­

jatuh cinta dengan Istanbul !

December 04, 2012

Assalamualaikum ^^

ohh, diri ini masih dalam mood keterujaan dengan filem 'Istanbul Aku Datang' ! baru je tengok filem tu kat lappy tadi.tak kisah lah walau terlambat asalkan boleh tengok jugak kan.huuuuu^^ ok.bagi aku, filem nie memang best tahap menikmati lolipop strawberi tepi pantai.jalan cerita yang simple dan tak berbelit belit.bergenre komedi, sweet sweet, kelakar dan romantik bagai.sumpah best !

rasa macam sekarang jugak nak terus book tiket untuk ke Istanbul ko tahu.hahaha.Istanbul such a lovely place to go.bahasa Turki yang unik.makanan yang lain daripada yang lain.sangat sesuai dijadikan sebagai sebuah destinasi berbulan madu.konfem cinta yang tengah berputik pon terus berbunga bunga dengan mekarnya.cewahhh ! *jiwang lah sangat

dalam filem nie, Lisa Surihani memainkan peranan sebagai Dian yang juga merupakan seorang blogger macam kite ! .weeeehuuuu^^ dia ke Istanbul semata mata nak jumpa dengan kekasih hatinya yang bernama Azad yang dilakonkan oleh Tomok.tetapi, masa dekat Istanbul, Dian bertemu seorang jejaka yang mampu menggoncang hatinya saat Azad buat perangai apabila bercinta dengan gadis Turki tanpa pengetahuan Dian.jejaka itu adalah  Haris yang dilakonkan oleh Beto Kusyairi.

ada satu tempat yang dipanggil Aya Sophia ditonjolkan dalam filem nie yang turut menjadi kemegahan penduduk Istanbul.Aya Sophia atau dipanggil Hagia Sophia  merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.[...sumber]


 
 cantik kan Hagia Sophia nie :) [pic rembat Google]

"walaupun kita bercinta dengan seseorang tu dah 2,3 tahun,
 tapi at one time, seseorang yang kita kenal hanya 
2,3 minggu tu je adalah sebenarnya jodoh kita."
- Jodoh Itu Rahsia Allah -

nak tahu the whole story filem nie? tonton sendiri di SINI !
till then, baiiiii.
xoxo ..

You Might Also Like

13 comments

  1. i have been there about 1 week at istanbul, sangat cantik. Btw, istanbul ni pecah 2 - Asia & Eropah. Yup Hagia Sophia sangat awesome. Rasa nak pergi lagi. Masjid biru pun cantik. Mostly kat istanbul banyak masjid2 yg unik dan seni. Orang pun sangat ramah dan baik :)

    boleh tgok entry kat blog saya. thanks :)

    http://sweettnothings.blogspot.com/2012/02/istanbul-saya-datang.html

    ReplyDelete
  2. Inshallah. Kalau p honeymoon lagi lah sangat sangat sesuai. hehe :)

    ReplyDelete
  3. jatuh cinta dengan saya tak ? hahahhaa...

    ReplyDelete
  4. esok nak pergi Istanbul ( macam banyak duit sangat )..hehe

    ReplyDelete
  5. fara pun jatuh cinta dengan istanbul nie , wahhh

    ReplyDelete
  6. fara pun jatuh cinta dengan istanbul nie

    ReplyDelete
  7. cintaku tertinggal di langkawi.....x de can la nak ke istanbul hehehee

    ReplyDelete
  8. wah bestnya..nak buat title sendiri bole? jatuh cinta dengan penang? hahahha...sha xnampk g ceta lisa ni..huh

    ReplyDelete
  9. haha..psni ko tgk citer Life Of Pi lak..mne taw leyh jatuh cinta ngn india lak

    ReplyDelete
  10. tengok cerita SAM teringin nak p i-city.Nie yang risau nak tengok ceta Istanbul. kang xpasal teringin nak p sana

    ReplyDelete
  11. setuju tu.. jodoh tu rahsia Allah.. kita takkan tau siapa jodoh kita :)

    ReplyDelete
  12. wahh heary dh tgk eh..trgin nya nk tgk..huhu

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS