Rempah TerMAHAL Didunia !
April 23, 2012Assalamualaikum ^^
Tahukah korang rempah apakah yang paling termahal didunia ? haaaa.kalau korang tengok rancangan masakan 5 Rencah 5 Rasa tadi kat TV3 pukul 11.30 pagi sure korang tahu punya apadia.huhuhu.aku pon ada belajar jugak masa study dulu bab jenis-jenis rempah nie.then, ada la info sikit-sikit.nak tahu ? meh nak kabo kat korang semua :)
Inilah rupa bunga Saffron. Secantik rupanya, semahal harganya. |
Saffron berasal dari perkataan Arab, ‘Za’faran’ bermaksud kuning dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ‘Koma-Koma’. Sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan antara khazanah alam termahal di dunia. Terkenal sejak ribuan tahun dahulu dalam perubatan, wangian, pewarna dan perasa. Saffron atau koma-koma merupakan sejenis rempah dan nama sainsnya adalah Crocus sativus. .
Adalah sangat menarik untuk diketahui bahwa hanya 5 hingga 7 kilogram saffron kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sekuntum bunga saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Bayangkan lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan untuk mendapatkan 1 kg saffron kering. Sebab itulah saffron tergolong antara bahan yang termahal di dunia.
Untuk menghasilkan rempah saffron, stigma ini perlu dikeringkan. Untuk mendapatkan 0.45 kg saffron, 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan. Memandangkan penghasilannya memerlukan kuantiti bunga, tenaga dan kos yang banyak, tidak hairanlah harga rempah ini boleh mencecah RM 3,500 ke RM 35,000 sekilogram.*pengsan !
Saffron juga digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Saffron juga digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر
Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
Pekerja sedang mengutip bunga Saffron diladang. |
Pekerja sedang mengasingkan filamen Saffron daripada bunganya. |
Filamen Saffron yang telah siap diasingkan. |
*So, mampukah kita membeli rempah termahal didunia ini??? insyaAllah kalau ada rezeki kan.hehehe :D
sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Safronhttp://syams-gold.blogspot.com/p/saffron.html
http://deardiary.azhira.com/?p=302
4 comments
patut jugak harga dia mahal..huhu..
ReplyDelete@azam : samalah ! tak mampu jugak.huhuhu
ReplyDelete@Kathy Tuah :itulahhh ! :D
ReplyDeleteSalam, saya ade menjual saffron dr iran grade 1, dengan harga yang murah. Jika berminat sila email saya di nellyaikha@ymail.com
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih