­

::Zami Ismail Meninggal Dunia::

June 18, 2011

Assalamualaikum ^^

mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Zami Ismail yang meninggal dunia akibat masalah jantung pada pukul 10.30 pagi tadi.industri tanah air kehilangan lagi seorang insan yang memang berbakat berjenaka dalam bidang lakonan.bukan senang tau nak buat lawak.tambah2 nak kasi orang ketawa terbahak-bahak.mari kita berdoa supaya Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.amin...


Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Oleh NIEZAM ABDULLAH

~Zami Ismail dalam salah satu adegan dalam filem Hantu Mak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid~


PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.


sumber: mStar Online

You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS