apa makna songkok atas kepala?

September 21, 2012

Assalamualaikum ^^

hari khamis yang lepas aku telah merajinkan diri ke pasar. fuiyoooh ! ramai gila manusia.dah nama pon pasar kan.riuh rendah lah.aku pegi pon sebab nak cari sesuatu.hahaha ! apakah apakah ? PETAI larrr.ulam feveret aku wooo.ok ok.memang nampak macam orang tua kan.but.. the facts, banyak khasiatnya yang korang mungkin tak tahu.yang paling penting, awet muda tuuu ! rugi kalau takmau muda muda :D

kalau dah ramai manusia tuh ramai lah ragamnya kan.tapi, ada satu fenomena yang berlaku buatkan aku terpikir untuk hapdate dalam belog nie.aku sendiri pon nak tergelak bila ingatkan balik kejadian yang berlaku tak sampai 5 saat tu.

laluan kat pasar tu memang sempit.so, apa yang orang buat kiri kanan memang kita akan nampak lah.sangat jelas lagi nyata.ada lah sorang mamat nie, dia jual apa ntah.aku tak amik port pon.bersongkok hitam atas kepala.fuhhh, semarttt ! sekali pandang macam pak ustaz kot.akan tetapi bak kata pepatah mat saleh, " Don't judge a book by its cover " . tetiba depan mata dia lalu lah seorang gadis jelita berpakaian menjolok mata dengan rambut ikal mayang.dengan pantasnya mamat tuh buat " pheewittt pheewittt " sambil sengeh sengeh macam kerang busuk.hinanya rasa sebagai saudara semuslim.

apakah makna songkok di atas kepala? adakah sekadar menutupi kepala yang botak? atau sekadar melindungi rambut yang burok? atau sekadar menampakkan diri seorang yang baik tetapi hati menyimpang laluan yang salah? atau nafsu mengatasi segala-galanya?

jadi..janganlah sesekali menilai orang daripada luarannya sahaja.baik buruknya datang dari dalam hati nurani jugak :) tetapi, biarlah luaran selari dengan dalaman kita okeh.jangan jadi hipokrit sangatlah kan.kaum Hawa jagalah aurat yer.peaceeeee yaw ! sekian.





You Might Also Like

2 comments

  1. aiyoo buat malu je pakcik tu xD
    dh elok2 bersongkok tu perangai mcm tu la plak ;P
    yup don't judge a book by its cover~

    ReplyDelete
  2. songkok tu cuma budaya je...kalo kat indonesia org kristian pn pakai songkok

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS