Resepi Puding Ice Cream Oreo

May 09, 2013

Assalamualaikum ^^

pernah tak korang cuba buat puding ice cream oreo? sedap habaq hang.first time aku cuba buat memang puas hati.baru lepas beberapa jam je letak dalam peti ais, terus lesap, lenyap buat selama lamanya kerana telah selamat mendiami perot perot manusia yang memang obses dengan dessert.hahah..

meh aku nak share resepinya dengan korang semua.harus cuba tau ! :)


Puding Ice Cream Oreo




Bahan-bahan :

25 gram agar-agar bertali
1.25 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula
sebiji telur
sesudu teh esen vanilla
5-6 scoop ice cream vanilla atau chocolate
sebungkus biskut oreo (dihancurkan)


Cara-cara :

1. Masukkan air dan agar-agar dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga agar-agar larut. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati.

2. Blender ice cream, susu cair, telur dan esen vanilla.

3. Masukkan hasil blender itu ke dalam periuk yang mengandungi agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo yang dah dihancurkan ke dalam periuk agar-agar tadi juga. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian, tutup api.

5. Sediakan loyang dan tuangkan adunan ke dalam loyang tersebut. Biar sejuk dahulu, kemudian boleh masukkan ke dalam peti ais.

6. Dah sejuk, hidangkan dan ngap masuk mulut.




Daebak Daebak ! silah lah cuba kat rumah yer ! :)



You Might Also Like

3 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS