kenapa bersin ?

March 29, 2012

Assalamualaikum ^^

hatchummm ! opssss.maaf yek.tersengaja bersin pulak kat sini.hehe.korang selalu bersin tak ? ikot keadaan lah kan.takkan selang 5 minit nak bersin kot.buang tabiat ke apa.hahaha.korang selalu bersin sebab apa ek ?


kadang-kadang bersin nie pon ada mitosnya jugak kan.ada orang cakap kalau kita bersin, maknanya ada orang tengah mengumpat kita.betol kew ? ada lagi orang cakap bersin nie nak buang penyakit.tapi kalau lebih daripada 3 kali, bukan lagi buang penyakit malah dapat penyakit.

hurmm.macam-macam pulak tafsiran orang kan.tapi daripada sumber wikipedia hasil Google sebentar tadi mengatakan bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.

walaupon nampak macam tak bahaya sangat bersin neh, tapi kalau dah terbersin tu biasakanlah tutup mulut yer.takot tersebar penyakit kat orang lain pulak.

sebenarnya banyak sebab yang boleh buatkan kita bersin.antaranya ...

- habuk
- bau belacan
- bau ketiak orang tak mandi
- bau perfume yang terlalu wangi
- bau sambal tumis
- ada resdung
- sejuk

*rasa-rasanya ada lagi tak selain daripada yang aku senaraikan tuh ? kalau ada jom la share sesama kat sini :)

You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS