Tercekik Ikan Puyu
April 22, 2012Assalamualaikum ^^
ISMAIL menunjukkan bangkai ikan puyu yang melompat masuk ke dalam mulut cucunya di Machang, Kelantan semalam. |
KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.
Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.
Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.
Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.
Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.
“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.
Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.
*masyaAllah.. seram bunyiknya.kesian kat adek tuh.harap-harap dia cepat sembuh.adek-adek yang lain tuh nanti kalau nak main ikan apa-apa pon hati-hati la eh.tutup mulut rapat-rapat tau.jangan kasi ikan tuh lompat masuk mulut :)
sumber : Kosmo
2 comments
aduss... xleh bayangkan! ngeri tol.
ReplyDelete@Cik Asma BLuppy : tau xpe ! jadi seriau nk pegang ikan hidup2.huhuhu
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih