4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 4

Assalamualaikum.

Sambungan daripada entri -- DAY 3 : 05 FEBRUARI 2017


DAY 4 : 06 FEBRUARI 2017

Last day dah? ohoiii! Cepatnya masa berjalan. Flight kami pukul 11 am. So masih ada masa untuk berpoya poya buat kali terakhir. Tempat terakhir yang akan kami lawati adalah Wisata Alam Kalibiru. Macam biasa pepagi sarapan dulu di hostel sebelum check out. 


BREAKFAST

Nasi Uduk (nasi lemak)  + kopi o panas


CHECK OUT




Hari ni supir kami bertukar lagi. Kali ni owner dia sendiri iaitu Pak Heru yang akan pick up kami di hostel. Janji pukul 7 am. Tapi pukul 8 am baru nampak batang hidungnya. Katanya jalan macet sebab hari isnin, orang dah mula kerja. Whatever..

Jauh jugak nak ke Kalibiru ni rupanya. Dalam 1 jam lebih macam tu baru sampai. Tempat ni tinggi dan berbukit. Nak naik ke atas tu adalah macam kena memanjat sikit. Make sure stamina korang kuat tau. Takdak lah semput macam aku nanti. hahaha. 

Kalibiru ni memang tersangatlah cantik. Pemandangannya memukau. Dikelilingi pohon yang menghijau dan lautan yang membiru. Ada banyak port yang kita boleh pilih untuk bergambar. Setiap port ni di kenakan bayaran dan harganya juga berbeza. Ada yang boleh naik sorang, 2 orang atau berkumpulan. Choose wisely okay. 

Boleh pilih nak guna dorang punya photographer atau kawan korang yang ambilkan. Dah alang alang nak naik tempat cantik ni, kami gunakan khidmat photographer sana yang lebih profesional. Dan nanti bila dah turun boleh pilih gambar mana yang korang nak. Minimum 4 keping. Nak banyak bayar lebih naa


WISATA ALAM KALIBIRU

Atas tu ada pelantar untuk bergambar nanti. Before naik dorang akan pakaikan tali keselamatan dulu. Then, panjatlah pokok tu dengan berhati hati. Dorang bagi masa 10 minit je untuk posing atas tu. Kalau tetiba korang blurr dan cuak atas tu sebab gayat, photographer tu nanti akan bagi contoh la nak posing macam mana. Ikot je lah. hahaha




Supir belanja tahu bulat. Luar biasa rasanya. Sekali makan nak lagi

Sekejap sahaja di Kalibiru, kami pon bergegas untuk ke airport. Masa dah mencemburui. Supir lambat punya pasal. Plan pon dah berterabur. Nak singgah di Pasar Beringharjo pon dah tak sempat. Last minute dah sampai airport. Nasib baik tak terlepas flight. Hmmm


YOGYAKARTA - KUALA LUMPUR

Menunggu untuk boarding



*OK. Selesai sudah pengembaraan kami di bumi Yogyakarta selama 4 hari 3 malam. It was a wonderful experience. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh repeat lagi. Next entri aku akan story segala persiapan dan perbelanjaan di sana. Stay tuned!





4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 3

Assalamualaikum.

Sambungan daripada entri -- DAY 2 : 04 FEBRUARI 2017


DAY 3 : 05 FEBRUARI 2017

Keesokan paginya kami keluar lambat sikit daripada sarang. So sempatlah nak breakfast dulu di hostel. Makan nasi goreng je bersama kopi o panas. Nasi goreng aku buat lagi sedap kot. hehehe. Hari ni kami memulakan destinasi menuju ke Hutan Pinus. Apa kau ingat hutan tak cantik? Hutan la tempat yang menenangkan jiwa dan sanubari tau.


BREAKFAST


Makan sambil menikmati view yang sangat indah ini. Gunung merapi kelihatan sangat tampan di sana. Sayangnya kelmarin ketampanannya terselindung di balik kabus tebal


Hutan pinus terletaknya agak jauh dari Edu Hostel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami melalui kawasan yang berbukit, bergaung, berhutan dan jalan yang bengkang bengkok, memang tak ubah macam jalan nak ke Balik Pulau. Opss, lupaa. Hari ni supir kami bertukar turn pulak. Dari Pak Yeosi ke Mas Deni. Nanti aku review sebagus mana service mereka ni. Stay tuned okeh!


HUTAN PINUS

Murah saja dong entrance fee nya

Buah pinus 

 Nami Island versi Jogja

Dah nama pon hutan pinus. So, ada pokok pinus je laa. Jangan nak harap ada pokok durian pulak. hahaha

Hutan ni agak la luas. Carilah port bergambar ikot suka hati korang. Sapa pon tak marah


Toilet dan surau juga ada disediakan di sini. Jangan risau


Lepas dah habis explore satu hutan ni, kami pon berangkat untuk ke next destination iaitu Pantai Timang. Jauh jugak nak ke sana. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai tertidoq jugak la kami dalam kereta. Supir pulak macam ada ketoi emas dalam mulut. Not so friendly. Sepatah tanya sepatah jawab. Langsung takdak rasa macam nak promote keindahan negara sendiri pada tourist. Kami pon dah give up nak tanya macam macam. hahaha

Sesampainya di kawasan berdekatan Pantai Timang ni, kami nak menjamu selera dulu. Katanya ada kedai yang menghidangkan masakan lobster yang tersedap di sini. So why not give it a try. Dah alang alang sampai dari jauh kan


LUNCH 

Pak Siswanto Timang Lobster. Actually dorang bukak perniagaan ni dalam rumah dorang sendiri. So ada la tv, toilet dan ruang solat semua


Hasil tangkapan mereka tak berapa bagus lately ni, so harga lobster agak mahal

Kami ambik 2 ekor je. Dan tambah sotong

Kesemuanya memang sedap belaka. Highly recommended

Lepas dah selesai makan dan solat, kami pon dah ready nak terkinja kinja di Pantai Timang. Ingatkan pantai tu dah dekat area ni. Punyalah excited nak jalan kaki. Rupanya kena naik ojek (motosikal) pulak. Then, sampailah 4 ketoi ojek depan kami semua berpakejkan driver sorang satu. Errrr. Aku macam rela je naik ojek tu sendiri daripada orang lelaki yang bawak. Geli tau. Kalau terpelok macam mana? Haram naa. hahaha. Well.. we got no choice. Redah je laaa. Yang penting jangan terpelok orang depan sudah. tskkk

Nasib la yang bawak tu sebaya adik aku ja. Baru beberapa minit naik ojek tu, aku dah rasa kesengsaraannya. Mental dan fizikal mula terganggu. Macam nak teriak dibahu adik tu. Ingatkan jalan nak ke Gunung Merapi semalam tu dah paling rare dan ngeri. Rupanya ni lagi seram oii. Dah berapa kali aku tanya adik tu bila nak sampai dan dia dengan releknya jawab 'jauh lagi kak'. Dia taktau ka yang aku kat belakang ni punya struggle namati nak balancekan diri supaya tak melampaui batas dan adab naik motor. phewww~ Sampai sampai je aku rasa macam dah takdak bontot! kahkah. Tak digalakkan la untuk wanita yang tengah mengandung dan golongan yang dah berumur. 

Haa, lupa pulak nak cerita. Masa nak beredar dari tempat ni terserempak dengan sekumpulan backpackers Malaysia yang very friendly. 3 orang. dan semuanya jejaka. Memula ingatkan jodoh tapi rupanya jodoh ke laut. hahaha. Dorang baru sampai dan baru je order makan. So tak dapat lah nak borak panjang. Kami dah nak blah


PANTAI TIMANG



Keistimewaannya Pantai Timang ni adalah gondola yang warna kuning tu. Of course la nak naik dikenakan bayaran. Penat tau dorang nak tarik kau ke sana dan ke sini nanti. Pakai tangan kot. So bayarannya agak setimpal dengan penat lelah dorang. Tapi tu laa. Aku tak naik pon. hahaha. Takot weh. Aku risau aku sampai sana tak sempat balik sini semula. Dah la tak pandai berenang. Safety jacket pon dorang tak provide. Malang tak berbau. So tak berani nak take risk. Yes, i'm not so positive person. Layan view yang indah pon dah cukup memadai bagi aku. huuuu


Acah je mampuu. hahaha

Kami semua tak naik gondola tu. Sehati sejiwa sangat kan. hahaha


Ada banyak port untuk bergambar dan ada juga yang dikenakan bayaran

Model dan photographer berpisah tiada. hahaha


Breathtaking view. SubhanAllah





Lepas dah habis mengembara seluruh pelusuk pantai ni, kami pon rasa nak balik dah. Gambar pon dah ambik berjuta lemon rasanya. Senyum pon dah mula kelat akibat bertarung dengan keletihan dan kepanasan. 

Tetiba.. eh, terserempak lagi dengan group yang jumpa di tempat makan tadi. Dorang baru sampai. Sempatlah jadi model tak berbayar kejap. Dah ada orang offer nak ambikkan gambar kan. Layankan je laa. hahaha. Thanks ye Munir dan kengkawan! korang sporting banget


cc to photographer ohsem

Lepas dah melalui liku liku kesakitan bontot untuk kedua kalinya, kami pon bergerak untuk ke destinasi seterusnya. It was such a great experience visiting this place. Bila lagi nak merasa benda yang rare macam ni kan. hahaha

Mengikut itinerary, kami sepatotnya singgah di Bukit Bintang untuk melihat sunset. Namun disebabkan ada masalah komunikasi dengan supir kami, lokasi tu terbatal dengan sengaja. Hampa juga rasa hati ni. Nasiblah keadaan cuaca masa tu macam tak berapa elok dan sunset mungkin tak kelihatan. Kalau tak, nak je suruh supir tu patah balik jugak jugak jugak

Dengan bertemankan suasana yang begitu krik krik krik dalam kereta, kami semua ketiduran. Entah kenapa tetiba emosi supir kami seperti terganggu dan kerjanya jadi tak profesional. Putus cinta barangkali. hmmm. Sebelum sampai hostel, kami singgah sekejap di kilang menjual bakpia. Bakpia sangat terkenal sebagai ole ole khas jogja. Bakpia ni sejenis kuih yang dalamnya ada inti pelbagai. Yang biasa ada inti kacang hijau. Enak kalau dimakan panas panas


BAKPIA PATHOK (OLE OLE KHAS JOGJA)

Lokasinya di Jalan Ngasem

Bakpia premium ni adalah yang berinti selain daripada kacang hijau

Sesak dengan pelanggan

Bakpia yang biasa ni ada 2 jenis. Bakpia pathok 25 dan bakpia pathok 99. Bezanya dua nombor ni adalah pada saiznya. Bakpia pathok 25 bersaiz kecil, manakala bakpia pathok 99 bersaiz besar

Yangko ni macam kudapan atau manisan

Abon = serunding

In the making of bakpia. Sebab tu kalau datang sini boleh dapat yang fresh dan panas panas lagi

Haaa macam ni lah rupanya. Boleh bawak balik Malaysia sebagai ole ole

Malam tu kami lepak lepak atas rooftop hostel sambil layan angin malam. Tengah rancak berborak, suddenly ada beberapa orang jejaka misteri menegur kami dalam kelam malam. Surprisingly, dorang ni pon backpackers Malaysia yang baru sampai Jogja. 3 orang jugak. So we start to ice breaking. Introducing each other. bla bla and bla. Hamboi, dah kenapa kerap pulak jumpa orang Malaysia ni. Suratan atau kebetulan? hahaha

Sebenarnya malam tu kami nak ke Jalan Malioboro untuk kali keduanya. Nak shopping perabih duit, since malam tu dah last kan. Besok tu dah nak balik. Malangnya malam tu ada festival apa entah. So jalan tu ditutup. Terpaksa tukar plan.


Macet (traffic jammed)

Hampa dan kecewa rasanya tak dapat nak shopping. What to do. Terpaksa lah bawa diri ke tempat lain. Since malam kami belom makan lagi, so cari tempat makan dulu. Dengan bantuan supir teksi, kami tanyalah tempat makan mana best yang dekat dekat je.


DINNER

And finally he stop in front of this restaurant. Dekat je sebenarnya daripada hostel tapi lambat sampai sebab jalan macet

Not bad

Rahsia awet muda orang Jogja

Lepas dah kenyang, kami ingat nak mengopi la for the last. Kami pon start la google mana cafe yang best berdekatan restoran Lombok Idjo ni. Jumpa! maka dengan rasa keterujaan tahap kuasa dua kami pon decide untuk jalan kaki je ke tempat tu. 

Destinasi yang dituju adalah kedai Cerita Kopi. Dengar nama je pon dah rasa menarik kan. Sebenarnya macam bahaya jugak jalan kaki malam malam ni. Dah la kami semua ni perempuan melayu terakhir. Kalau bad things happen, tak dapet nak nolongnya. Nasiblah Allah lindungi kami malam tu. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke tempat yang dituju.

Sesampainya depan kedai tu, semua mata terbeliak tengok signboard 'CLOSED'. hahaha. Taktau nak response macam mana masa tu. Nak gelak ka nak teriak ka. Kaki pon terus rasa sakit. Tapi hati ni lagi sakit oii. Kami pon dah give up nak cari kedai lain. Terus tahan teksi dan balik hostel! kihkih



*Malam tu semuanya pakat tidoq lambat sebab sibuk packing baju dan kemas bag semua. Besok dah nak check out weh! sobssss. Good night. Entri Day 4 akan menyusul. See you soon. K baii




4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 2


Assalamualaikum.

Sambungan daripada entri -- DAY 1 : 03 FEBRUARI 2017


DAY 2 : 04 FEBRUARI 2017

Bismillah. Maka bermulalah hari kedua kami di bumi Yogyakarta. Bangun seawal 3 pagi tau. Pukul 4 pagi supir dah terpacak depan hostel. Kami akan bertolak ke Gunung Merapi untuk meyaksikan keindahan sunrise. Selepas dalam sejam perjalanan, kami pon sampai ke tempat untuk menyewa jip. Nak naik ke tempat tu memang perlu naik jip okay. No excuse. Sebab hanya jip yang mampu meredah jalan yang penuh onak dan liku tu. hahaha

Selesai solat subuh di masjid berdekatan, kami pon bertolak untuk ke Gunung Merapi. Dalam satu jip boleh muat 5 orang termasuk pemandu. Jangan risau, jip ni dipandu oleh supir yang terlatih. Perjalanan ambil masa dalam hampir sejam jugak.

Jangan mimpilah nak snap gambar atau record live video ke apa. Macam naik roller coster kot. Bergetar habis tulang rusuk. Dan jangan terkejut monyet pulak kalau terdengar suara orang mengilai, menjerit, ketawa dan sebagainya. Itu perkara normal. hahaha. Time tu lah kau rasa macam nak menyumpah sangat. Nasiblah daya ketahanan fizikal kami ni agak kuat. Kalau tak dah lama terpelanting keluar jip. kihkih. Permukaan jalan berbatu dan berlopak dalam. Hanya yang expert je boleh drive melalui kawasan ni

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai dengan selamat. Keadaan masih gelap. Cuaca sangat sejuk dan berangin. Tunggu dan tunggu. Akhirnya matahari mula menampakkan diri. SubhanaAllah. Sunrise tak pernah mengecewakan walau berlainan negara. Memang sangat indah ciptaan Allah. Berbaloi lah bersakit sakit punggung tadi. Lemak pon dah banyak  yang terbako. kihkih.




SUNRISE DI GUNUNG MERAPI


Adakah kita memandang sunrise yang sama?. Tapi awak di mana? Eh..


Bumi Yogyakarta tersergam indah

Namun agak mengecewakan sedikit bila puncak Gunung Merapi sepertinya malu malu untuk menonjolkan diri. Berselindung di balik kabus tebal. What to do. Bukan rezeki kami hari tu.




Cantiknya bunga Eldeweis ni. Sangat familiar dalam kalangan pendaki gunung

Jip pon pandai posing. Seksi gitewww. Puncak Gunung Merapi di belakang sana masih jua tak kelihatan. hmmm

Kasican lah ahkak nak posing jugakkk



Lepas dah selesai cuci mata dan bergambar. Kami pon ke tempat lawatan lain yang berada di sekitar Gunung Merapi. 



BATU ALIEN

Tempat singgahan pertama. Batu Alien

Batu ni terdampar di sini terbawa oleh arus dari kesan letusan gunung merapi. Batu ni juga dikatakan aneh dan pelik sebab memiliki wajah manusia yang kelihatan seperti tengah bersedih. Nampak? Tengok depan mata memang tak perasan. Tapi dalam gambar sangat jelas






RUMAH TERKESAN DARIPADA LETUSAN GUNUNG MERAPI

Tempat singgahan kedua kami adalah di rumah yang musnah akibat letusan gunung merapi

Gunung Merapi ni merupakan gunung berapi yang paling aktif sekali di Indonesia. Gunung ni dikatakan sangat berbahaya sebab boleh meletus antara 2 hingga 5 tahun sekali. Sejak tahun 1548, gunung ni dah mengalami eruption sebanyak 68 kali. Kali terakhir eruption adalah pada tahun 2010

Antara peralatan yang musnah



Habis meneroka di Gunung Merapi, kami pon turun dan meneruskan perjalanan seterusnya. Perot pon dah berdondang sayang akibat tak breakfast dari pagi lagi. 



LUNCH

Lunch di sini. Atas suggestion supir kami

Suasana agak nyaman dan tenang. Di kelilingi kolam yang penuh dengan ikan ikanan

Nasi goreng special bersama jus alpukat. Rasa biasa2 je. Just nice


Setelah perot kenyang diisi, kami ke destinasi seterusnya iaitu Candi Borobudur. Ramainya manusia taktau nak habaq. Sebab weekend kot. Jadi ramai yang datang berlibur



CANDI BOROBUDUR




Lihatlah betapa ramainya manusia kan. Photobomb di mana mana








Setiap dinding di candi ni ada ukiran memasing yang berlainan dan mempunyai maksud tersendiri


Gambar ni diambil oleh Remi Ishak versi Jogja. Sebijik weh samaa. muahaha




Candi Borobudur ni sangat laaa luas. Penat jugak la pusing sana sini. Berpeloh peloh oii sebab cuaca yang agak panaih dan jugak bersesak sesak dengan orang ramai. Lepas dah habis explore, kami pon berangkat lah ke tempat lain pulak. Nak keluar daripada candi ni pon masih kena bersesak dengan penjual yang menjual segala mak nenek souvenier. Nak membeli belah di sini pon boleh tapi harganya agak mahal daripada di Candi Prambanan.



GEREJA AYAM

Masih ingat scene ni dalam AADC2? 

Gereja Ayam ni terletaknya atas bukit. So daripada bawah tu boleh pilih nak naik jip atau berjalan kaki. Bukitnya agak curam. Kami pilih naik jip je la. Dah la penat dan panaih, tak sanggup nak hiking pulak

Kawasan dalam badan ayam tu

Perlu naik tangga ni untuk ke puncak kepala ayam tu. Naik kena ikot turn. Sangat la sempit weh. Sila hati hati lah ye

Masa ni belom ramai orang lagi. So boleh laa posing dengan tenang walaupun terpaksa menyengkang mata tengah panaih. The best time untuk datang sini adalah pepagi buta sebab sejuk dan boleh tengok sunrise

Dan beberapa saat kemudian, penuh oii. Muka memasing pon dah capek. hahaha. Tak boleh lama lama atas ni. Ada orang lain lagi menunggu kat bawah dan tempat agak limited. Selesai bergambar, kami pon blah la. Ketiak pon dah belengaih. Jom balik hostel rehat!

Traffic jam. Waktu puncak ni. Jalan di sini agak sempit dan kenderaan banyak. Cara dorang drive agak mengerikan. Main hon sesuka hati dan cilok mencilok macam perkara biasa

Kalau berhenti di traffic light, selalunya akan ada penjual yang berjalan kaki ke setiap kenderaan menjual barangan mereka. Nampak macam bahaya. Tapi mungkin undang undang membenarkan mereka untuk mencari rezeki seperti itu

Kebutuhan tu maksudnya keperluan. Jangan macam macam naa



DINNER

Pekena ayam penyet dan pecal leleh pulak malam ni. Sedap weh. Sambai dia memang kaw. Warung ni berdekatan dengan area Edu Hostel. So kami jalan kaki je ke sini.



MAKAN AIS KRIM DI TEMPO GELATO

Dah makan nasik terasa nak makan dessert pulak. Hunting for ice cream! Kami naik teksi untuk ke Tempo Gelato

Tempo Gelato ni juga merupakan lokasi yang terlibat dalam pembikinan filem AADC2

Tempat best memang selalu ramai pelanggan

Kedai ni betol2 berhadapan dengan Hotel Pandanaran. Landmark bagi yang first timer

Pelbagai flavor ice cream yang ada. Confuse nak pilih


Oreo mix with raspberry. Sedappp!




MENGOPI DI SELLIE COFFEE

Masih ingat apa yang di bilang Cinta ke Rangga? "Rangga.. apa yang kamu lakukan ke saya itu JAHAT". JAHAT JAHAT JAHAT

Dah dapat ice cream terasa nak mengopi pulak. hahaha. Kami jalan kaki je dari Tempo Gelato untuk ke sini. Sebab dah tak jauh. Boleh guna waze atau google maps atau tanya orang je

Dah tentu la yang famous di sini adalah kopi kan. Dan juga ubi kayu rebus. Gabungan kopi dengan ubi kayu memang meletops. Mocha dia memang superb. Terbaik dari ladang




Siap pakej sekali dengan biskut 2 keping. Ada tuu belakang cawan. Antara kopi dan saya, awak pilih mana? krik krik



MALIOBORO STREET

Bila perot dah terisi, rasa nak jalan jalan sambil cuci mata lah pulak. Ambil teksi untuk ke sini. Malioboro street ni memang tersangatlah meriah waktu malam. Macam pasar malam. Tak sempurna lah trip ke jogja korang kalau tak singgah sini. Boleh shopping, boleh makan. Nak jalan jalan area sini kena lebih berhati hati. Galas beg kat depan tau untuk elak dicopet (diragut). 

Tengah jalan sedap sedap tetiba bunyi kringgg kringgg kereta kuda nak lalu. Laluan pejalan kaki tu jugaklah laluan kuda. Kiri kanan dah penuh dengan pelbagai gerai jualan. Boleh bayangkan tak meriahnya macam mana. Kalau di Malaysia nak jumpa kuda sekoq pon susah. Tapi di Yogyakarta ni bersepah atas jalan. hahaha. 



Jom makan kepci!




*Dah habis meronda dan cuci mata, maka mata pon dah nampak katil. Kami balik ke hostel jalan kaki je dengan menggunakan google maps. Ada lah dalam belasan minit jugak kot nak sampai. Exercise katanya. hahaha. Selamat malam! Selesai Day 2. Tunggu Day 3 pulak ye. K baiii