Wanita Yang Tak Patot Dikahwini
April 28, 2012Assalamualaikum ^^
hai korangggg ! hari nie mood aku sangat baik kot ! sebab tuh rajin je update belog.takmo bohsan bohsan baca eh.ngehehehe.ok ok .dengan berbekalkan semangkuk vege porridge depan mata, maka jari jemari yang halus lagi mulus mula menari nari memulakan sebuah entri.
klik SINI untuk mencuba resepi vege porridge :)
wahai insan insan yang bergelar lelaki di luar sana, janganlah engkau kahwini wanita yang ananah, mananah, hananah, hadaqah, basaqah dan syadaqah.ada apa dengan 6 sifat wanita ini ?
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberikan atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan
tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa
suami, sebaliknya mendabik dada bahawa dialah yang banyak berkorban untuk
membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan
untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik
dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya. selain itu wanita ini suka mengikut
nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja
dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suaminya dahulu yang handsome
sehingga sekarang sudah botak.huhuhu
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna :
Pertama : wanita sebegini yang suka bersolek dan
menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk
ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk
membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka
dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan
menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi
dirinya.
Kedua : dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : wanita yang banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi. sebaliknya hanya menjadi tukang sibuk dan komen saja.
sumber : iluvislam
2 comments
nice sharing..
ReplyDelete@mr.dinie : tenkiuuu :)
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih