persiapan.contohnya aku la.hehehe.sejak habis belaja neh dah memang jadi surirumah tak bertauliah kat umah atok.jadi,bila dah nak dekat raya neh mula la sibuk kan.tambah2 pulak bila berstatus anak sulong yang belom berkahwin.huhuhu.
sampai belog pon dah tak amik kesah.kesian kan ;(.kadang2 ada la free time.niatnya memang nak menghapdate belog lah.otak dah ligat nak mencurahkan ayat2.hati dah eksaited mencecah bulan. saat tangan mencecah keyboard untuk menaip,tiba2 ada suara misteri yang memanggil-manggil !!
"kak !! tolong pasang langsir sat.lepas tu,mop lantai tau"
hahaha.maka tergendala lah buat sementara waktu tugasku sebagai seorang blogger :)jeles okeh tengok semua orang dok hapdate belog.hehehe.mesti korang dapat banyak duit raya drpd encek nuffnang kan !! :)nak gi raya umah korang mintak duit raya leh tak???ngeeeee :p
esok pagi2 lagi sesudah subuh nak gi terjah pasar lak.nak gi rebut daging2 & ayam2 yang ada kat sana serakus yang boleh.taknak orang lain kebas.nanti tak dapat nak makan rendang ayam & daging untuk raya.keh3.
korang nak tau.tahun nie aku telah mencatat sejarah pabila tidak membeli kuih raya tunjuk2 dikedai.hahaha.kalo ada pon sepupu yang kasik.sebab musabab tahun nie banyak masa terluang kat umah.tak macam dulu2 walaupun dalam hati mood nak raya tapi mata kena jugak ngadap buku :) hari2 menghitung jam,minit & saat untuk balik kampung je untuk beraya ^^ kenangan ! kenangan ! miss damn much !!
*jeng3x..kuih raya buatan sendiri.hehehe.kalo nak rasa sila la munculkan diri korang depan umah aku hari raya neh yekk :p
p/s: raya raya jugak.tapi jangan lupa pulak hari kemerdekaan kita ea :)
Assalamualaikum ^^
hai korang !! windunyer kat korang semua.lama gak neh aku tak hapdate belog.adoihhhh.nak dekat2 raya neh betimbun-timbun keja kena buat.nasib lah badan jadik anak dara kan.hehehe.
lagi seminggu jekk nak raya neh.korang dah shopping baju raya?beg raya?kasut raya?apa..?belom..?haa,takpe2.jangan nanges tau.meh usha2 online shop neh.macam2 ada.chantek2 kot.sure korang suka!!.huhuhu.
nak tengok lebih lanjut?klik SINI...
Assalamualaikum ^^
senarai buah hati pengarang jantungku ^^
apa kabo korang semua?mesti dah tak sabar nak raya kan..?kan..?sama lah !!.hehehe.tadi pon baru je lepas shopping barang2 untuk buat kuih raya.besh2!! :).ok2.cukup-cukuplah nak eksaited pon kan :p
sebenarnya aku terharu sangat bila ada 3,4 orang blogger yang baik hati dah pilih belog aku sebagai salah satu belog pilihan dorang daripada segmen abg ben.mekaseh yer korang !! sayang korang semua !! mmmuahhhh !! mekaseh jugak pada abg ben sebab buat segmen camneh.barulah aku tau ada gak orang yang suka masok belog neh.hehehe.walopon yang pilih tuh taklah banyak mana pon kan,but ia sangat bermakna okeh !! :).if ada sorang pon aku dah eksaited amat tau.ngeeeee~
jadi,aku dengan berbesar hatinya nak bagilah sikit penghargaan untuk dorang neh.nak bagilah iphone sorang sebijik.ok tak?hahahaha.gila kaya lah aku kalo mampu bagi mende tuh kan.aku pon lom ada iphone lagik.sobsssss ;( memain je tuh tau.actually,aku nak letak link belog dorang dalam bloglist aku under lolipop coklat.so,nanti senang lah aku nak serang belog dorang bila dah update entri2 baru.hehehe :)
senarai buah hati pengarang jantungku ^^
(soly dah memang ada dalam bloglist aku under lolipop pelangi ^^)
Assalamualaikum ^^
klik SINI untuk join...
INI LAH BELOG PILIHANKU...
-aku suke penulisan die!! sangat bermakna.blogger yang baik hati lohhh :) tak rugi korang masok belog die tau^^ die pandai gak buat doodle2 yang comei!! :) jeles2.hehehe
-terharu sebab dia pilih aku.eh,silap !! sebab dia pilih belog aku.ngeeeee~ belog dia simple & kemas jekk.i loikeeeee =)
-ha !! blogger neh dalam bloglist aku tau.selalu masok belog die.kadang2 jadi silent reader jekk.hehehe.
-aku slalu nampak blogger nie merata tempat.die rajin join segmen abg ben.segmen yang lain-lainnye xtau la pulak kan.huhuhu.die neh salah seorang pengomen yang tegar jugak nie tau :)
-blogger comei neh slalu gak komen entri2 aku.mekaseh yer awk !! :)belog die pon comei cam tuan die^^ pinkish2 gitu.
-blogger neh memang tak asing lagi kot dalam kalangan blogger2 yang ada skang.femes woooo !! :)dah lama aku tertanya-tanya apa maksud disebalik namanya (sunah sakura) sebab cam pelik skit kan.huhuhu.btw,belog die chantek amat okeh !! ^^
-oshin nie pon rajin join segmen abg ben kan.slalu nampak !! ngeeee~ bagus2.baru dekat dihati kan :)belog die pon comei sesangat sebab ada anime gurl yang kiut miut :)
-aku pilih belog neh sebab die orang first join segmen abg ben neh!! orang yang ada semangat camni lah baru best.kan..kan..hehehe..heppy blogging yer awk :)semoga sukses slalu ^^
-blogger yang ada penulisan yang bagus neh.simple tapi berisi !! ^^ terjah lah belog die okeh :)
-rasanya blogger nie cam baru lagi dalam dunia blogging.kalo tak silap aku lah.if salah ampun maap ek.hehehe.lagipon aku pernah review belog die sebab die jadi follower bertuah aku.huhuhu
p/s: semua komen2 diatas adalah eklas dari hati suci nurani miss hearty :)
Assalamualaikum^^
isk..isk..isk..sedey2..kuciwa2..sobssss T___T.ramai bloggers yang buat entri gumbira pabila encek nuffnang kasik duit raya kat dorang.huhuhu.
nak tau tak BE aku berapa riban skang neh?hahahaha.tipu jekkk !! tak sampai riban2 pon.berapa sen je.hehehe.sian kan !!.mula2 memang eksaited kemain dah ada angka kat earnings aku tuh.tenkssss nuffnag sayang.tapi lama2 tak naik2 pon.huhuhu.jeles plak tengok bloggers lain yang dapat riban2 tuh :)
oh bulan.eh,silap !! oh nuffnang sayang,bila nak tambah angka dalam BE aku lagi neh.hehehe.nak jugak rasa duit raya drpd nuffnang tau ^^
p/s: mood tergediks sikit malam neh.harap maklom.ngeeeee~ :p
Assalamualaikum ^^
korang pernah bercinta?majoriti pernah kan.aku pon pernah.sekiranya manusia meletakkan cinta sesama manusia yang teratas,maka dia akan lupa kepada Allah.hakikat yang sebenarnya cinta kepada Allah adalah cinta yang teragung, termulia & terpuji berbanding cinta2 yang lain.
satu ketika dulu (cewahhh ayat keklasikan la plak.hehehe),aku pon pernah bercouple,berdating,berdua-duaan,bergayut-gayutan,berwayang-wayangan siang malam (nasib baik tak terlanjur lagi beb).masa kuar dating pulak,si lelaki jarang mengingatkan aku tentang solat.dua2 lupa & alpa.mabuk cinta lah katakan.kitorang tak sedar setan yang dilaknat Allah sentiasa ada menemani kitorang dengan setianya.
malam2 pulak,bergayut 3,4 jam dalam telepon.berbual kosong tanpa tujuan."sy syg awk"," sy rindu awk". perkataan2 tuh dah macam melekat kat bibir kitorang.padahal kitorang tak sedar setan2 terkutuk tengah ketawa berdekah-dekah dihujung talian sebab manusia2 lalai neh dah jatuh ke perangkap dia.
sampai lah satu saat,kitorang putus !!.akibat si lelaki telah curang !!.kecewa macam nak mampos.bazirkan air mata bertimba-timba.aku pon terpikir betapa aku dah buang masa bercinta dengan manusia !! sedangkan Allah yang memberi segala-galanya.tiap nafas yang kita tarik & hembus adalah milik Allah.segala isi dunia nie hanyalah pinjaman.bila2 masa je Allah boleh tarik balik.
disebabkan si lelaki tu bukan daripada kalangan insan2 yang baik,maka Allah telah jauhkan antara aku & dia.Alhamdulillah.kadang2 kita tak sedar kita dah banyak buat dosa.hinggalah Allah sedarkan kita dengan musibah2.kerana terlalu mengejar kebahagiaan di dunia kita lupa bahawa bahagia yang hakiki hanyalah di Syurga.
p/s: kalo dah suka masok aje meminang.pastuh,kawen kan.
moga terpelihara drpd godaan syaitan laknatullah:)
moga terpelihara drpd godaan syaitan laknatullah:)
CINTA YANG TERAGUNG ADALAH CINTA KEPADA ALLAH :)
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluq-NYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis riwayat Anas radhiAllahu 'anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." - [Shahih Muslim No.60]
sumber : iluvislam.com
Assalamualaikum ^^
Alhamdulillah.kalo kita dah dimurahkan rezeki oleh Allah,maka eloklah kita gunakan untuk tujuan yang baik kan.yang penting harus selalu bersyukur diatas segala nikmat daripada-Nya.lagipon harta kekayaan tu hanyalah pinjaman dunia semata-mata.bila2 masa je Allah boleh tarik balik.jadi,kalo dah berada diatas tuh jangan pulak lupa yang dibawah yer :)
'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Siti dan suami akan mengerjakan umrah di Mekah pada 19 Ogos ini. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.
“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.
Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.
Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.
“Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.
“Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.
Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.
“Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.
Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.
sumber : mStar Online
Assalamualaikum ^^
Assalamualaikum ^^
klik SINI untuk join...
Nama panggilan Blogger : miss hearty
Tarikh mula berblog : januari 2010
Rakan blogger terkini : 469
Target tambah rakan blogger : 30 orang
Assalamualaikum ^^
dah masok 15 hari kita berpuasa kan.lagi 15 hari je lagi dah nak raya !! hooorayyyy.doa Qunut pon dah mula dibaca dalam solat tarawikh.malam neh solat tarawikh memang lain daripada yang lain.kebiasaannya pukul 10 malam da abes.malam neh pukul 11 malam baru abes.sejam beza tuh.ntah2 orang lain da tido pon.huhuhu.pak imam tuh baca ayat2 Al-Quran.makanya,berjela-jela la kan.hehe.selalunya pak imam baca surah2 daripada Muqaddam je.siap dah boleh hafal ikot turutan kot ^^
kesian plak aku tengok atok2 yang dah tua.kena berdiri lama gak arr.ada yang muka macam dah mengantok je.hehe.*aku neh dah berpuluh kali kot menguap.erkkkk~ tiap2 tahun aku tengok majoriti yang solat tarawikh neh golongan yang dah berumur jugak lah.mak2,atok2.muda mudi boleh kira dengan jari jek.berapa kerat sangat lah.mana taknya,ada yang belajar jauh,tak balik umah.ada yang keje.leteh la kan.mula2 solat,penuh la 3,4 saf.lepas 8 rakaat,berderu-deru yang keluar.tinggal 2 saf je.adehhhh.
budak2 kecik memang ramai.rajin !! tapi dorang tak solat pon.main2 je ngan kengkawan.buat bising.main mercun.sebenarnya dorang tunggu moreh tuh.hahaha.abes je tarawikh,turun daripada masjid, lesap terus budak2 tuh.tengok2 dah siap sedia kat tempat makan.haiyaaaa :p
p/s: apa2 pon,ikhlaskan lah hati dalam beribadah kepada Allah untuk memperolehi keredhaan & pahala daripada-Nya :)
Assalamualaikum ^^
klik SINI untuk join...
entri nie adalah rentetan drpd entri LEPAS..
dah blogwalking ke semua belog rakan2 sampai lebam !!.hahaha.macam2 kaler ada.kepala pon dah naik pening.btw,semua belog chantek2 & cun2 belaka.hehehe :p
geng aku adalah belog2 yang dihiasi dengan kaler kejambuan seperti soft pink & sewaktu dengannya.nak cari yang sebijik sama memang takde.jadi aku pilih yang iras2 je la ea :)
maka.inilah yang telah berjaya dipilih !! :)
p/s: mari terjah menerjah sesama okeh !! ^^
Assalamualaikum ^^
syarat-syarat :
hai korang !! sihat? harap2 sihat la ea.kat penang neh baru je lepas ujan lebat.sejuk kemain.tido pon best.hehe.ini first time aku nak carik bloglist untuk diletakkan under "LOLIPOP COKLAT".sebelom nie aku dah ada 2 bloglist iaitu "LOLIPOP STRAWBERRY" & "LOLIPOP PELANGI".aku harap ada la penyertaan daripada korang nanti.tak susah pon nak join.macam kacang kuda je.hehehe.
syarat-syarat :
- anda haruslah follow belog ini (wajib)
- buat satu entri khas bertajuk "JOM JOIN BLOGLIST MISS HEARTY"
- letak header kat atas & link kan ke entri neh
- suka hati korang nak celoteh apa pon dalam entri tuh
- dah siap,tinggalkan link korang diruangan komen entri neh (penting tau)
- nak tag kawan2 pon boleh,taknak pon takpe
TUTUP : 1 SYAWAL
Assalamualaikum ^^
hari nie punya lah bersemangat nak blogwalking ke belog rakan2.tapi hampeh pabila berokband kesayangan nie dok tayang signal EDGE pulak.terasa macam nak tibai je punggung dia tau tapi still sayang dia ketat2 sebab dia dah banyak berjasa !! hehehe.tapi apa2 pon sempat jugak la masok 4,5 belog tadi.bila dah menapak ke belog rakan2 harus lah tinggalkan komen kan.tapi agak kuciwa bila ada belog yang letak word verification.lemah semangat den nak komen mengomen tau.dah la berokband buat hal.dah baca entri2 korang.best2 pulak tuh.rasa cepat2 nak komen.tapi word verification tu agak potong mood la sikit.
sayang2 sekalian alam,better takyah letak kot word verification tuh.pendapat aku je la kan.sayang tau entri best2 tapi takde orang nak komen.aku pon dulu buta jugak bab2 berbelog neh.aku sendiri taktau kalo nak komen entri aku kena masokkan word verification.sampai la satu hari tuh aku join satu segmen abg ben neh.tak ingat plak tajuk apa sebab banyak sangat segmen beliau yang aku dah join.hehehe.then,ramai orang suggest kat aku better takyah letak word verification.sejak tu la,aku dah buang mende tuh.aku pon rasa macam mende tuh menyeksa jiwa raga aku.huhu
p/s: sekadar nasihat je tau untuk bloggers yang disayangi sekalian :)
Assalamualaikum ^^
dengan penuh rasa excited hingga mencecah bulan,miss hearty
mempersembahkan......................
my first doodle!!!muahahahaha :) walaupun huduh tak terkata.tapi at least dapat buat jugak kan.hehe.baru nak berjinak-jinak dengan doodle neh :p betapa gigihnya aku buat mende nie sampai peluh mencurah-curah atas keyboard (tipu jekk).hahaha.
*sila gelak puas2 yekk.dibenarkan oleh empunya belog.hehehe
Assalamualaikum ^^
bukti???
yeayyyyyyy!! teramat excited nak publish entri neh. sebab musabab nak bagi tau korang bahawasanya miss hearty menang segmen abg ben teka & menang Ramadhan.ngeeeee~ Alhamdulillah.mekaseh yer abg ben :)
bukti???
Assalamualaikum ^^
walaupun baru 12 hari kita berpuasa,hati nie dah melonjak-lonjak riang,terkinja-kinja gembira nak raya.hehehe.jom layan gambar2 yang bakal buat korang pon teruja nak raya.hahaha :)
taraaaaaaaaaaaaaaaaa~
*antara kuih raya yang menjadi feveret miss hearty^^
*aku lom beli lagi baju raya.sobssss ;( korang dah beli?
*tak sabar nak pasang mende neh :)
*terliurrrr !! kan?
*dapat lagi ke tahun nie ek? :P
*haaaaa.sempoi kan kuih raya neh.kreatip betol si pembuatnya kan :) tapi macam segan plak nak makan.huhuhu
p/s: teruja tak?ngeeeee~ maap lerr semua gamba2 neh pinjam dr pak cik Google jekk.nantikan gamba2 dr miss hearty sendiri dalam 1,2 minggu lagi yekk :)
Assalamualaikum ^^
nak kad raya drpd soly !! ngeeeee~
nak join? klik lah SINI yekk...
Tarikh tutup :
20 Ogos 2011
Assalamualaikum ^^
hari neh tetiba jejari miss hearty terlebih rajin menjoinkan diri dalam GA.harap maklom.hehehe:)
Giveaway :-
RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
Tarikh tutup : 20hb August 2011
p/s: menarik kan hadiahnya:)
Assalamualaikum ^^
klik SINI untuk join...
jeng3x...ini lah pantunnya :)
mari berbuka dengan air soya,
dibeli adik di depan sekolah,
dah lama tak dapat kad raya,
nak kad raya daripada cik ana lah.
abah pegi tarawikh hari-hari,
parking kereta tepi pokok bunga raya,
walaupun puasa baru 11 hari,
nak jugak wish cik ana selamat hari raya.
Assalamualaikum ^^
jom join GA lagi.ngeeee~chantek kot handbag neh.pinky2 lagi.hehehe :)
klik SINI untuk join...
Syarat-syarat:
1. Mesti jadi Follower blog ini
2. Tepek gambar GIVEAWAY nie kat side bar blog kwn2....
3. Buat entry berkenaan dgn GA nie
4.Tinggalkan komen kat entry ini
5. Add blog nie dlm senarai bloglist kwn2...
6. Boleh add Koleksi BegTangan Hana II kat FB....
klu xnak add pun xpe....
Tarikh tutup : 15082011
Pemenang akan dipilih secara random
Keputusan ada muktamad
p/s: wish me luck yer korang !! ^^
p/s: wish me luck yer korang !! ^^
Assalamualaikum ^^
Alhamdulillah pic miss hearty daripada CONTEST nie berada dalam top twenty :) jadi,nak mohon jasa baik korang semua untuk klik LIKE pic miss hearty yer.hehehe.senang je tau.jom ikot step2 kat bawah neh.ngeeee~
(1) klik LIKE page nie dulu :)
(2) pastu,klik LIKE pic miss hearty :)
kepada yang dah LIKE mekaseh banyak2 tau !! sayang korang !! mmuahhhh :) kalo tak nak LIKE pon takpe okey :) tak paksa eh.hanya keikhlasan yang dipinta ^^
Assalamualaikum ^^
*pic pinjam Google
Assalamualaikum ^^
haaa..entah kenapa lah tetiba malam nie rajin pulak nak menjoinkan diri dalam contest & GA lagi.hehehe.
nak join sila klik SINI...
syarat2 :
( nureen nk tambah kenalan, boleh kan :))
2. wat 1 simple n3 pasal GA ni
3. siap, tinggalkan link n3 kat n3 ni yerr
4. tag sekurangnya 2 org kwn lebih pon boleh
5. hadiahnya offcoz la yg berkaiatan dengan GA ni........
hadiah??? jeng3x...
ada 3 eyeliners kan so......
pemenang akan di nilai berdasarkan kpd 2 kategori
1st - eyeliner yg tgh2 tue akan nureen bg pada n3 yg paling ramai commentar
2nd - eyeliner kanan & kiri tue, nureen akan buat cabutan bertuah.
Assalamualaikum ^^
tolongggggg!!! kenapa jadi macam neh?apsal bogel je ekk.boleh upload gamba & letak link je.dah reload banyak kali.sign out la bagai.tapi sia-sia T___T.huwaaaaaa~ belog korang jadi camni tak?
p/s: sesapa yang tahu mohon share info kat sini ;(
tolongggggg!!! kenapa jadi macam neh?apsal bogel je ekk.boleh upload gamba & letak link je.dah reload banyak kali.sign out la bagai.tapi sia-sia T___T.huwaaaaaa~ belog korang jadi camni tak?
p/s: sesapa yang tahu mohon share info kat sini ;(
Assalamualaikum ^^
korang nak kad raya tak?duit raya nak tak?haaaa.meh kite join GA neh.ngeeee :)
klik SINI untuk join...
korang nak kad raya tak?duit raya nak tak?haaaa.meh kite join GA neh.ngeeee :)
klik SINI untuk join...
Assalamualaikum ^^
korang..korang..penah makan rhubarb tak???apa ke peliknya nama kan.aku pon baru kenal rhubarb neh semalam.ngeeee~tak pernah tgk rhubarb?haaaa.meh nak tunjuk :)
*ihsan encek Google
rhubarb neh actually sejenis sayuran la jugak.kalo dalam Malaysia neh biasanya terdapat kat Cameron Highland je.macam strawberry la jugak kan.tapi yang anehnya tentang pokok neh,batang je yang boleh digunakan dalam masakan.daun rhubarb neh bertoksik.batang rhubarb yang agak kemerah-merahan nie selalunya dijadikan pai,jem,jus ataupun kek.teringin nak cuba^^
p/s: segala information diatas didapati drpd rancangan 5 rencah 5 rasa di tv3 :)