­

Resepi agar-agar bandung

April 17, 2012

Assalamualaikum ^^


hyeppp korang ! disebabkan hari nie aku terlebih rajin di dapur.makanya, aku dengan berbesar hati nak share dengan korang resepi agar-agar bandung.dah lama tau tak update resepi-resepi masakan dalam belog.sila lah suka sambil terkinja-kinja.hahaha.

sekarang kan musim panas.kalau layan perot dengan agar-agar sejuk time-time tengahari cenggini memang superb abes wooo ! hehehe.nak buat memang tak susah ! :D




 
*walaupun rupanya tak cun sangat tapi rasanya memang meletopsss ! (maaf sebab terpuji masakan sendiri) cari acuan bunga ros tak jumpa.ikan pon ikah lah.ikan kaler pink.muahahaha :p




Bahan-bahan : 

1 paket agar-agar (12 gm)
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air
2/3 titik pewarna merah
1 titik esen ros


Cara-cara membuatnya : 
  
1. Masukkan agar-agar yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk. Masukkan air dan didihkan hingga agar-agar cair.

2. Masukkan gula pasir. Biar hancur. Masukkan pewarna merah, susu cair dan esen ros.

3. Kacau sebati dan didihkan. Matikan api dan tapiskan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

*SIAPPPPP ! senang giler kan.sila lah cuba dirumah :)




You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS