4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 4

Assalamualaikum.

Sambungan daripada entri -- DAY 3 : 05 FEBRUARI 2017


DAY 4 : 06 FEBRUARI 2017

Last day dah? ohoiii! Cepatnya masa berjalan. Flight kami pukul 11 am. So masih ada masa untuk berpoya poya buat kali terakhir. Tempat terakhir yang akan kami lawati adalah Wisata Alam Kalibiru. Macam biasa pepagi sarapan dulu di hostel sebelum check out. 


BREAKFAST

Nasi Uduk (nasi lemak)  + kopi o panas


CHECK OUT




Hari ni supir kami bertukar lagi. Kali ni owner dia sendiri iaitu Pak Heru yang akan pick up kami di hostel. Janji pukul 7 am. Tapi pukul 8 am baru nampak batang hidungnya. Katanya jalan macet sebab hari isnin, orang dah mula kerja. Whatever..

Jauh jugak nak ke Kalibiru ni rupanya. Dalam 1 jam lebih macam tu baru sampai. Tempat ni tinggi dan berbukit. Nak naik ke atas tu adalah macam kena memanjat sikit. Make sure stamina korang kuat tau. Takdak lah semput macam aku nanti. hahaha. 

Kalibiru ni memang tersangatlah cantik. Pemandangannya memukau. Dikelilingi pohon yang menghijau dan lautan yang membiru. Ada banyak port yang kita boleh pilih untuk bergambar. Setiap port ni di kenakan bayaran dan harganya juga berbeza. Ada yang boleh naik sorang, 2 orang atau berkumpulan. Choose wisely okay. 

Boleh pilih nak guna dorang punya photographer atau kawan korang yang ambilkan. Dah alang alang nak naik tempat cantik ni, kami gunakan khidmat photographer sana yang lebih profesional. Dan nanti bila dah turun boleh pilih gambar mana yang korang nak. Minimum 4 keping. Nak banyak bayar lebih naa


WISATA ALAM KALIBIRU

Atas tu ada pelantar untuk bergambar nanti. Before naik dorang akan pakaikan tali keselamatan dulu. Then, panjatlah pokok tu dengan berhati hati. Dorang bagi masa 10 minit je untuk posing atas tu. Kalau tetiba korang blurr dan cuak atas tu sebab gayat, photographer tu nanti akan bagi contoh la nak posing macam mana. Ikot je lah. hahaha




Supir belanja tahu bulat. Luar biasa rasanya. Sekali makan nak lagi

Sekejap sahaja di Kalibiru, kami pon bergegas untuk ke airport. Masa dah mencemburui. Supir lambat punya pasal. Plan pon dah berterabur. Nak singgah di Pasar Beringharjo pon dah tak sempat. Last minute dah sampai airport. Nasib baik tak terlepas flight. Hmmm


YOGYAKARTA - KUALA LUMPUR

Menunggu untuk boarding



*OK. Selesai sudah pengembaraan kami di bumi Yogyakarta selama 4 hari 3 malam. It was a wonderful experience. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh repeat lagi. Next entri aku akan story segala persiapan dan perbelanjaan di sana. Stay tuned!