::Bagaimana Kita Menangis..?::

March 06, 2011

yuhuuuuuuuuu.tok..tok..hello!Assalamualaikum!ada org x..?ada2.jap nk bukak pintu.cakkkk!hatie disini lagi.wink2(*______^).hope all my lovely readers are good in health and heppy owayzzz.hmmmm..nk tnya sikit.korang penah terfikir x macam mana kita boleh menangis..?semalam tetiba je terdetik kat kepala otak aku psal mende neh.disebabkan aku nie boleh la dikatakan kaki nangis jugak,so,aku carik la info2 yg berkaitan untk pengetahuan.then,nk share lah ngn korang sume::sharing is caring::(trademark baru,hehehe).



actually, kita ada 3 jenis air mata.............='(

1) Air mata basal
-untuk melembapkan mata

2) Air mata refleks
-air mata yg dihasilkan apabila mata mengalami keradangan spt apabila mengupas bawang atau terkena habuk.

3) Air mata emosi
-dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap emosi (kesedihan @ kehilangan org yg tersayang @ kegembiraan)

Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata yg mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.

Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan.

Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.

Jadi jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

you know what,aku ada trbaca satu artikel neh.dlm tu dia ckp there is a study claims that "when men smell tears shed by sad women, their sexual desire shuts down"wowwwwww!baru tau kan.huhuhuhu.

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.

Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.

Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.

Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.

Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak.

Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.

Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.

Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

-Merendahkan tekanan darah.

-Merangsang mood.

-Meningkatkan daya ketahanan badan.

-Memperbaiki fungsi otak.

-Melindungi jantung.

-Merapatkan hubungan dengan orang lain.

-Melegakan perasaan.

-Membuatkan kita berasa selesa.

--so,apa lagi,jom kita ketawa ramai2.hahahahahaha.sikit2 ckop ea,don't over2 okey.(^______^)--


You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS