Mee Udang Pulau Sayak

November 05, 2014

Assalamualaikum ^^


aku sebenarnya tak suka sangat update entri makanan bila mana perot tengah bergendang gendut. rasa macam nak terjah sana sekarang pekena mee udang! ohh Doraemon, please give me your magic pocket right now. i nak sepinggan mee udang depan mata sekarang! hahaha..

memula aku dengar nama Pulau Sayak ni, aku ingatkan itu tempat jin bertendang ke apa. kediaman orang asli kah? banyak orang dok sumpit burung kah?. macam tu lah lebih kurang imaginasi aku. sebab tu aku heran kenapa ramai orang berani ke pulau tu haa. nama je orang Penang aku ni. tapi tak rajin nak explore. hehehe..

Pulau Sayak terletak dalam negeri Kedah. berdekatan dengan Pantai Merdeka. tak jauh mana pon dari Penang. sempadan je haa. tapi still kalau kentut tak boleh dengar ye. hahaha.. walaupun pulau ni agak terpencil sikit dan hutan kiri kanan tapi ada sesuatu yang special dalamnya!

MEE UDANG terrrbaikkkk. banyak jugak gerai mee udang dalam pulau tu haa. pepandai lah korang pilih which one is the best. aku dah cuba Usop Mee Udang & Yaakob Hashim Mee Udang. and dua dua pon not bad. tapi aku lebih prefer Yaakob Hashim Mee Udang laa. masa aku makan hari tu sepinggan RM 9.00. rasanya harga depends kepada saiz udang kot. affordable sangat kan dengan udangnya yang besar besar gedabak. yang penting fresh. dan makan sambil menikmati angin laut. gituuuuu

nahhh peta sebijik supaya senang korang nak pergi makan Mee Udang Pulau Sayak :)











You Might Also Like

3 comments

  1. dah lama tak pi makan mee udang kat pulau sayak..bukan jauh mana pun dari rumah..hehe

    ReplyDelete
  2. walau asal Kedah, tapi tak pernah pi makan kat situ.. hihi.. teringn aih nak pi.

    ReplyDelete
  3. Kentut memang tak dengaq noh ? Haha

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS