'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza

August 18, 2011

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah.kalo kita dah dimurahkan rezeki oleh Allah,maka eloklah kita gunakan untuk tujuan yang baik kan.yang penting harus selalu bersyukur diatas segala nikmat daripada-Nya.lagipon harta kekayaan tu hanyalah pinjaman dunia semata-mata.bila2 masa je Allah boleh tarik balik.jadi,kalo dah berada diatas tuh jangan pulak lupa yang dibawah yer :)



'Tak Lengkap Kalau Tidak Ke Mekah' - Siti Nurhaliza

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Siti dan suami akan mengerjakan umrah di Mekah pada 19 Ogos ini. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah.

“Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.

Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

Siti menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah.

Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.

“Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

“Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini. Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid.

“Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya.

Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut.

“Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.

Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.


sumber : mStar Online

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau sy kaye sy nk jdi cm dye blh x ??? :)

    ReplyDelete
  2. @aimi adilah : wahhh.dah ade niat tuh :) insyaAllah dear^^ who knows kan one day nanti boleh jd cam die :)

    ReplyDelete
  3. kalau mampu memang takder masalah pun..

    ReplyDelete
  4. @mr.dinie : bila ada rezeki nti leh la pegi kan.insyaAllah :)

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS