I Love You Mr. Arrogant !

October 24, 2013

Assalamualaikum ^^

herrrrr..
sekarang nie dalam sebulan pon dah susah nak post seketul dua entri baru.busy pon takde lah nak mengalahkan YB.tapi, entah.nak kata ketandusan idea pon.tak jugak lah.sebab otak nie dah tepu dengan macam macam cerita.panas panas uolssss.hahaha.. salahkan lappy aku yang buat perangai tuh.aku nie dah lah malas nak pegi repair.nie pon update pakai pc ofis je.ampun boss.jangan marah marah yer ;)

eh, korang layan tak drama bersiri 'I Love You Mr. Arrogant' ? aku nie dah angau dengan citer tu.kalau sehari tak layan tak senang duduk aku tau.parah parah.hohoho.. tak pernah pon baca lagi novel tu.tapi tengok jalan cerita dia macam best je kan.walaupon dorang kawen dengan cara tu, tapi ada jugak masam manisnya.gadoh gadoh pon tapi sweet.lelaki kalau dengan ego memang tak boleh berpisah langsung.hati kata nak tapi mulut memanjang je takmau.

tak elok tau ego ego sangat nie.nanti orang yang kita sayang tu dah pergi baru kita rasa kehilangan dia.kan kan.. kalau dah suka, cakap je lah suka.bukan susah sangat pon kan.



SINOPSIS  'I LOVE YOU MR. ARROGANT'


Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Pelakon Love You Mr. Arrogant. Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham dan Zara Zya sebagai Zaara Amirah, Hanez Suraya, Keith Foo dan ramai lagi.
Adaptasi Novel.
















sumber : encek Google

You Might Also Like

1 comments

  1. itula ayu pn ska cita ni..hehe..akhirnya bli jgk nvel dh tau ending dia.hihi

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS