Fenomena Hujan Meteor Perseid

Assalamualaikum ^^




Pancuran Meteor Perseid


Malaysia bakal menyaksikan Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin (12 August 2013).


*jom malam nie kita sama sama merenung ke langit :)












sumber

Comments

  1. Ala.... malam nie nak tgk tv je... Kalau keluar rumah, risau anak-anak jiran nak datang beraya.

    lagi satu tak boleh nk bezakan hujan meteor dengan bunga api...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih