apa yang perlu ada dalam sesebuah belog

April 11, 2012

Assalamualaikum ^^


mood sangat ceria hari nie.walaupun lagu yang tengah berkumandang dalam belog nie memang sumpah sedih dan tacing nak mampos.pedulikan jek eh.aku dengan berbesar hati nak share tips berguna untuk korang tersayang ! walaupun masih merangkak-rangkak dan terkedek-kedek untuk maju dalam dunia belog tapi aku nak jugak bagi tips neh.berlagak macam blogger otai pulak kan.tak heran tak heran.hahaha.

bukan senang taw untuk dikenali ramai dengan hanya 2,3 bulan berbelog.banyak dugaan kot ! sudah sudah.takmau berceloteh panjang lebar sangat.jom proceed kepada tips apa yang perlu ada dalam sesebuah belog :D



(1) Kandungan entri belog tersangatlah penting

- biarlah belog korang tu tak kawai, tak cantik, simple gila pon, tapi asalkan entri-entri korang meletopss kebaboommm ! sure belog korang akan selalu dikunjungi.belog ni boleh lah diibaratkan seperti buah manggis.walaupun kulit nampak macam buruk, kotor, keras, hitam tapi isi kat dalam putih melepak, lembut, manis.kalau hias cantik-cantik pon belog tuh tapi kalau asyek yang ada entri 5,6 bulan lepas punya.tu pon cerita pasal mengumpat jiran sebelah.if traffic belog korang menurun jangan lah mengamok tak tentu hala pulak eh.ngehehehe :p



(2) Penulisan haruslah senang difahami

- biar skema takpe.tulis sebijik-sebijik ayat tuh.biar orang yang nak baca neh faham.jangan guna short form terlalu banyak sampai tak faham ape.contohnye : ak sk ar tgk org mncg ptg2 kat tsk dpn umh ak.korang faham ke? kalau yang suka menggunakan otak segigihnya untuk berfikir memang dia akan faham larr.tapi readers selalu baca entri-entri neh nak santai-santai jew.takmau pening-pening kepala pon.



(3) Jangan letak widget yang tak penting terlalu banyak

- kadang-kadang widget-widget nie banyak annoying je taw.asyek sangat dok tengok widget yang ada menari-nari, melompat-lompat, terkinja-kinja sampai terbabas nak baca entri korang.last-last dorang blah gitu jer.hahaha.sapa yang rugi ? :)



(4) Kalau boleh selitkan gambar dalam entri

- gambar ni penting jugak taw.at least orang akan faham entri korang ni sebenarnya pasal apa.kalau post entri tentang resipi, cer letak gambar masakan tu sekali.biar orang terlopong dan terliur nengoknye.sure nanti dorang pon nak cuba resipi tuh.hehehe.tapi janganlah pulak korang letak gambar buaya tapi citer pasal kucing.poning-poning =_='



(5) Pilih font yang betol

- biar tulisan belog korang nampak jelas dan kemas.jangan pilih font yang bersambung-sambung dan serabut.terkebil-kebil nak baca nanti.huruf P jadi Q ke, L jadi I ke, M jadi N ke.tak ke tunggang langgang ayat korang nanti.



cukuplah kot setakat nie.ikot suka korang lah nak ikot ke tak.itu kan hak korang."belog aku punya pasal aku lah kan".hahaha.cer usha belog BEN ASHAARI & YUYU ZULAIKHA, simple tapi superb okeh !.faham-faham je la eh :)


*selamat maju jaya dalam berbelog

You Might Also Like

4 comments

  1. betul2....cik hana suka kalau blog yang simple dan entry dia takder short font yg pelik2 mcm "aq=aku" ,"nak=na" , "sayang =cayunk" naik juling biji mata nak paham...kehkeh

    ReplyDelete
  2. kelakar la tp berinformasi..hehe..mmg leceh baca yg letak short2 tu.eja salah,suruh masuk tadika balik la..

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips, dah follow your blog too..happy blogging ^_^

    ReplyDelete
  4. Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu.

    Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.

    Saya pernah memenangi acara lompat dan lari dalam guni semasa darjah 2. Pernah makan burger dengan kawan-kawan sambil sengih sebab terlupa tutop zip.

    Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


    Ehhhhh…. Silap komen ke ni.. ;p

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS