­

suami ku KAYA ...

March 02, 2012

Assalamualaikum ^^


selamat berhari Jumaat korang ! 

whoaaaaa ! korang cer usha tajuk entri nie betol2 dulu.
ada yang tak kena tak.pelik kan? bila aku kawen eh? suami kaya pulak tuh.
PANGGG ! sepak pipi sendiri jap sbb berangan nak bersuamikan anak Datok.hohoho.
don't get it wrong bebeh.jom baca entri nie bagi habes dulu k :)

"KAYA" .menatang apa tuh?
 jika ditambah "k" dibelakang jadi KAYAK, adek-beradek sampan yang digunakan dalam air.
 jika ditambah "p" jadi KAYAP, sejenis penyakit kulit.

muahahaha ! apa yang aku merepek neh.
kalo ada sesapa yang bagi jawapan "KAYA" tu adalah sejenis manisan
 yang disapu atas roti, mau aku lempang dia laju2.hahaha.pasaipa? yalah, ingat makanan je taw.
aku dah lama tak makan kaya okeh.feveret kot.
tambah2 kalo pau inti kaya panas2.marveles !*telan ayaq liuq da

Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1984):
kaya bermaksud banyak harta (wang dsb).

tapi, KAYA yang aku maksudkan disini bukanlah kaya tu.jangan dok memandai label aku pompuan materialistik pulak ea.kang ada orang reject aku teros untuk dibuat bini.ngehehehe.

aku nak bakal suami aku yang KAYA serba-serbi macam kat bawah nie :)

:
:
:

  1. KAYA iman : supaya dia boleh jadi imam yang terbaik untuk aku & dapat membimbing aku ke jalan Allah.
  2. KAYA hati :  supaya hati dia mampu bersabar apabila ditimpa kemiskinan dan mampu bersyukur apabila mendapat kekayaan & kesenangan.
  3. KAYA cinta : supaya cinta dia kat aku tak akan pernah abes @ luntur bila meningkatnya usia.maksudnya, kalo aku dah tua kerepot nanti pon dia akan masih cintakan aku.cewahhhhh !
  4. KAYA budi bahasa : aku harap dia pandai jaga hati keluarga dia & keluarga aku.saling bertolak-ansur kalau ada masalah.bukannya naik tangan ke badan isteri bila gaduh.
  5. KAYA ilmu : Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
    "Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim).

 * tapi kalau dah dijodohkan dapat suami yang memang dah kaya dengan wang, bersyukurlah dengan seadanya & manfaatkan wang tu untuk kebaikan.rezeki daripada Allah jangan disiakan :)

You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS