hensem jugak anak Datuk K

September 29, 2011

Assalamualaikum ^^

first time aku tgk anak Datuk K neh.kacak jugak ekk.hehehe.tp muda lagi larrrr.takde chance arrr nak ngorat.wakakakaka :p







Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku


 
Adib


KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.


 
 Adib bersama Siti Nurhaliza, Datuk K dan komposer Brian pada majlis pelancaran album All You Love. Foto SHAARI CHE MAT


Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.




sumber : mStar Online

You Might Also Like

10 comments

  1. mak aih,jambunya weh
    macam ala2 dafi je.
    hmm :P

    ReplyDelete
  2. anak bapak mestilah ensem, mak baru pun cun.. sepadan la tu,..

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan
    sudah 4low kamu..4low kongsi balik yer

    wah..ley thn..ptt lah ramai awek yang tergila2 kan dia...huhu

    ingin kongsi entry. sila paste link entry disini. pihak kongsi akan tolong promote kan
    http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

    mekasih (^_^)

    ReplyDelete
  4. Macam muka dafi pon ada...

    nak jemput join contest Ninie....
    Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

    "Contest: Di Mana Ninie?"

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

    ReplyDelete
  5. ohoohohhoho
    baru tawu jugak anak die ni cm mne ghopenye
    hehehee

    ReplyDelete
  6. handsomenya..bila lah dpt psgn hdsme mcm ni..baik sopan lg,seumur hidupku tak pena lelaki handsme mcm ni suka kat aku.alahai sdihnye:'( apa ble bt,mmg muka tak lawa,siapalah hendak..

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS