awas ! keburukan 'bergayut'

March 26, 2012

Assalamualaikum ^^

sape kat sini suka bergayut ? alahaiii.bukan bergayut atas pokok macam monyet @ beruk tuh.maksud aku, bergayut dalam telefon larrr.confem semua pernah kan.selalu kot.termasoklah aku.ngehehehe.aku pernah bergayut paling lama dari pukul 10 malam sampai 4 pagi.betol ! tak tipu korang.berasap telinga.memang tak sedar berbual sampai lama cenggitu.hahaha

kebiasaannya spesies yang selalu bergayut nie spesies yang sedang hangat bercinta lah.tambah-tambah yang dalam kategori PJJ (percintaan jarak jauh).dah takleh nak jumpa, dengar suara pon jadi lah ek.tapi awas tau korang ! ada keburukan bergayut nie.nak tau ? jom baca lagi kat bawah.



7 keburukan ' bergayut'  !



(1) Pembaziran Masa
-masa yang sepatotnya korang gunakan kepada perkara yang lebih berfaedah tetapi korang menghabiskannya bergayut ditelefon membicarakan perkara-perkara yang tidak penting.

(2) Pembaziran Wang
-semestinya bil telefon naik dan keraplah korang ke kedai membeli topup.ntah2 ada yang cecah ratusan ringgit.korang simpan duit tu untuk kawen pon lagi bagus kan.hehehe

(3)Terlepas Sesuatu Yang Lebih Penting 
-cuba bayangkan korang asyik bergayut dalam telefon berjam-jam, dalam masa yang sama ada panggilan yang masuk tapi tidak boleh diterima kerana 'engaged'.mana lah tau panggilan tu penting ke.tak ke korang jugak yang susah nanti.

(4)Menganggu Orang Lain
-kalau dah bergayut tu mesti lah ada sound effectnye kan.ketawa lah.menjerit lah.menangis lah.kalau korang bergayut dalam rumah, tak ke bunyi-bunyian tu menganggu orang lain.kekadang kawan sebilik pon boleh naik menyampah tau.kena lah pandai cari port yang terbaik.

(5)Kesan Buruk Kepada Otak
-wowww.takot pulak nak bergayut dah kalau ada effect kepada otak.oleh itu, kalau korang nak hidup dengan lebih lama, makanya elakkan lah daripada terus bergayut dalam telefon.sms kan boleh.

(6)Kurang Berjumpa
-kalau dah setiap hari bergayut, semua benda dah cakap dalam telefon.buat apa lagi nak jumpa kan.tapi, aku rasa better jumpa daripada dalam phone je.cakap face to face kan lagi best.hahaha

(7)Tidak Telus
-kalau cakap dalam phone nie, orang senang nak tipu.ye lah, bukan nampak muka pon kan.mungkin tiada keihklasan.kekadang dalam phone berani je nak marah-marah.tapi, kalau jumpa, marah pon tak jadi.lagi sayang ada lah.hehehe


*nak bergayut lagi lepas nie ? ikot suka korang lah.jangan marah aku pulak sebab entri nie.aku pon amik dalam majalah jew :)



You Might Also Like

2 comments

  1. kesimpulan nye.. jangan gayut lame sangat.. nak gayut lelame g kat pokok tu.. =P

    ReplyDelete
  2. hihi mmg sllu gayut..pas baca ni kena krg kanlah..huhu

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS