::inilah kisah sedihku::

March 17, 2011

weeeee~excited nk join contest neh.kalo korang pon nk join klik kat sini eh.



Syarat dan peraturan/butir2 penyertaan:


1. Korang wat satu entry yang bertajuk "Inilah kisah sedihku". Dan letakkan banner ni kat entry tu dan linkkan ke sini.
2. Korang tulis tajuk cerita korang sebelum memulakan cerita korang.
3. Tinggalkan link korang kat komen bawah.
4. Panjang cerita korang boleh melebihi 100 perkataan. "Nak panjang macam novel pun boleh"
5. Cerita tu boleh rekaan ataupun betul. "Asalkan sedih sampai Adib n pembaca meleleh air mata"
6. Bukan follower pun boleh join.. "follower digalakkan supaya senang connect".
7. tag dua oang kawan korang...
8. tarikh tutup penyertaan 15/04/2011...

Hadiah:

1. RM 20 topup -Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia.
2. RM 5 topup- Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia.
3. RM 2 topup- Hotlink, celcom, digi dan mana2 rangkaian di Malaysia.


ini cerita aku.(^___^).enjoy reading k.



CINTAKU SAFIRA…

“Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu”

“Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit”

“Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta”

Berkumandang merdu lagu ini di mp3 Fira.Inilah lagu yang menjadi kegemaran Nur Safira Natasya,seorang pelajar dari Jurusan Seni di USM Penang.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia suka sangat lagu yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw ft Amee itu. Alunan muziknya yang merdu menenangkan jiwa, liriknya membawa seribu makna yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Jika tekanan atau stress melanda diri, dia akan mendengar lagu ini. Dia juga mengabadikan lagu itu sebagai ringtone dalam handphonenya.

 “Bertuturlah cinta mengucap satu nama, Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku…”.(handphone Fira berbunyi). “Hello...”jawab Fira dengan nada yang lembut . “Awak tengah buat apa tu Fira?”. Tanya Aliff. “Fira tengah dengar mp3 nie, Aliff buat apa? tak tido lagi ke? dah lewat malam nie…bergayut dengan perempuan lain eh…”. Usik Fira manja. “ Uishhh, takde la…hanya Fira saja satu-satunya wanita dalam hati Aliff, takde orang lain dah…Aliff pun tengah dengar mp3 jugak”. Balas Aliff. “Alaaa, Fira gurau jer…jangan marah eh…”. Pujuk Fira. “takde la, tak marah pon…rasa sayang lagi kat Fira, hehe…”. Perli Aliff.

 “Naper Aliff call Fira tengah-tengah malam ni?...Fira sengaja menduga Aliff, padahal dia sudah tahu tiap-tiap malam Aliff akan menelefonnya untuk mengucapkan selamat malam sebelum tido. “Fira ni macam tak tau je, Aliff nak wish good night la. Aliff dah nak tido nie, selamat malam buah hatiku…”. “Fira pun dah nak tido, selamat malam sayangku…”.

Aliff Firdaus dan Nur Safira Natasya merupakan pasangan kekasih yang sering dicemburui oleh pelajar-pelajar lain di kampus mereka. Mereka sering digelar “sweet couple”. Keakraban dan kemesraan mereka memang membuatkan ramai pasangan kekasih lain yang ingin menjadikan pasangan itu sebagai idola mereka. Safira seorang gadis yang dikenali ramai dengan sikapnya yang baik hati, sopan-santun, lemah-lembut, dan juga peramah. Wajahnya yang comel dan manis sering membuatkan ramai pelajar lelaki yang tertarik padanya tapi apakan daya dia sudah berpunya. Jejaka tampan, Aliff Firdaus juga tidak kurang hebatnya. Dia juga seorang yang baik hati , peramah, dan pemurah. Aliff berasal daripada keluarga yang berada,namun dia tidak kedekut dengan kesenangan yang ada. Malah dia sering membantu pelajar yang mempunyai masalah terutamanya dalam masalah kewangan. Aliff sering dijadikan idola oleh pelajar lelaki lain kerana penampilannya yang sering up-to-date.

Aliff dan Fira sering pulang daripada kelas bersama-sama dengan menaiki kereta myvi milik Aliff. Pada suatu hari,ketika dalam perjalanan pulang, Aliff menyuarakan sesuatu kepada Fira… “Fira,kita dah lama kenal kan…tapi Aliff tak pernah bawa Fira jumpa dengan keluarga Aliff lagi…Fira free tak hari sabtu nie?...Fira diam seketika selepas mendengar kata-kata Aliff. “Naper Fira diam???”…Aliff menduga. “Sebenarnya Fira…Fira takut la Aliff…Aliff kan tau, Fira bukan datang daripada keluarga yang senang macam Aliff. Fira takut parents Aliff tak dapat terima Fira…”jawab Fira dalam nada yang sedih dan pasrah. “Fira…jangan cakap camtu. Bagi Aliff darjat tu tak penting,yang penting kejujuran dan keikhlasan dalam sesebuah perhubungan”. Aliff cuba menyakinkan Fira. “Tapi itu kata Aliff, belum tentu sama dengan ibu bapa Aliff kan. Macam mana kalau keluarga Aliff tak dapat terima Fira…? “Fira jangan cakap camtu. Kita kena yakin, insyaAllah semuanya baik. Fira jangan risau eh…” “Emm…kalau dah Aliff cakap camtu, Fira ikut jer…Lagipun memang Fira free sabtu nie…”. “Ha, camtu la…”. Aliff tersenyum lebar mendengar kata-kata Fira.

Kini detik yang dinanti telah pun tiba. Hati Fira semakin berdegup kencang ketika dalam perjalanan ke rumah Aliff yang terletak tidak jauh dari kampusnya. Tangan Fira menjadi sejuk dan mukanya juga kelihatan pucat. Aliff menyedari keadaan Fira. Tambahan pula, Aliff sempat lagi bergurau didalam kereta untuk membuat Fira ketawa dan hilangkan kerisauannya. Namun, sia-sia saja usaha Aliff. Fira sedikit pun tidak tersentuh dengan gurauan Aliff itu. “Fira…kenapa diam je nih?Fira takut ker?”. Ujar Aliff. “Fira risau la,nervous sangat nih…lebih nervous daripada amik result exam jer.” Balas Fira. “Hahaha,Fira nie…tak kan sampai macam tu sekali. Relaks ok. Tarik nafas panjang-panjang,kita dah sampai nie. Cheer!!!...”. Aliff cuba menenangkan Fira. “Dah sampai ker?cepatnya…”. ujar Fira sambil mengusap dadanya perlahan-lahan. Malah, sempat lagi dia membetul-betulkan tudungya. 

“Assalamualaikum…”. “Waalaikummussalam, sebentar ya…eh,Tuan Aliff…jemput masuk. Sudah lama Tuan Aliff tidak pulang ke rumah ya, Datok sama Datin kangan bangat sama Tuan. Ini temannya Tuan Aliff? Manis sekali rupanya”. “ya bibik,ini teman saya,namanya Safira”. “Fira,kenalkan nie orang gaji di rumah Aliff,namanya bibik Suriati. Dia dari Indonesia”. “Saya Fira,bibik apa khabar?” “Owhh,bibik baik-baik saja. Silakan duduk dahulu,nanti bibik buatkan air”. “Bibik,papa sama mama mana?” “Owhhh, nanti bibik panggilkan ya”. “Besar sungguh rumah Aliff”. Kagum Fira apabila melihat banglo milik keluarga Aliff yang tersergam indah. “Alhamdulillah Fira,semua ini hasil dari titik peluh papa yang kerja siang malam sampai la hidup kami bahagia macam nie”. “Aliff!!!!anak kesayangan mama. Kenapa lama tak balik rumah?mama rindu sangat kat Aliff tau”. 

Mama Aliff terus memeluk anak kesayangannya itu kerana sudah lama tidak berjumpa. “Papa mana ma?”. Aliff menduga kerana dia tidak nampak lagi kelibat papanya itu. “Papa kamu tu macam biasala waktu macam ni kat office la,sibuk je selalu”. “Ooo,ya, mama, kenalkan nie teman istimewa Aliff, namanya Nur Safira Natasya.” “Apa khabar mak cik?”. Fira menyapa dengan penuh hormat. “Tolong panggil saya Datin ok,saya baik-baik jer”. Balas mama Aliff. “Mama…”Aliff terkejut dengan kata-kata mamanya itu. “Ayah dan ibu kamu kerja apa?”. Fira tersentak apabila mama Aliff bertanya soalan itu kepadanya. “Errr…sebenarnya ayah Fira peniaga runcit kecil-kecilan jer,ibu selalu tolong ayah sikit-sikit kat kedai tu”. Balas Fira. “Tu je ke kerja ibu dan ayah kamu???kamu tak padan dengan anak saya!!!... Lagipun saya dah ada pilihan lain untuk Aliff”. Tegas mama Aliff.

 “Mama!!! Kenapa mama cakap macam tu, Aliff sayangkan Fira ma. Aliff tak kisah walaupun kitorang berbeza darjat. Dia begitu sempurna dimata Aliff ma. Aliff tak nak orang lain ma, Aliff nak Fira ja”. Tegas Aliff terhadap mamanya. Fira menangis bila melihat Aliff dan mamanya bertekak. Mama Aliff tiba-tiba bersuara lantang. “Aliff!!! Berani kamu melawan cakap mama yer hanya disebabkan perempuan miskin nie!!!... Mama tak kira,mama nak kamu bersama dengan pilihan mama. Puteri Alisya anak Datok Kadir adalah pilihan mama,jadi kamu kena terima!!!”. Setelah berdiam diri seketika, akhirnya Fira bersuara. “Datin,maafkan saya kerana begitu mencintai anak Datin. Saya sedar siapa diri saya. Aliff…Fira nak balik. Saya minta diri dulu Datin”. “Mama, Aliff balik dulu,nanti bila free, Aliff balik sini,kirim salam kat papa…”. Aliff dan Fira pun berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan mereka berdua diam saja. Fira hanya mampu mengalirkan air mata apabila teringatkan kata-kata mama Aliff. Akhirnya Aliff dulu yang memulakan bicara. “Fira,maafkan Aliff…Aliff tak tahu yang mama Aliff sanggup hina Fira macam tu…Fira jangan ambil hati yer…”. “Fira dah agak…kan Fira dah cakap dengan Aliff dulu, keluarga Aliff tak kan terima Fira. Fira sedar siapa Fira…mungkin Fira tak layak untuk Aliff…”. Ujar Fira sambil mengelap air matanya yang jatuh berjujuran. “Fira,please jangan cakap macam tu…Aliff sanggup terima Fira apa adanya. Aliff tak sanggup berpisah dengan Fira…”. Balas Aliff. Kedua-dua mereka terdiam kembali tanpa bicara, lidah kelu tak berkata-kata sehinggalah sampai ke kampus. Malam itu mereka tidak lagi saling berhubungan seperti kebiasaannya. Masing-masing melayan perasaan yang terpendam. Fira melayan lagu kegemarannya dengan harapan dapat mengubati luka dihati, walaupun telinganya sering terngiang-ngiang dengan kata-kata mama Aliff siang tadi.Air mata menemani malam Fira. Dia tidak sangka sikap Aliff dan ibunya berbeza sekali.

Keesokan harinya mereka bertemu di Cafe untuk menikmati breakfast bersama-sama. Aliff memulakan bicara. “Fira ok ker?mata Fira nampak bengkak jer…”. Ujar Aliff. “ye ker?Fira ok jer…mungkin semalam Fira terlalu ikutkan perasaan sangat kot,that’s why jadi camni…tapi Aliff jangan la risau eh…”. Balas Fira sambil tersenyum. Sebenarnya Aliff ada berita buruk untuk diberitahu kepada Fira. Tapi apabila melihatkan keadaan Fira, Aliff tidak sampai hati. Namun dia harus juga menyampaikan berita itu walaupun hatinya juga pedih. “Emm…Fira,Aliff nak bagitau sesuatu kat Fira…tapi Aliff nak Fira bersabar dan redha yer…maafkan Aliff kerana terpaksa lukakan hati Fira lagi dengan berita ini…”. Ujar Aliff dengan nada suaranya yang sedu dan tersekat-sekat. 

“Berita apa Aliff?”. Fira menduga dengan hatinya yang berdebar-debar. Pelbagai persoalan muncul di benaknya. Sambil menarik nafas yang panjang, Aliff menyambung bicara. “Minggu depan…Aliff terpaksa tinggalkan Malaysia. Keadaan mama tak begitu baik sejak akhir-akhir ini, tapi keadaannya semakin teruk semalam. Dia berhasrat untuk melihat Aliff menyambung pelajaran di Universiti luar negara. Aliff tak mampu untuk menolak hasrat itu atas nasihat daripada doktor. Keadaan mama mungkin akan bertambah teruk jika Aliff menolaknya. Maafkan Aliff Fira…”. 

Kini,hati Fira benar-benar terluka dan sedih. Dia sendiri tidak sedar yang air matanya jatuh membasahi pipi. Hatinya bagai tertusuk duri yang lebih tajam daripada semalam. Fira tak dapat meluahkan kata-katanya seketika. Entah kenapa lidahnya kelu dan dadanya bagaikan sesak untuk bernafas. Fira sudah menduga perhubungan mereka akan dilanda dengan pelbagai onak dan duri. Fira tahu mama Aliff memang ingin pisahkan mereka berdua selepas pertemuan itu. Akhirnya selepas beberapa ketika Fira bersuara jua. “Aliff…kenapa?kenapa Aliff perlu tinggalkan Fira…takde cara lain ker supaya Aliff tak ke London…???”. “Maaf Fira, Aliff terpaksa…”. “Aliff tahu kan Fira tak sanggup berjauhan dengan Aliff. Nanti takde orang yang nak temankan Fira. Kalau Fira ada masalah, Fira nak citer kat sape…Sape yang nak temankan Fira makan…Kalau ada orang kacau Fira sape yang nak pertahankan Fira kalau bukan Aliff…Kalau Fira sedih,sape yang nak buat Fira ketawa…”. Ujar Fira dalam nada yang sedu. 

“Fira percaya pada kekuatan cinta? sanggup tak Fira tunggu Aliff? 2 tahun jer Fira…tak lama…”. Balas Aliff dengan penuh harapan. “Aliff boleh berjanji sesuatu dengan Fira?”. Tanya Fira. “InsyaAllah Fira…”. Jawab Aliff tenang. Mereka berdua telah berjanji untuk sehidup semati bersama. Tidak akan hilang rasa cinta mereka berdua dalam tempoh 2 tahun itu dan takkan ada orang lain yang akan mengisi masa-masa sunyi mereka. Mereka berjanji akan bertemu kembali di satu tempat setelah Aliff pulang kembali ke Malaysia. Jika salah seorang daripada mereka tidak hadir pada hari dan tarikh yang ditetapkan, maka mereka memang tidak dijodohkan untuk bersama. Mungkin perpisahan adalah jawapannya.

Kini Aliff telah pun selamat berada di luar negara. Mereka kini sedang belajar untuk menyesuaikan diri tanpa ada yang menemani disisi. Semuanya memang perit tetapi terpaksa ditempuhi jua. Hanya sabar tersemat dihati dan cinta pengubat jiwa. Hanya email menjadi penghubung bicara tatkala rindu mencengkam jiwa. Namun, kesibukan tugas masing-masing juga menjadi faktor mereka jarang berhubung buat seketika. Detik demi detik dihitung. Tidak sabar rasanya untuk menanti hari yang akan menemukan mereka berdua setelah sekian lama berjauhan. Bagi mengubat rasa rindu yang membuak dikalbu, Fira sering menatap potret Aliff yang tersemat kemas di dinding bilik tidurnya.

Pejam celik pejam celik, dua tahun telah pun berlalu. Kini tiba masanya untuk Aliff pulang ke Malaysia. Fira pun sudah berjaya menamatkan pengajiannya di USM dan telah memperoleh segulung ijazah yang memang menjadi impiannya sejak kecil lagi. Hari yang dinanti pun semakin dekat. Fira dengan penuh kegembiraan tidak sabar ingin bertemu dengan kekasih hatinya. Namun, dalam kegembiraan itu, terdetik dihatinya sesuatu. “Adakah Aliff ingat tentang pertemuan esok denganku?adakah Aliff masih ingat padaku?adakah Aliff akan datang esok seperti yang dijanjikan?” pebagai persoalan bermain difikiran Fira. Tapi, dia menolak segala persoalan negatif itu dengan harapan Aliff pasti akan datang kerana mereka sudah berjanji dari hati yang ikhlas, tulus dan suci. Malam sebelum pertemuan itu, Fira sibuk memadankan baju yang ingin dipakainya pada keesokan hari. Hatinya memang berbunga-bunga ketika itu, senyuman terukir diwajahnya tanpa jemu.

Hari yang dinanti telah pun tiba. Pagi-pagi lagi Fira sudah bersiap-siap untuk pergi ke tempat yang telah dijanjikan. Dengan blaus yang berwarna merah jambu, Fira kelihatan manis sekali. Memang padan pakaian dengan perasaannya ketika itu. Lembut selembut awan dilangit yang biru terbentang luas meliputi bumi nan indah. Fira sampai begitu awal ke tempat itu. Kelibat Aliff belum kelihatan. Fira sabar menanti kerana Aliff belum pun melewati waktu yang telah dijanjikan. Setelah beberapa ketika, Fira mengomel sendiri didalam hati. “Mana Aliff ni yer?emm…maybe he’s on the way…”. Jam di tangan dilihat tak henti-henti. Sudah 2 jam berlalu, tetapi batang hidung Aliff tak juga kelihatan. 

Sepatutnya Aliff sudah sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Tambahan pula, Fira masak benar dengan perangai Aliff. Aliff seorang yang menepati masa dan janji. Tak mungkin dia berubah setelah 2 tahun berada di luar Negara. Fira cuba menyakinkan dirinya lagi. “Mungkin jalan jam nie, lagi pun hari ni kan hari minggu…”. Ujar Fira dalam hati. Mundar-mandir Fira disekitar kawasan itu. Terngintai-ngintai kelibat kekasihnya yang belum lagi muncul-muncul. Tatkala menunggu, hujan pula mengiringi penantian Fira. Fira berlari-lari anak untuk mencari tempat berteduh. Disaat itu, Fira bagaikan terasa sesuatu yang tak kena. Hujan turun membasahi bumi ditemani air mata Fira yang jatuh membasahi pipi. Sudah 4 jam berlalu. Fira bagaikan hilang arah. Dia nekad untuk menelefon mama Aliff. Mungkin mama Aliff ada jawapannya.

Walaupun malu dan segan, Fira tetap gagahi juga mendail nombor telefon rumah Aliff dalam keadaan jarinya yang kelihatan terketar-ketar ditambah pula dengan keadaan dingin dek hujan yang turun sebentar tadi. “Hello…boleh saya bercakap dengan mama Aliff?”. Tanya Fira dalam nada yang lembut. “Ya,saya mama Aliff…boleh saya tau kamu ni siapa?”. Jawab mama Aliff dalam nada yang tegas. “Err…saya Fira,kawan Aliff…Aliff dah balik ke Malaysia kan Datin?”. Ujar Fira. “Owhhh, ni Fira yang saya pernah jumpa dulu yer…kamu masih lagi berhubungan dengan Aliff. Tapi,sayangnya saya ada berita buruk buat kamu. Untuk pengetahuan kamu, Aliff masih lagi di London. 2 minggu yang lepas dia mengalami kemalangan di sana. Kecederaan yang agak teruk pada otaknya menyebabkan dia hilang ingatan. Mujur saja dia masih ingat mama dan papanya. Tapi dia lupa tentang kamu kerana belum lagi saya mendengar dia menyebut nama kamu. Menurut kata doktor, ingatannya hilang terhadap sesuatu atau seseorang yang dia paling ingati ketika berlakunya kemalangannya itu. Jadi, buat masa sekarang dia tengah menjalani terapinya di sana. So, Saya harap kamu lupakan saja dia…”. Tak lama lagi Aliff akan saya tunangkan dengan Puteri Alisya”. Balas mama Aliff dengan jelas. 

Handphone yang dipegang Fira gugur menghempap bumi tanpa disedari. Tergamam Fira seketika, bagaikan jatuh ditimpa tangga. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika itu. Derasnya air terjun yang mengalir, deras lagi air mata Fira yang menitis tak henti-henti. Hancur segala impian yang menjadi igauan selama ini. Segala kenangannya bersama Aliff bermain-main difikiran. Gelak tawa mereka berdua ketika bersama terngiang-ngiang ditelinga Fira. Kakinya seperti tak mampu lagi untuk tegak berdiri seperti ada beban yang berat menimpanya. Hatinya bagaikan tak dapat menerima dugaan sehebat ini. Tapi dia redha dengan segala ketentuan daripada Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kakinya lemah longlai untuk meneruskan perjalanan pulang setelah impian untuk bertemu dengan kekasihnya hancur lebur. Walaupun keadaan disitu hingar-bingar dengan bunyi kenderaan yang saling berlumba-lumba ke tempat yang dituju, namun Fira seperti berjalan berseorangan disatu lorong yang gelap tanpa mengetahui arah yang ingin dituju. Malang memang tak berbau. Ketika ingin melintas jalan Fira tidak menyedari ada kereta yang laju menghampirinya. Dalam sekelip mata, tubuh Fira terbujur kaku di tengah jalan raya. Lenyap segala ingatannya tentang Aliff. Lebih menyedihkan apabila Fira menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

Setelah hari berganti hari,siang berganti malam genaplah setahun pemergian Fira. Kini, Aliff telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Setelah begitu lama berada di luar Negara, Aliff sibuk mengemas bilik tidurnya. Ketika leka menyusun buku-buku bacaannya, dia terjumpa sesuatu. “Eh, rantai siapa ni?”. Ujar Aliff dalam hati. Di dalam loket itu terdapat gambar dan nama Safira. Sebenarnya rantai itu adalah milik Fira yang dihadiahkan Fira untuk Aliff sebelum dia berangkat ke London. Saat Aliff melihat gambar Fira, terdetik segala kenangannya bersama Fira. Ingatannya tentang Fira segar bermain difikirannya. Kini, dia telah mengingati kekasih hatinya yang lama ditinggalkan. Aliff juga mengingati kembali hari yang sepatutnya mereka bertemu. “Setahun yang lepas aku sepatutnya bertemu dengan Fira…ya Allah,adakah Fira masih ingat padaku?”. Aliff terus bergegas mendapatkan kunci keretanya untuk ke rumah Fira. 

“Assalamualaikum…mak cik,boleh saya jumpa Fira?saya Aliff,kawan lamanya…”. Tanya Aliff kepada ibu Fira. “Waalaikummussalam…owhhh,yang ni la Aliff yang selalu diceritakan Fira dahulu…Aliff tak tahu lagi ker pasal Fira?”. Soalan ibu Fira membuatkan Aliff tertanya-tanya. “Tahu apa ya mak cik?”. Tanya Aliff. “Fira dah meninggal dunia dalam satu kemalangan setahun yang lalu…sebelum kejadian, dia ada bagitau mak cik yang dia nak jumpa dengan seorang kawan. Kalau tak silap mak cik nama Aliff la yang dia sebutkan. Selepas dia pergi hari tu, dia tak kembali lagi tapi sebaliknya menghadap ILLAHI. Aliff banyak-banyak bersabar yer. Redhailah pemergiannya dan berdoalah supaya dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aliff tak nak masuk dulu?”. Pelawa ibu Fira. “Tak pe lah mak cik, Aliff balik dulu yer, assalamualaikum…”. Balas Aliff. “Waalaikummussalam…”. Jawab ibu Fira. Aliff pun berlalu pergi.

Perjalanannya disusun dengan penuh kekecewaan. Tak dapat digambarkan perasaannya ketika itu. Dia bagaikan tidak percaya Fira tiada lagi dalam hidupnya. Tiada lagi kedengaran tawa Fira, tak dapat lagi dia tatapi wajah Fira, tiada lagi gurau senda mereka berdua, tiada lagi usikan manja Fira.Bagi Aliff semuanya sudah tiada. Hanya kesedihan dan kegelapan memenuhi ruang hatinya. Janji untuk sehidup semati kini hanyalah dua perkataan yang tidak membawa makna apa-apa lagi pada Aliff. “Seandainya aku tak hilang ingatan, tentu aku pergi menemui Fira…andai aku tak pergi ke London, mungkin aku selamat daripada kemalangan itu…andai saja aku tau niat buruk mama yang hanya mahu pisahkan aku dengan Fira, mungkin aku telah bersama Fira kini…astaghfirullahulazim…ya Allah, maafkan aku…aku tak patut berfikir begitu…aku tahu Allah lebih sayangkan Fira sebab itu dia pergi dulu…”. Mungkin tiada jodoh diantara mereka. Aliff hanya mampu redha dengan segalanya. Biarlah Fira menjadi sebuah kenangan manis buatnya. Fira akan sentiasa berada dihatinya sampai bila-bila walaupun dia ditakdirkan untuk bersama dengan orang lain.

“Abang…turun la, Alisya dah siapkan sarapan…”. Teriak Alisya memanggil suaminya. “Ye...ye…abang nak turun la ni…”. Balas Aliff. Kini, Aliff telah menikahi Puteri Alisya. Mereka telah sah menjadi suami isteri hampir setahun. Tambahan pula, sikap Alisya mirip sekali dengan Fira, cinta pertamanya dulu. Alhamdulillah… kini Aliff telah memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Namun, jauh disudut hatinya Fira sentiasa diingati dan tak akan dilupakan walaupun jasad dimamah bumi…TAMAT

okey.skang tiba masanya aku nk tag 2 org yg bertuah!hehe.

1)ana

2)delah

gud luck to all de contestants!(^____^)

You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS