8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
September 17, 2012Assalamualaikum ^^
Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan
kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg
terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap
keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat
keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka
berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian
tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza
dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka
dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan
dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan
secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak 3?
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan
cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada
di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai
seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang
menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan
buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu
apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia
tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang
wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
*amacam? wanita wanita kat luar sana tuh ada tak sikap macam neh? tepuk dada tanya lah iman yek :)
sumber: sini
5 comments
keanak-anakan sama cam manje la kan..hehehe..suke2
ReplyDeletekdg2 ada gak laki x suka sikap keanak-anakkan tu... may be depend to majoriti kan... hehe
ReplyDeleteThumbs up! ;D
ReplyDeleteBagus tips ni
lepas ni buat la plak sikap lelaki yg disukai wanita eh.. xD
aku suka yg sporting, yg matang, yg boleh bawak lepak dengan member2 lelaki aku.. pompuan yg sempoi2 mcm tu susah cari skrg.. sume nk cover2 cun mn ayu je.. haha
ReplyDeleteyang penting beragama..kalau xda tu pun sekurang2nya ada niat utk belajar agama dan berubah ke arah kebaikan...insyaALLAH....
ReplyDeletebiasanya lelaki akan cari ibu kepada anak2nya...ibu yang baik jualah pilihan hatinya :)
lain orang lain citarasa...pendapat masing2 la kn... :)
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih