entri berbaur cinta :)

August 18, 2011

Assalamualaikum ^^

korang pernah bercinta?majoriti pernah kan.aku pon pernah.sekiranya manusia meletakkan cinta sesama manusia yang teratas,maka dia akan lupa kepada Allah.hakikat yang sebenarnya cinta kepada Allah adalah cinta yang teragung, termulia & terpuji berbanding cinta2 yang lain.

satu ketika dulu (cewahhh ayat keklasikan la plak.hehehe),aku pon pernah bercouple,berdating,berdua-duaan,bergayut-gayutan,berwayang-wayangan siang malam (nasib baik tak terlanjur lagi beb).masa kuar dating pulak,si lelaki jarang mengingatkan aku tentang solat.dua2 lupa & alpa.mabuk cinta lah katakan.kitorang tak sedar setan yang dilaknat Allah sentiasa ada menemani kitorang dengan setianya.

malam2 pulak,bergayut 3,4 jam dalam telepon.berbual kosong tanpa tujuan."sy syg awk"," sy rindu awk". perkataan2 tuh dah macam melekat kat bibir kitorang.padahal kitorang tak sedar setan2 terkutuk tengah ketawa berdekah-dekah dihujung talian sebab manusia2 lalai neh dah jatuh ke perangkap dia.

sampai lah satu saat,kitorang putus !!.akibat si lelaki telah curang !!.kecewa macam nak mampos.bazirkan air mata bertimba-timba.aku pon terpikir betapa aku dah buang masa bercinta dengan manusia !! sedangkan Allah yang memberi segala-galanya.tiap nafas yang kita tarik & hembus adalah milik Allah.segala isi dunia nie hanyalah pinjaman.bila2 masa je Allah boleh tarik balik.

disebabkan si lelaki tu bukan daripada kalangan insan2 yang baik,maka Allah telah jauhkan antara aku & dia.Alhamdulillah.kadang2 kita tak sedar kita dah banyak buat dosa.hinggalah Allah sedarkan kita dengan musibah2.kerana terlalu mengejar kebahagiaan di dunia kita lupa bahawa bahagia yang hakiki hanyalah di Syurga.

p/s: kalo dah suka masok aje meminang.pastuh,kawen kan.
moga terpelihara drpd godaan syaitan laknatullah:)



CINTA YANG TERAGUNG ADALAH CINTA KEPADA ALLAH :)


Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluq-NYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.




Hadis riwayat Anas radhiAllahu 'anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." - [Shahih Muslim No.60]   



sumber : iluvislam.com

You Might Also Like

2 comments

  1. btl entry ni...btl sgt2... like berjuta2 lemon entry ni :)

    ReplyDelete
  2. cinta yg kekal adalah apabila kdua2 pasangan mcintai Tuhan.

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS