­

::nak pahala tak???::

July 15, 2011

Assalamualaikum ^^

korang tau tak tiga bulan yang paling mulia diantara 12 bulan dalam bulan Islam adalah bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.bulan Rejab dah pon berlalu pergi.skang neh kita dah berada dalam bulan Syaaban.kalau kita perbanyakkan amalan sunat seperti puasa dalam bulan nie insyaAllah akan peroleh pahala yang berlipat ganda.

keagungan bulan Syaaban adalah pada malamnya dengan malam Nisfu Syaaban,sepertimana keagungan bulan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya,dan keagungan bulan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.

antara amalan2 yang boleh kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban (malam ke-15 dalam bulan Syaaban) :

-apabila selesai sembahyang maghrib hendaklah dibaca Yasin dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah,kemudian dibacakan doanya.kemudian dibacakan Yasin pula untuk kali keduanya dengan niat diluaskan Allah rezeki yang halal dan diberkati-Nya,kemudian lalu dibacakan doanya.kemudian dibacakan Yasin untuk kali ketiganya pula serta dengan niat minta ditetapkan iman dan mati dalam iman,kemudian dibacakan doanya.

-banyakkan beristighfar

-mohon keampunan kedua ibu bapa

-mohon keampunan dan taubat diri

-membaca Al-Quran

-membaca Tasbih

-membaca selawat ke atas nabi

-membaca zikir Allah

-solat2 sunat

p/s: beramallah menurut keimanan masing2.kalau tak dapat buat semua janganlah pulak ditinggalkan semua.rebutlah peluang yang ada untuk beribadah kepada Allah.cariklah sebanyak mungkin pahala untuk bekalan di Akhirat yang kekal abadi.semoga kita berada dalam keredhaan Allah selalu :)

sumber: kitab fadhilat Rejab,Syaaban,Ramadhan.

You Might Also Like

2 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS