kenali MOJO

June 01, 2012

Assalamualaikum ^^


"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti, tunjukkan di mana ruang hati untuknya yang masih belum kau huni..." lalalalalala ~ best gila layan lagu neh ! aku suka ! korang minat tak? asyek dengar lagu jek.tapi pernah ke korang tengok rupa MOJO tuh yang nyanyikan lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" neh.hehehe.mula mula ingatkan mojo tuh nama orang.dok bajet orang indon lah penyanyinya.yelah, nama pon pelik sangat kot.rupa rupanya bukan.hahaha

nak tau selanjutnya?  baca kat bawah neh :)




 
 Aweera (vokalis)

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.

 
 MOJO

MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul ”Andai Ku Bercinta Lagi”.
 
Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.










You Might Also Like

4 comments

  1. cute je diorang..macam MOJO :D

    ReplyDelete
  2. gila minat damn much kt lagu n si penyanyi nie..boleh jtuh cintaaa tuuu......

    ReplyDelete
  3. ayu xkemas la kotak komen ni..emm..ada salah letak ka?

    ReplyDelete
  4. Baru jatuh cinta dengan Mojo. Oh Mojo! :D

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS