kenali MOJO
June 01, 2012Assalamualaikum ^^
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti, tunjukkan di mana ruang hati untuknya yang masih belum kau huni..." lalalalalala ~ best gila layan lagu neh ! aku suka ! korang minat tak? asyek dengar lagu jek.tapi pernah ke korang tengok rupa MOJO tuh yang nyanyikan lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" neh.hehehe.mula mula ingatkan mojo tuh nama orang.dok bajet orang indon lah penyanyinya.yelah, nama pon pelik sangat kot.rupa rupanya bukan.hahaha
nak tau selanjutnya? baca kat bawah neh :)
Aweera (vokalis)
MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas
finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa
komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku
gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain
drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie),
melengkapkan kumpulan dinamik ini.
MOJO
MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu
yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan
sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai
landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul
”Andai Ku Bercinta Lagi”.
Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal
diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu
disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3
buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap
Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP
ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada
peminat seni tanah air.
4 comments
cute je diorang..macam MOJO :D
ReplyDeletegila minat damn much kt lagu n si penyanyi nie..boleh jtuh cintaaa tuuu......
ReplyDeleteayu xkemas la kotak komen ni..emm..ada salah letak ka?
ReplyDeleteBaru jatuh cinta dengan Mojo. Oh Mojo! :D
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih