bila susah baru nak ingat
September 07, 2012Assalamualaikum ^^
korang sedar tak manusia nie kebanyakannya hanya ingat Allah bila dia susah. kenapa eh? tapi, bila dia senang lenang, dia rasa dunia nie dia yang punya.padahal apa saja yang kita ada sekarang neh semuanya milik Allah.takde sikit pon milik kita.banyaknya yang bila dah kaya sikit, dah pandai sikit, dah cantik sikit, dah kacak sikit, habes lupa Allah.malah sombong pulak sesama manusia.masyaAllah.
2,3 hari lagi nak exam baru nak solat, baca Al-Quran, doa tak henti henti.kannn? dengan harapan Allah tolong bila nak jawab exam nanti.dengan harapan dalam mimpi masok soalan spot. haaaa.ada yang anggok kepala tuh.senyum pulak.kantoi ! hahaha.
ada pulak bila sakit dah terlantar atas katil tak boleh bangun baru nak tadah tangan mohon doa pada Allah semoga disembuhkan segala penyakit.tapi, bila sihat tubuh badan, keluar melepak dengan kawan kawan, dating, tengok wayang, shopping, karaoke sampai lupa waktu solat.sebab seronok sangat.Allah pon dah tak ingat.sedangkan harta, masa, kesihatan tubuh badan tuh Allah yang bagi.
petang tadi borak borak dengan atok tentang mati.takot sangat.kadang kadang kita tak sedar.Allah hidupkan kita di dunia nie untuk mencari bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.dunia nie tempat persinggahan jer.masa kat dunia nie lah nak cari pahala sebanyak yang mungkin.kalau bekal kita kosong apa boleh kita buat bila kat akhirat nanti kan.kalau bekalan kita sikit cukupkah untuk menampung kehidupan kita diakhirat yang kekal abadi kelak.
mana satu tempat yang akan kita huni nanti? syurga atau neraka?pasti semua impikan syurga kan.insyaAllah :) entri ini sekadar mengingati kita yang mungkin lalai dan lupa seketika dimana kita berada.tak berniat nak menyindir mana mana pihak.tapi cukuplah sekadar renungan buat aku sendiri & pembaca yang disayangi sekalian.semoga apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah :)
1 comments
Betul pengisian ni.. thanks for sharing kita ni sering alpa dgn nikmat dunia..
ReplyDeletejgnlah sombong berhenti berdoa meminta sesuatu kepada Allah kerana kita ni tak sempurna ^^
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih