AWAS! Rumpai Miang Mexico BAHAYA!

Assalamualaikum ^^






Scientific classification
Kingdom:Plantae
(unranked):Angiosperms
(unranked):Eudicots
(unranked):Asterids
Order:Asterales
Family:Asteraceae
Genus:Parthenium
Species:P. hysterophorus
Binomial name
Parthenium hysterophorus
source : wikipedia


Memang sekali nampak macam pokok ULAM RAJA kan. yang orang dok buat ulam tu. perghhhh. sodappp! tapi, awas! jangan mudah tertipu dengan pelanduk dua serupa nie. so, lepas ni kena tau nak bezakan antara ulam raja dengan rumpai miang mexico ni eh. sebab rumpai ni sangat bahaya pada manusia, haiwan dan tanaman. 

Rumpai Miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Tumbuhan ini mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi.

Rumpui ini telah digelar sebagai 'World Worst Weed' atau dalam bahasa melayunya 'RUMPAI PALING TERUK' kerana menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976 sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan mesti dihapuskan. 


petikan daripada BHONLINE :-

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.
"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan danberulang kali.
source
"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan seperti selsema dan asma," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
AWAS! Pokok Seakan Ulam Raja Bawa Penyakit Bahaya
KALIAMMAH menunjukkan ruam di tangan dan kaki disyaki akibat tersentuh Miang Mexico. 
Dr Noor Hisham mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.
Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini, masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terbabit seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.
Mereka juga diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu.

Comments