SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !
September 12, 2014Assalamualaikum ^^
tudiaaaa. pagi pagi dah nampak segmen BEN ASHAARI. semalam aku dah join. so, hari ni wajib jugak aku join. hahaha!
Bismillah..
klik banner tersebut untuk ke pautan segmen. |
1. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
- ermmm.. bagi aku seorang blogger ni berperanan untuk menyampaikan sesuatu yang berguna buat pembaca dan tak kedekut ilmu. berkongsi dengan pembaca apa yang kita tahu. apa yang kita tulis mampu menggerakkan hati manusia, juga mampu mengubah persepsi atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu. so, apa yang para blogger coretkan dalam blog mereka adalah sangat penting. salah menyampaikan pendapat juga boleh jadi cacian serta makian. salah menyampaikan fakta juga boleh memburukkan keadaan.
- isu yang aku ingin tekankan adalah taksub dengan kecantikan. dalam facebook or instagram tu boleh kata 30% adalah iklan produk kecantikan. segala macam ada. akibat taksub nak cantik, ada yang sanggup membeli ratusan ringgit tanpa selidik dahulu sejauh mana tahap keselamatan produk tersebut. dan kesannya, badan yang merana. sebab aku tengok banyak juga pengguna yang menjadi mangsa kecantikan. tak salah nak amik supplement untuk kesihatan tapi kaji dulu habis habis sebelum cuba ye.
2. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
- jawapannya YES!. aku akan berhenti kerja dan jadi blogger sepenuh masa. InsyaaAllah as backup plan, aku nak bukak boutique pakaian. memang dah lama mengidam macam ni. tapi belom ada rezeki kan. doa doakan lah ye. hihihi..
3. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
- apa yang aku harapkan adalah aku lebih maju jaya dalam dunia blogging ni. dan aku harap penulisan aku terkesan di hati pembaca sekalian alam. semoga blog aku lebih dikenali ramai dan menjadi igauan setiap orang di seluruh pelosok dunia. Amin :)
jom join laju laju. segmen tutup 12/9/2014, jam 6!
5 comments
Betul2 .. supplement kdg ada yg ta serasi dgn kita .. hye ! Semoga bwrjaya dlm dunia blogging
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik Ayu.. Salam kenal! ^_^
ReplyDeleteDatang melawat dari segmen sama.. Hehe..
Yezza! selidik dulu betul2 sebelum beli apa2 produk.. Tak kisahlah produk apa pun.. =)
Btw, done follow sini..
Jemput singgah ke blog saya juga.. ^_~
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !
Assalamualaikum, cantik pandangan Cik Ayu tentang produk kecantikan tu... mungkin lebih selamat dan elok kalau kita amalkan pemakanan sihat, berkhasiat dan seimbang.... cantik luar cantik dalam... he heheh salam kenal dari segmen ben ashaari.
ReplyDeleteASSALAM...
ReplyDeleteNIK singgah dan follow sini :)
http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
ReplyDeletehttp://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih