oppsssss ! kau laki ke pompuan ?

September 17, 2011

Assalamualaikum ^^

selamat pagi korang !! hari nie aku nak story2 ngan korang tentang apa yang berlaku hari khamis yang lepas.pagi khamis tuh aku pegi pekan khamis yang terletak di penaga dengan atok.agak jauh sikit la daripada umah aku.sebelom2 nie pegi pasar yang dekat2 umah jekkk.ntah mimpi apa la hari tuh nak pegi pasar jauh2 pulak kan.hehehe

disebabkan pagi2 sesudah subuh aku dah terjah sana,maka orang2 pon belom ramai datang.ada peniaga yang baru nak bukak gerai,baru nak susun2 barang.eksaited tak aku.hahaha.sedang asyik usha2 barang apa yang nak dibeli,terpandang arrr sorang jejaka hensem,tampan lagi segak bergaya tengah bukak gerai.dia jual baju2 blaus,baju kurung,skirt2 labuh.pendek kata dia jual baju2 perempuan lah.

aku dengan perasaan gedik dengan extra tak malunye pegi la usha2 baju kat situ.konon2 nak ehem2.tengok dia senyum pon dah macam nak pengsan wehh.kah3.bila dia datang nak layan customer dia yang comey lotey neh (perasan jee okeh),aku pon dengan sepantas kilat buat2 la tanya."abg..skirt labuh nie sehelai brapa eh ?" ececeh buat suara gedik nak mampos dah tu.hua3. sekali dia jawab.perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! mau pengsan aku 3 hari 3 malam.rupa-rupanya auwwwwww~ lembut sey.

sayang la kan.rupa paras ada.tapi tak macho.adoihhhh.tapi cara dia cakap walau lembut siyes nampak baik sangat.kita nak cakap kasar pon tak sampai hati.huhuhu.aku buat entri neh bukan nak kutuk2 golongan macam tuh tau.just nak berkongsi cerita jekk :) jangan salah faham okeh ^^

mungkin ada sebab yang menjadikan dorang macam tu.kita tak berhak pon nak caci maki sesuka hati.lagi baik kalo saling hormat-menghormati sesama insan dalam dunia nie kan :)

You Might Also Like

5 comments

  1. dah biase ngan lelaki lembut ..
    dulu time keje, ramai member lembut ..
    haha . best kwn ngan diorang even though diorang lembut..

    ReplyDelete
  2. @Murnie : hehehe.dorang baik2 belaka kan :)

    ReplyDelete
  3. aduhaaaaaaiii
    luluh hatiiii bile dgr sore cam tuu
    hiihih
    betolll
    respect each others! =]

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS