­

cendawan ada ubi ?

April 02, 2012

Assalamualaikum ^^

hyeeee uolssss ! jappppppp ! jangan tido lagi tau.meh baca dulu entri malam nie.hehe.korang pernah makan cendawan tak ? konfem la pernah kan.buat-buat tanya pulak.huhu.ubi cendawan pernah makan tak ? errrrrr~ mesti semua tengah pikir panjang neh.ada ke cendawan yang ada ubi.kalau keladi tu ada lah kan.

haaaaa.meh nak kasi korang berilmu sikit bab-bab cendawan neh :) jom skrol ke bawah ..


-
-
-
-
-
-
-
-

Cendawan Susu Rimau




Nama Tempatan:Cendawan susu rimau
Nama Saintifik:Lignosus rhinocerus
Nama Lain:Cendawan susu harimau, kulat susu rimau.
Famili:
Lokasi dijumpai:Seluruh Malaysia
Asal:


Keterangan:

Cendawan susu rimau atau cendawan susu harimau (Lignosus rhinocerus) merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita.  Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.  Ubi (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya.  Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar.

 

Kegunaan:

Cendawan susu rimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan.  Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.  Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan.  Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah dara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.  Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, ashma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.



sumber : www.melur.com



You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS