::Penyanyi Korea, Kim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos::

Assalamualaikum ^^

korang..korang..minat k-pop tak? minat citer boys over flower tak? minat Kim Hyun Joong tak? hehehe.ada berita baik neh nak kongsi !!jom baca :)

Penyanyi Korea, Kim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos

Kim Hyun Joong

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga anggota kumpulan K-Pop, SS501 iaitu Kim Hyun Joong, 25, bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan bagi mempromosikan album mini pertamanya iaitu Break Down.

Album yang telah berada di pasaran sejak Julai lalu itu mengandungi lagu-lagu seperti Intro (Let Me Go), Please, Kiss Kiss dan Yes I Will.

Sejak dipasarkan di Korea pada 8 Jun lalu, album tersebut telah mencatat jualan lebih 100 ribu unit di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu.

Kim juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di program televisyen Music Bank di KBS2 menerusi lagu Break Down.

Ketua kumpulan SS501 ini mula mencuri perhatian peminat di seluruh Asia menerusi lakonannya sebagai Yoon Ji Hoo dalam drama bersiri Boys Over Flowers (2009).


p/s: encem kan dia..kan?ngeeee~

sumber: mStar Online

Comments

  1. nak jumpa diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !
    hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih