­

::revolusi kad raya::

August 05, 2011

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa kan.kejap sangat rasanya.selalunya time2 macam nie kalau zaman2 hingus meleleh dulu dah sibuk pegi kedai carik kad raya.tiap2 kali raya mesti bagi kad raya kat kengkawan kat sekolah & juga pos ke kawan yang dok jauh2.sanggup berhabis duit woooo bab2 kad raya neh.apa2 pon memang sonok !! kumpul banyak2,lepas tuh gantung dalam bilik buat koleksi.bajet nak bagi sedara yang datang umah nanti baca lah kononnya.hahaha.

kalo dah kat kedai tuh,rambang mata lah pulak.macam2 jenis & design kad raya yang ada.versi sopan-santun pon ada,versi kartun kelakar gila pon ada,upin-ipin lah.yang mahal ada,murah pon ada.kalo bab2 pos untuk orang jauh2 neh kasik yang mahal sikit.baru special.hehehe.tapi harga tak boleh melambangkan keikhlasan si pemberi kan.semua sama je :)

tapi sejak zaman teknologi dah canggih & superb neh.orang dah tak main kad2 raya.dah ada fesbuk,belog bagai.orang main tempek2 situ lah.jauh ke dekat ke semua dihujung jari kan.jimat pon jimat.ada yang bagi sms je melalui handphone masing2.tapi kalau dapat kad raya dari tangan ke tangan lagi excited taw.baru terasa mood raya tuh.hehehe.

tapi apa boleh buat kan.kita hidup selaras dengan kemajuan teknologi.kalo tak manfaatkan IT orang kata kita neh ketinggalan zaman lah pulak kan.huhuhu.tapi kalau ada sesapa yang nak kasik kad raya kat miss hearty amatlah dialu-alukan.ngeeee~ boleh la pm difesbuk yekk untuk dapatkan alamat umah.hahahahaha. ^^

* ihsan encek Google

You Might Also Like

7 comments

  1. rindu sgt nak dpt kad raya mcm dulu2. sobs. =(

    dunia IT ni x best.

    ReplyDelete
  2. awak nak kad raye dr sy x?? heee.. nnt sy wat GA kad raya jgn lupe join ye..nnti boleh la dpt kad..heee

    ReplyDelete
  3. salam...

    sejak perkembangan teknologi internet ni..jarang dah guna kad2 ni..

    tapi tahun ni nak guna balik la kad2 raya tu//


    tq singgah komen di blog saya

    ReplyDelete
  4. da xpat kad raya da lg..huhu..asyik dpt sms je

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS