Disihir Guna Gambar Dalam FB
September 12, 2011Assalamualaikum ^^
selamat tengahari korang !! dah lunch lom neh? haaaaa,belom ea.takpe2 meh baca belog aku dulu.hehehe.korang dah baca paper lom hari nie? aku neh jarang beli paper.paper online pon jarang bukak.haishhhh~ tapi naseb baik ada belog beb.ramai blogger yang sudi berkongsi berita terkini hari2.fuhhhh~ tak ketinggalan zaman lagi la kan.huhuhu.ada berita sensasi tau hari nie.kalo korang beli kosmo,ce tengok muka depan. "Disihir Guna Gambar Dalam Facebook"
benda2 nie la yang sangat menyeramkan.meremang bulu roma aku.mengalahkan tengok citer hantu kot.manusia zaman sekarang neh sanggup buat apa saja untuk kepentingan diri sendiri.sepatutnya facebook tu kita gunakan untuk tujuan yang positif tapi sebaliknya yang terjadi pulak.dapat apa ekk kalau dengki2 dengan orang neh.sihir,santau bagai.kenyang ke perut?bahagia ke hidup?kalau bahagia pon sementara je kot.kalau Allah bayar cash sementara masih hidup dalam dunia neh?tak tertanggung rasanya.
hati manusia neh kalau dah busuk jauh lebih busuk daripada bangkai.banyak2 la berdoa kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan daripada segala musibah nie.insyaAllah :)
Ira disihir guna gambar dalam FB
IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.
NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburukan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain."Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah
menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
sumber : Kosmo ! Online
3 comments
sebenarnya kumbang/bunga bukan seekor/sekuntum pun.. buat apa la benda2 khurafat nie.. kalau nak sesuatu.. berebutlah secara adil gentleman la sikit kan...
ReplyDelete@aimaniman : ha'a.betol tuh dear :)
ReplyDeletetakotnye..huhuhu
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih