CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU

Assalamualaikum ^^

CABARAN 30 HARI | HARI - 14 : CERITA KASUT CIK AYU



al-kisahnya.. kejadian ini berlaku pada bulan September 2007. masa tu aku masih belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. aku tak expect yang roommates aku ada buat projek rahsia belakang aku. lakonan dorang mengalahkan Rosyam Nor. aku hampir terpedaya dan hampir pengsan. hahaha!

26 September tu, aku ada kelas pagi. dah siap comel-comel semua nak pergi kelas lah. then, bukak-bukak pintu. kasut aku hilanggg! semua kasut aku hilanggg! kasut sukan ke, selipar jepun ke, semuanya ilekkk. aku tanya lah rommates kesayangan aku neh. "tak tahu. tak tahu". dorang jawab dengan muka yang habes ayu dah. aku terduduk atas katil, sambil buat muka nak nanges. aku tau ini semua kerja dorang. so, aku pon berlakonlah jugak. ingat tak terer ka haaaa. hahaha! 

last-last, dorang mengaku! dorang yang sembunyikan semua kasut aku. katanya nak buat birthday suprise lah. tapi aku rasa macam nightmare. hehhhh! apa-apa pon, much much love untuk korang. sebab sudi ingat birthday aku. hehehe.. 



ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day14


Comments