[REVIEW] Khasiat Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum ^^



bila umur semakin bertambah tambah ni. makin risau pulak dengan fungsi badan sendiri. sakit pinggang sikit je dah menggelabah satu rumah. tu tak termasuk sakit sakit yang lain. Allahuakbar.. dulu buat tak tahu je. tapi sekarang dah ada kesedaran nak jaga kesihatan semaksimum mungkin. hehehe

tapi aku tak berani sangat nak ambil any supplement kecantikan yang orang jual online tu. takot ada bad effect untuk long term. so, aku prefer makanan sunnah. sebelum ni dah amalkan Madu dengan Habbatus Sauda. and now baru start amalkan Pati Delima Gulsan. setiap hari 2 kali, sesudu pagi sebelum breakfast dan sesudu malam sebelum tidur. boleh minum macam tu je atau bancuh dengan plain water atau air masak. 

macam yang kita tahu, buah delima ni buah daripada Syurga kan. memang tersangatlah banyak khasiatnya. 

Firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

antara tindak balas yang aku rasa sendiri lepas consume pati delima ni :-

- senang buang angin. so, badan akan rasa ringan je. best tau!
- senang lawas. means, setiap hari akan membuang. barulah sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik.
- badan pon bertenaga je. rasa energetic. takde la nak menguap je dalam office tuu haa. hahaha

rasa pati delima ni masam masam manis sikit. boleh tambah dengan madu kalau tak tahan kemasaman dia tu. hehehe.. aku beli ni di kedai yang memang jual segala macam makanan sunnah. dari A to Z. cari je nak apa. confirm ada. InsyaaAllah.. RM 16 je sebotol.



Khasiat Pati Delima Gulsan :-

- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Merawat atau membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikkan kulit dan awet muda kerana kandungannya yang tinggi dengan antioksidan


Untuk Ibu Mengandung :-

- Menaikkan HB semasa mengandung.
- Mengatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
- Mencantik dan menggebukan kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.

Untuk Wanita dan Lelaki :-


- Mengetatkan rahim dan menyuburkan rahim.
- Meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra.

Untuk Wanita :-


- Memperelok dan melancarkan perjalanan haid.
- Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.
- Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).
- Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam.

Untuk Seisi Keluarga tak kira tua atau pun muda :-


- Menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi.
- Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus).
- Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.
- Menurunkan paras glukosa dlm darah, membantu pesakit kencing manis.
- Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk kerana ia menghapuskan kahak, meredakan penyakit batuk.
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah




Comments