Mior Juara Kilauan Emas 3

Assalamualaikum ^^

Mior Juara Kilauan Emas 3


SETELAH bersaing dalam enam konsert, akhirnya, peserta berasal dari Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Mior diumumkan sebagai juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), malam tadi.

Konsep rock yang dibawanya berjaya memenangi hati juri dan penonton dengan markah 29.5 peratus.

Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan.

Vokal penyanyi berusia 44 tahun ini memang tidak dinafikan apabila berjaya menggegarkan Auditorium MBSA ketika membawakan lagu Purnama dari kumpulan Search dan sebuah lagu baru berjudul Sampai Di Sini.

Tempat kedua dimenangi Idris dengan 26.4peratus dan tempat ketiga menjadi milik Silah dengan 22.9 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi.

Sementara peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident yang membawa pulang wang tunai RM 10,000.

Pentas akhir KE3 ini jugak menyaksikan penampilan juara kilauan emas musim pertama dan kedua, Ali Norpiah serta Fuad.

Selain itu, guru vokal, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Kesederhanaan.

Juri profesional, Ziana Zain pula menyampaikan lagu berbisanya, Berpisah Jua dan Dugaan Buatmu.





*walaupun tak follow sepenuhnya show nie tapi dah boleh agak siapa yang akan menang.tahniah buat beliau :)






sumber : sinarharian

Comments

  1. sebenarnya tak layan pun kilaun emas ni tp congrats kpd pemenang. hehhehe

    ReplyDelete
  2. x penah tau pon ada pertandigan ni...
    hahahaaaa....tup2 dah menang...
    btw congret...

    http://grenlifee.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih