harapkan pagar, pagar makan ?

March 17, 2012

Assalamualaikum ^^



PADI.ye, betol betol.memang korang pandai abeskan tajuk entri aku tuh.syabas ! heeeeee :)

hello geng ! tetiba malam nie tanganku yang halus lagi mulus nie ingin menaip seseuatu tentang perasaan.cewahhh ! oh, semestinya bukan tentang cinta sebab cinta banyak buat aku merana.hahaha.tapi, hanya cinta pada Allah yang buat aku bahagia :)

korang ada ramai kawan ? tak kisahla kawan laki atau pompuan.kalau ramai mesti korang neh hot kan.sebab tu ramai nak dekat.hehehe.tapi, dalam ramai2 kawan korang tu kan korang rasa dorang ikhlas tak berkawan dengan korang ? ikhlas disini bermaksud dia selalu ada waktu korang senang & susah.susah tau nak ada kawan cenggitu.

kalau korang orang berada, mungkin ramai yang nak dekat sebab duit.yalah, nanti boleh selalu dapat makan free.belanja tu, belanja nie.tu pon kalau korang nie pemurah lah.kalau korang cantik atau kacak, mungkin ramai nak dekat sebab boleh tumpang populariti.at least dapat tempias sikit2 pon jadilah kan.maka, tiada langsung keihklasan untuk bersahabat disitu.

kekadang, ada jugak kawan yang jenis tikam belakang.sengaja berbaik-baik dengan korang semata-mata untuk jatuhkan korang.haishhhh, seram aku dengan kawan macam nie.mintak simpang lah.takpon, ada yang hipokrit ! depan korang pijak semut pon tak mati *tapi kalau pijak pakai kasot pastu lenyek2 sikit memang mati lah. tapi belakang korang, bertimba-timba dia ngumpat.hurmmm =__='

sahabat yang ikhlas adalah insan yang sanggup ketawa & menangis bersama-sama tak kira apa jua keadaan. walaupun dia sendiri ada masalah tapi dia masih mampu tersenyum depan korang.sakit korang juga sakit dia.sahabat yang bila mana ditegur untuk kebaikan, maka dengan ikhlas dia berubah.merendahkan ego antara satu sama lain bukannya bertegang urat hanya untuk memiliki kemenangan supaya hati rasa puas.

tapi... percayalah, kita akan sunyi tanpa kawan.jadi, bersahabatlah kerana Allah.insyaAllah, kita akan bertemu dengan sahabat yang ikhlas:)


*kawan juga boleh jadi kekasih :)


 




You Might Also Like

5 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS