::masakan paling senang di abad nie::

June 23, 2011

Assalamualaikum ^^

korang dah lunch lom nie?aku baru je lepas kucar-kacirkan dapur.hehehe.hari ni aku masak masakan yang paling senang di abad ni.nak tau apa?jeng..jeng..jeng..:)

~taraaaaaa !! ikan bawal masak kicap^^

hari ni malas betol nak masak masakan yg berat2.maksud aku masakan yg perlukan bahan2 yg banyak like asam pedas,masak lemak,kari dan yg seumpama dengannya lah.biasa la pompuan kan.mood tak menentu.memasak kena ikut hati.baru ikhlas.barulah masakan jadi sedap.ngeeeee~nak cuba tak?jom tgk2 resepi neh...

IKAN BAWAL MASAK KICAP

bahan2 :

ikan bawal (ikan lain pon boleh)
kicap(tak kisah brand apa pon)
halia dan bawang besar yg dipotong halus
cabai melaka & cabai hidup (loghat utara)
jintan manis ditumbuk halus

cara2 memasak :

(1) mula2,goreng ikan dulu sampai masak.
(2) pastu,guna kuali lain untuk tumis bawang besar,halia dan jintan manis.
(3) masokkan kicap dan tambah sedikit air.
(4) tambah sedikit garam kalau perlu.
(5) bila mendidih,masokkan cabai2 tadi.
(6) masokkan ikan yg dah digoreng tadi dan masak lebih kurang 2 atau 3 minit.

siap untuk dihidangkan.senang kan.sila la cuba.pasti sedap hingga menjilat jari-jemari :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Sdapnyeee. nak sikit. =)



    http://sayasibudakopto.blogspot.com/2011/06/rindu-kat-geng-pelangi.html

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS